Nuffnang

Sunday, February 18, 2018

18 Feb 2018 | 5th year work anniversary


Throwback MAHA2016 Dis

18 Februari 2018
Genap 5 tahun berkhidmat di MOA. Lebih 13 tahun sebagai pereka kerajaan. Macam-macam pengalaman pahit manis dilalui. 

Kelebihan jadi pereka tunggal aka kader di Kementerian. Kita lebih bebas dalam berkarya. Kelemahannya. Semua kerja tanggung kat bahu kita. Sesetengah penjawat awam tak faham pasal skim B ni. Sangkakan kami ni multi-tasking worker. Boleh bawak hal-hal rekabentuk dan pengurusan dalam masa yang sama. Yang paling kelakar. Ada yang tak tahu pun kewujudan post pereka ni. Bak kata senior designer kami dulu. "Pereka sememangnya hidden hero. Kita kerja di balik tabir. Suka duka kita takde siapa yang ambil tahu."

Kakak bernasip baik duduk kat sini, fokus kerja pada design semata. Tapi, tetap ada kelemahannya. Client sangka pereka boleh buat semua jenis kerja design. 

Sebab tu kat MOA ni kakak bukan takat buat grafik, tapi jadi pereka fesyen, pereka hiasan dalaman bahkan pereka pentas. Stress? Masa nak cari konsep tu, pressure la juga. Bukan kepakaran kita kan. Tapi enjoy sangat dalam proses belajar tu. Yang penting, masa tengok hasil kerja kita terpampang di mana-mana. Kepuasan tak terkata. Orang kata, kalau dah minat. Bukan bidang kita pun sanggup kita cuba! Yang penting passion bekerja tu sentiasa ada.

Dan lagi, bila kerja sendiri, memang dari konsep design, sketch, design dan kadang2 proses percetakan dan penjilidan pun kena tackle sendiri. Ada kala, ada pembantu. Kebanyakkan masa, sendiri. Kenapa? Kesuntukan pekerja. Bayangkan dalam 1 bulan kena handle banyak projek design. Mau tak pecah kepala? 

Kakak selalu risau bila menjelang tarikh anniversary bekerja. Ada-ada je insiden berlaku saban tahun. Paling dahsyat pengalaman tahun lepaslah. Feb 2017. Memang takkan lupa sampai bila-bila. Memaafkan pun berat, melupakan apatah lagi. Orang boleh kata... Ala, benda da lepas. Ko maafkanlah... Cuba kena kat batang hidung ko? Silap-silap 7 keturunan ko maki dia. Pengalaman mengajar kita jadi dewasa. Ko kenal hati budi manusia. Mana batu mana permata. 

Hikmah di balik kejadian? Kakak ubah cara berfikir dan penampilan. Macam mana kita tanganinya, mencerminkan keperibadian kita. Lupakan yang negatif. Teruskan passion pada kerja. CCTV Allah tu sentiasa ada. Dia Maha Melihat baik yang jauh terpendam di sudut hati kita. 

Yang penting DOA. Mohon dijauhkan dari manusia berhasad dengki. Adu domba. Musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan. Di depan baik. Di belakang kita ditikam-tikamnya. Kat mana-mana tempat ada. Tapi level kejahatan hati tu kita tak boleh duga. Level ujian tu kita tak boleh sangka. Dan ingat, ujian diturunkan pada mereka-mereka yang hebat. Bersangka baik dengan semua aturan Allah.

Throwback HPPNK2017 Nov

Kita takkan mampu puaskan hati semua pihak. Kita jujur dan bersungguh dalam bekerja, orang pikir kita nak bodek bos. Realitinya kita nak pikirkan apa yang orang pikir pasal kita pun, takde masa. Jangan nantikan pujian dan penghargaan dari manusia. Teruskan kerja, nawaitu yang baik. Insya'allah akan ada ganjarannya kelak. Bukan dari manusia, dari Tuhan yang Maha melihat lagi maha mengetahui. Doakan yang baik-baik untuk kakak ye. Moga dipermudahkan urusan WHSWZ selalu, amin...

#ilovemyjob
#whswzwork

No comments: