SIFAT MAZMUMAH (TERCELA)
2. BANYAK
BERKATA-KATA (YANG SIA-SIA) – Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina,
berdusta dan bertengkar.
3. MARAH
– Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia
juga didorong oleh pengaruh syaitan.
4. HASAD,
DENGKI & IRI HATI – Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat
yang dikecapi oleh orang lain.
5. KASIH
PADA HARTA – Tiada salah memiliki kemewahan tetapi jika
bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam.
6. TAKBUR – Antara sebab
takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian,
pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).
7. RIAK – Sifat
untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik
semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.
8. UJUB – Sifat bangga
diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian,
kekayaan dan lain-lain.
9. KASIH
AKAN DUNIA – Hati yang sentiasa berpaut pada kehidupan dan
kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.
SIFAT MAHMUDAH
(TERPUJI)
1. TAUBAT – Keazaman untuk
meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu,
penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
2. TAKUT AKAN
ALLAH SWT – Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat
gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
3. MAHABBAH – Mengasihi Allah
dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahrkan rasa cinta kepada agama dan
rela berjuang kerana mempertahankan Islam.
4. ZUHUD – Kehidupan
insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang
berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
5. SABAR – Perasaan
memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam
menjauhi maksiat.
6. SYUKUR – Bersyukur
kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki kemudahan hidup, kurniaan
pancaindera dan sebagainya.
7. IKHLAS DAN
BENAR – Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan
dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
8. TAWAKAL – Tawakal ialah
meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya
diikuti dengan usaha.
9. REDA DENGAN
QADAK ALLAH – Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau
sabar oleh insane Mukmin.
10. MENGINGATI
MATI – Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan
sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.
No comments:
Post a Comment