Nuffnang

Friday, February 9, 2018

Final wire braces

Sebelum ni selalu dengar orang cakap, sakitnya pakai braces. Kakak fikir, nak gigi elok, kena ada la 'habuannya'. Tapi sakit-sakit pakai braces selama ni, tak seteruk rasa pakai final wire ni! Boleh demam weh. Sakitnya sampai zuppp ke kepala. Iklan Sensodyne kejap haha... Tapi itu ler realitinya. 

Semalam kakak pi tukar final wire kat Klinik Pergigian Izra. Member-member selalu tanya jauh ke klinik tu? Kat Presint 8 je. Tak jauh, tapi kalau ramai client, memang kena tunggu lama. Sebab tu kalau gi klinik akak standby bawak macbook. Bosan-bosan melangut tu lebih baik buat kerja kan.

Sambil-sambil menaip ni, mulut dok kumam tomato segar. Tomato ye. Tadi kunyah salad pun rasa macam makan daging liat. Sakit tak terkata kat area gigi geraham. Lebih pada ngilu sebenarnya. Maybe sebab rahang nak rasi dengan dawai tebal ni. 

Bila senyum, lebih selesa sengih. Bila senyum tutup mulut rasa macam terik nak tarik rahang. Dahsyat tak hahha...

Sebelum ni dah janji nak cerita pasal braces kan. Nantilah kakak story lebih detail. Sebenarnya tengah kalut dengan kerja-kerja semasa ni. Sambil-sambil breakfast kat meja. Tapi bila nak mengunyah pun jadi suatu seksaan. Tak boleh tidak, rasa nak membebel jugak. 

Ok, back to work. Jom!

No comments: