Nuffnang

Thursday, August 13, 2015

Abam kena culik

Entah siapa culik abam. Hilang macam tu je. Abam ni bukan kucing peliharaan tetap mak. Abam datang dan pergi. Rumah mak tempat abam, adik dan mak dia datang menumpang makan, tido petang dan berak! Bila kerap sangat berak dalam rumah, mak pun tegur emak abam, Ti. 

Ti ni jenis ibu yang memahami. Kalau kita cakap dengan dia, macam dia paham sangat. Contohnya bila mak cakap, "pergi baliklah rumah kamu!" dia angkut anak-anak dia balik. Abam ni salah sekor darinya. Abam ni kategori kucing penakut pahit walaupun dia jantan. Tengok warna bulu dan ekspresi Abam memang buat terkenang pada arwah Tuah. Sama. Peel pun sama. Sebab tu aku sayang kat Abam. Busuk-busuk dia, berkutupun dia, tetap hensom. 

Dah jarang dapat jumpa kucing jantan kaler putih tompok oren peachy kat kampung. Bulu abam dan famili cantik sebab dorang macam makanan kucing. Aku la provide kat mak. Sebab pernah menang makanan kucing dulu. So, kalau nak makan sedap, dorang turunlah ke rumah mak aku 1 famili. Puas melantak, lepak jap main-main kat anjung dapur. Pastu balik! Kadang tu rasa nak marah jugak. Oh, dah kenyang, ko balik ye... Hahah... Tapi kucing orang namanya pun. 

Tak banyak gambar abam sempat aku amik. Yang ni pun kebetulan aku dapat snap masa balik kampung april lepas. Tak sangka ni la pic pertama dan terakhir Abam dalam koleksi aku. Manalah perginya Abam... 

Baliklah abam, kalau ko balik, hakak mandikan ko dengan syampu wangi. 

2 comments:

lia ummiirfan said...

Abam comel dan putih! :))

btw, jom join GA di sini
http://www.ummiirfan.com/2015/08/giveaway-dari-ummiirfancom.html

:))

Wansteddy Tales said...

Dah lama takde orang komen dalam my blog, touching ai hihi