Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, February 12, 2015

Bila si pengotor guna jamban

Harini memang kalut dengan pelbagai kerja. Dalam kepala dok serabut, masuk pula kisah-kisah tragik menyakitkan hati. Ui~ lagilah membuatkan hati yang terbuku geram, bertambah geram. Dan kali ni berkisarkan TOILET.

Masuk toilet --> masuk bilik kecik --> jenguk jamban (bersepah tisu, penuh 1 mangkuk!) --> flush --> basuh lapik jamban = HATI SEBAL!

Sejak Damia bersekolah, memang boleh kata tiap hari aku jengah toilet sebab nak mandikan anak., waktu antara sekolah pagi dan KAFA. Memang toilet sekolah taklah bersih sangat. Air sentiasa bergenang. Lantai berdaki dengan kesan kasut sekolah pelajar. Tapi yang bagusnya, budak sekolah, budak sekolah, BUDAK SEKOLAH (3 kali aku taip) darjah satu pun reti FLUSH JAMBAN! Ini makhluk bijak pengguna jamban di pejabat ni berstatuskan emak orang, kalaupun belum kahwin, dah tua. DAH TUA. Umur yang aku kira cukup bijak cukup tua untuk  memahami button flush kat tembok jamban. Jangan bohong kata tak nampak. Korang bukan baru harini masuk bekerja. 

Fakta menarik tentang jamban di pejabat aku:
1) Amalkan Amalan 5S: penuh promosi kebersihan dalam toilet (Hare kalau kata tak nampak!)
2) Pili toilet no.3 tercabut. Nak guna kena hati-hati memulas tombol, atau tidak tombol berguling atas lantai. (tak faham kenapa berbulan masih belum diperbaiki meskipun orang maintainance acapkali keluar masuk jamban perempuan)
3) Aksi kegemaran staff tertentu (yang aku dah kenalpasti mukanya) gemar menghempas pintu toilet. 
4) Tapak kasut di atas jamban duduk (Adu.... ingat ni zaman sekolah rendah lagi ke makcik?)
5) Tisu kerap bergelimpangan atas lantai (myb ada staff suka main tabur-tabur)

Aku memang tak faham pemikiran orang pengotor macam ni. TAK FAHAM. Sama ada memang tabiat semulajadi pengotor tegar atau pemalas liat! Antara keduanya tak lari dari paksi negatif yang sama. Kalau kata kurang pintar, macam lembut sangat kan. Baik cakap BODOH terus. Ye, aku memang agak berbulu bila baca ayat-ayat kejian cacian dalam blog atau lain-lain. Tapi bila terjadi kes-kes seumpama ini. Yang sebenarnya tak perlu dibangkitkan pun. Sebab takkan ada manusia bijak yang berkelakuan tak senonoh macam ni yang akan sudi dirinya dicela. So, kalau sesiapa terasa, mungkin pernah membuatnya dengan atau tak sengaja, atau myb ada niat nak mencuba, jadi pengotor sejati.  Kalau terdetik pun dalam hati nak mencuba, baik hentikanlah. Jangan bagi orang lain sakit hati. Tak pasal-pasal anda dapat cercaan bertalu sepanjang hayat. 

Sorry agak emo hakak harini. Serius, benci. Sangat, bengang. Dan kalau kudapat pompuan tak senonoh ni memang aku tunjal kat dahi, tunjuk arahan cara penggunaan jamban konsep 5S yang ditempek merata-rata dalam tandas tu. Kalau ko tak pandai baca sekalipun, ko guna akal logik. Ko membuang, orang lain yang kena basuh tahi? Senonoh sikit perangai tu ye, pengotor~!

No comments: