Nuffnang

Followers

Tuesday, February 24, 2015

Page facebook Kampung Pulau Belayar

Harini hakak buat page rasmi laman facebook untuk Kampung Pulau Belayar. Mula-mula cadangnya nak buat blog. Tapi fikirkan masa yang terhad nak update entry, dan lagi bahan cerita yang mungkin tak banyak. Hakak rasa lebih sesuai buat page fb. Mudah. Dan orang awam pun boleh ikut berkongsi post masing-masing. Sharing is caring kan...


Memang dah lama memasang hajat nak buat satu laman khas untuk Kampung Pulau Belayar. Tapi takde idea dan masa. Akhirnya terbit juga idea nak bikin page ni. Itupun bila mak tugaskan hakak jadi setiausaha tak berdaftarnya buat minit mesyurat Unit Peladang Kampung Pulau Belayar. Jujur cakap hakak zero segala maklumat pasal unit ni. Yang hakak tau hakak ahli sebab arwah abah paksa daftar dulu. Lepas tu let go je. Cuma bila abah dah takde, mak kalut nak cari pembantu sediakan minit untuknya. Kebetulan mak datang KL, mak minta hakak uruskan. Dek kerana itulah hakak rasa terpanggil nak buat terus page ni. 

Biar sejarah tidak diusik, jangan ada fakta terpesong. Al maklum, bila orang-orang lama tiada, cerita lama terus dilupakan. Jika ada pun yang tahu mungkin faktanya sudah kabur dan makin mengelirukan. Hakak beruntung sebab mak membesar di kampung ni. Sekurang-kurangnya mak tahu segala hal ehwal kampung. Sayangnya warga asal kampung ni semuanya dah meninggal dunia. Jika ada pun sejarah yang disingkap, merepek dan memesongkan fakta. Hakak harap dengan adanya page ni, ramai yang sudi berkongsi maklumat. Supaya ramai anak jati terus menghargai kampung mereka. Walau di mana kita berada. 


Hakak akan cuba menghidupkan page ni dari masa ke semasa. Bukan sekadar berkongsi sejarahnya, tapi juga cerita tentang penduduk dan aktiviti mereka. Sumbangan yang kecil ini harapnya tak buatkan kami lupa, asal usul kami.

No comments: