Nuffnang

Followers

Monday, November 22, 2021

Menyepah

Gambar di meja mesyuarat sekadar hiasan
 
Aku ni sejenis manusia yang tak gemar nak godek reta benda orang (TANPA IZIN), kecuali terpaksa. Bila terpaksa sehabis gigih avoid tinggalkan damage kat tempat orang. Sebabnya? Tak nak menyakitkan hati pemilik. Begitu jugalah aku tak gemar reta aku diperalatkan sewenang-wenang oleh orang lain.
 
Dah engko belek-belek rete orang, reti la letak balik elok-elok, kan. Janganlah ditunggang terbalikkan macam tongkang pecah. Bukan budak kecik nak ajar. Meja ko lantak ko la nak sepah. Meja orang, buat cara meja orang. Walau benda ni nampak kecik dan remeh bagi sesetengah orang. Tapi inilah ciri empati diri yang makin kurang dalam diri sesetengah orang.
 
Kadang rasa nak bebel-bebel bagi semua dengar. Ulang-ulang bebel sampai dorang sakit kepala. Tapi spesis aku, jenis cakap sekali, tapi sound terus, pedas sedas. Faham tak faham, lantak kaulah.
 
Kalau berulang lagi peel nyepah tempah aku macam ni... Siap! aku cari sampai dapat pelakunya.

Wednesday, August 4, 2021

Lukisan Malaysia Prihatin & Malaysia MENANG BERSAMA

Hai semua, harini aku nak share semula link lukisan mewarna tema Hari Kebangsaan. Nasip baik Puan Syahida dari Negeri Sembilan ada whatsapp tanya pasal lukisan tu, kot tak, memang tak perasan pun rupanya link lukisan dalam Dropbox tu dah tak available. Maybe aku terdelete masa clean up bahan-bahan kerja dalam simpanan. 

Kali ni apa yang baru, aku tambah logo tema tambahan bagi tahun 2021: Malaysia MENANG BERSAMA yang dihasilkan oleh pereka dari MOF. Aku jadikan dalam format hitam putih, so anak-anak boleh mewarna ikut logo yang disertakan dalam lukisan ni. Sambil-sambil kita mengajar anak-anak mengenal warna, kita didik rasa cinta pada negara.


Untuk download borang lukisan, sila jenguk link ini.

Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna


Friday, July 23, 2021

Komik: BERJIMAT

 

Dok belek-belek koleksi CD lama, terjumpa hasil kerja tahun 2004 ni. Throwback 17 tahun weh! Begini lama kahkah... tahun aku masuk kerja tu. Tujuan komik ni dibuat sebab nak sisip dalam buletin bulanan. Gigih la lukis manual, scan, color kat photoshop bagai. 
 
Masa tu jenuh berebut komputer dengan staf-staf lain. Al maklum zaman tu bukan macam sekarang. Komputer tak banyak. Kalau ada pun slow nakmam***. Kami memasing bekerja dengan ketabahan tinggi. Sangat tinggi. Tapi syok bekerja zaman tu. Sebab majoriti senior staf power lukis manual. Kalau setakat suruh lukis potret tu celah jari, siap. Dorang jugalah jadi mentor kami dalam nak improve skill melukis.

Wednesday, July 21, 2021

Warner Bros Harry Potter 🧙‍♀️ Part 5 - Hogwarts Express, The Backlot & Creature Effect

 

Bagi yang kenal aku, mesti tahu aku ni memang die hard fan Harry Potter. Last time menang hadiah pergi London, memang aku target nak pergi studio dia kat WARNER BROS. STUDIO TOUR LONDON. Banyak nak story pasal pengalaman ke sana. Tapi dok tangguh-tangguh sampai lupa pula.
 
Aku share dulu hasil video lawatan ke Studio Warner Bros, siri 5. Suami dah buat banyak siri, baru ni nak share. Next bila sempat aku sambung story pasal trip to London yeh.

Tuesday, July 20, 2021

Salam Aidiladha 2021 Masihi/1442 Hijrah

Salam Aidiladha 20 Julai 2021 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1442Hijrah. Alhamdulillah... masih bernafas untuk menikmati sambutan raya korban tahun ini. Walaupun tak dapat balik ke kampung sebab COVID-19. Masih bersyukur. Stay home pun tetap rasa bahagia. Sempat masak juadah raya, jamu untuk keluarga.

Saja nak share hasil artwork untuk Hari Raya Haji 2021. Bila team KSU mesej request poster ni siap dengan harapan nakkan rekabentuk poster yang lagi cantik dari tahun lepas. Serius, rasa blur nak start dari mana. Gali idea, rujuk ilham melalui internet, design otai-otai, maka terhasillah design ini. Idea pertama. Start dari sketch, cari gambar yang sesuai, edit kaw-kaw guna Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator then, start design kedua.

Ini hasil idea poster 2 & 3. Optional design ini perlu, sebab bila bawa ke peringkat pengurusan tertinggi. Dorang suka nak tengok pelbagai idea. Memang bakal menyusahkan designer sebenarnya. Sebab? Bila banyak idea, lebih banyaklah improvise idea dari dorang pula. Bila design kita propose awal, banyak nak diubahnya. Bila hantar lewat, design yang bukan kita suka yang diproceed pula. Untuk kes ini, design no. 3 yang pilihan mereka, huhu... Memang tak redha design ni jadi pilihan. Sebab aku design tanpa jiwa. Dengan harapan 2 design ni bukan pilihan depa.
 
 Design 4 ni pun memang idea aku sendiri. Tapi hasilnya bukan macam ni yang aku plan nak hantar. Sebabkan masa aku lebih banyak terhabis kat design 1, maka design 2, 3 aku kelam kabut je susun. Dan design 4 ni aku nak take time la kononnya. Nak design pelan2 sabtunya. Sekali malam jumaat tu PRO dah tanya. Jadi, aku sambung semula kerja design sampai tengah malamnya. Persiapkan mana yang sempat untuk artwork ini. Kalau sekali pandang macam OK, realitinya aku summit dengan rasa tak puas hati. Sebab lari banyak dari konsep idea yang aku garap. Last-last design ni pun tak proceed. Idea ni sebenarnya aku improvise dari idea tahun lepas. Kalau tahun lepas aku guna kartun binatang-binatang tu, tahun ni aku guna actual gambar haiwan. Bukan sikit-sikit kerja nak edit gambar ni jadi full layout. Still, depa tak minat conceptual design. Haih...

2 option poster ni aku buat untuk Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Aku start dengan still poster, then edit video guna Canva.com untuk effect grafik dan tambah audio. Bukan tak nak guna software video, tapi bila guna Canva ni 80% lebih cepat dan clean kerjanya. So pada yang tak mahir guna software grafik, korang ada option buat design guna web ni. Hasil pun boleh jadi gempak macam guna ai n psd. Sempoi...

Ini design tahun lepas yang aku edit jadikan emoticon untuk sticker whatsapp. Pendek kata ginilah cara aku buat kerja. Kadang tu apa yang aku dok pulun buat, jarang dorang pilih. Yang buat cincai, simple pula dipilih. Apo nak katooo... Yang penting kerja dah buat. Last but not least. Stay safe semua.



 

Saturday, January 9, 2021

Malaysia Grand Challenge

 
Harini sempat join majlis pelancaran Malaysia Grand Challenge anjuran Bahagian Dana, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Majlis ini dirasmikan YB Khairy Jamaluddin, menteri MOSTI.

Mataku barai teruk stand by kerja dari pagi sampai malam. Straight rabu sampai malam ni. Pagi tadi pun sempat buat design sebelum attend event. Join jadi volunteer sebab saja nak release stress.

Throwback waktu kerja kat MOA dulu. Dari kerja design, socmed, PRO, foto, sis tolong cover. Walau penat, tetap happy. Best bila boss bagi peluang kerja luar bidang. Belajar ilmu baru. Kenal geng-geng PRO, foto, designer jabatan agensi yang tak lokek berkongsi tips dan idea. Share sikit behind the scene program pagi tadi.

 
Dari kiri Timbalan Menteri MOSTI, YB Haji Ahmad Amzad bin Mohamed, YB Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI dan YBrs. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI.
 
 
Bersama sistur penting di UKK, Fiza pembantu tadbir yang dedikasi. Sebelah kanan, ketua unit kami di UKK MOSTI, Puan Haniza. Lady berbaju pink dalam gambar di bawah kanan, Puan Mel, PRO power di MOSTI. 
 

Projek kerja ni agak mencabar fizikal dan emosi. Bayangkan. Dapat info petang lagi sejam nak balik. Esoknya krismas. Next weeknya ada masa 4 hari je nak propose 3 option design. Nak dapatkan approval sebelum relayout untuk lebih 20 pecahan jenis artwork. Apa pun sis salute YB KJ sebab mudahkan kerja sis. Abah tak cerewet langsung bab design. 1st proposal design terus beliau approved. Nanti sis sharing lagi pasal projek design ni.
 
#whswzwork
#ukkmosti
#MOSTI
 
 



 

Thursday, December 17, 2020

Hari Sambutan dan Perayaan

Ni Hao! Hari ni sis nak share hari perayaan dan sambutan peringkat Malaysia dan Antarabangsa sepanjang tahun 2021. Alang-alang dah siapkan list kerja ni, sis senang hati share sini. Haritu member tanya, kat mana MOSTI dapat list hari-hari tu semua? Ofkos la sis yang  bersengkang mata cari maklumat sana sini... Sumber info kebanyakkannya by google dan wikipedia. Check it out!

Contoh design poster hari sambutan yang sis hasilkan. Poster dimuatnaik ke laman sosial rasmi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi seperti facebook, instagram dan lain-lain.

HARI SAMBUTAN & PERAYAAN SEDUNIA | Tahun: 2021

Bulan Januari
1 Jan
- Tahun Baru (New Year's Day) 

10 Jan - Hari Lahir YBM MOSTI | YB Khairy Jamaluddin

15 Jan - Hari Lahir YBTM MOSTI | YB Ahmad Amzad

23 Jan - Hari Kastam Sedunia

26 Jan - Hari Kusta Sedunia (World Leprosy Day)

28 Jan - Hari Thaipusam

31 Jan - Hari Kanak-Kanak Jalanan (Street Children's Day) 

Bulan Februari

1 Feb - Hari Wilayah Persekutuan
2 Feb
- Hari Tanah Lembab Sedunia (World Wetland Day) 

4 Feb - Hari Kanser Sedunia (World Cancer Day) 

12 Feb - Tahun Baru Cina

13 Feb - Hari Radio Sedunia (World Radio Day)

14 Feb - Hari Kekasih (Valentine's Day)

21 Feb - Hari Bahasa Ibu Antarabangsa (International Mother Language Day)

22 Feb - Hari Berfikir (Thinking Day)

27 Feb - Hari Beruang Polar Antarabangsa (International Polar Bear Day)

28 Feb - Hari Penyakit Luar Biasa (Rare Disease Day)

 Bulan Mac

3 Mac - Hari Pendengaran Sedunia (World Hearing Day)

4 Mac - Hari Obesiti Sedunia (World Obesity Day)

8 Mac - Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day)

11 Mac - Israk dan Mikraj

12 Mac - Hari Buah Pinggang (World Kidney Day)

13 Mac - Hari Tidur Sedunia (World Sleep Day)

14 Mac - Hari Pi (Pi Day)

14 Mac - Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)

15 Mac - Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day)

16 Mac - Hari Lahir KSU MOSTI | Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir

20 Mac - Hari Burung Pipit Sedunia (World Sparrow Day)

20 Mac - Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)

21 Mac - Hari Hutan Sedunia (International Day of Forests)

21 Mac - Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)

21 Mac - Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (International Day for the Elimination of Racial Discrimination)

21 Mac - Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests)

21 Mac - Hari Down Syndrom Sedunia (World Down Syndrome Day) 

21 Mac - Hari Puisi Sedunia (World Poetry Day)

21 Mac - Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)

22 Mac - Hari Air Sedunia (World Water Day)

24 Mac - Hari Tibi Sedunia (World Tuberculosis Day)

25 Mac - Hari Polis

26 Mac - Hari Ungu (Purple Day)

30 Mac - Hari Doktor

31 Mac - Earth Hour

Bulan April

1 April - Hari April Fools (April Fools Day) 

2 April - Good Friday

2 April - Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day)

7 April - Hari Kesihatan Sedunia (World Health Day)

12 April - Hari Antarabangsa Penerbangan Manusia Ke Angkasa (International Day of Human Space Flight)

13 April - Awal Ramadan

15 April - Hari Senyap Sedunia (Day of Silence)

15 April - Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah

15 April - Hari Berdialog (Day of Dialogue)

15 April - Hari Seni Sedunia (World Art Day)

17 April - Hari Hemofilia Sedunia (World Hemophilia Day)

21-29 April - Minggu Imunisasi Sedunia

22 April - Hari Bumi (Earth Day)

23 April - Hari Buku Sedunia (World Book Day)

23 April - World Copyright Day

25 April - Hari Malaria Sedunia (World Malaria Day)

25 April - Hari Penguin Sedunia (World Penguin Day)

26-27 April - Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-87

26 April - Hari Harta Intelek Sedunia (World Intellectual Property Day)

29 April - Hari Nuzul Al-Quran

29 April - Hari Tarian Antarabangsa (International Dance Day)

30 April - Hari Jazz Antarabangsa (International Jazz Day) 

Bulan Mei

1 Mei - Hari Pekerja (International Workers' Day)

3 Mei - Hari Ketawa Sedunia (World Laughter Day)

3 Mei - Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day)

4 Mei - Hari Star Wars (Star Wars Day) 

4 Mei - Hari Bomba Sedunia

5 Mei - Hari Bidan Antarabangsa (International Midwives' Day)

5 Mei - Hari Asma Sedunia (World Asthma Day)

6 Mei - Hari Tanpa Diet Antarabangsa (International No Diet Day)

8 Mei - Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia

9 Mei - Hari Migrasi Burung Sedunia (World Migratory Bird Day)

10 Mei - Hari Ibu

11 Mei - Hari Penghargaan Pasangan Tentera (Military Spouse Appreciation Day)

12 Mei - Hari Jururawat Antarabangsa (International Nurses Day)

13-14 Mei - Hari Raya Puasa

15 Mei - Hari Lahir PM Malaysia | YAB Muhyiddin Yassin

15 Mei - Hari Keluarga Antarabangsa (International Day of Families)

15 Jun - Hari Angin Global (Global Wind Day)

16 Mei - Hari Guru

17 Mei - Hari Menentang Homophobia dan Transphobia Antarabangsa (International Day Against Homophobia and Transphobia) 

17 Mei - Hari Masyarakat Berinformasi Sedunia (World Information Society Day) 

22 Mei - Hari Hol

22 Mei - Hari Biodiversiti Antarabangsa (International Day for Biological Diversity) 

23 Mei - Hari Penyu Sedunia (World Turtle Day)

24 Mei - Hari Komonwel (Commonwealth Day)

25 Mei - Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa (International Missing Children's Day) 

25 Mei - Hari Tuala (Towel Day) 

26 Mei - Hari Wesak

30 Mei - Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)

31 Mei - Hari Tanpa Rokok Sedunia (World No Tobacco Day) 

Bulan Jun

1-2 Jun - Hari Gawai

1 Jun - Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia ke-62

1 Jun - Hari Kanak-Kanak Antarabangsa (International Children's Day)

3 Jun - Hari Basikal Sedunia (World Bicycle Day)

5 Jun - Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day)

7 Jun - Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

8 Jun - Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day)

14 Jun - Hari Derma Darah Sedunia (World Blood Donor Day)

20 Jun - Hari Pelarian Sedunia (World Refugee Day) 

21 Jun - Hari Bapa

21 Jun - Hari Hidrografi Sedunia (World Hydrography Day)

21 Jun - Hari Yoga Antarabangsa (International Yoga Day) 

26 Jun - Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Haram Antarabangsa (International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking) 


Bulan Julai

2 Julai - Hari UFO Sedunia (World UFO Day)

3 Julai - International Day of Coorperatives (Sabtu pertama Julai)

7 Julai - Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia (Pulau Pinang)

7 Julai - Hari Coklat Sedunia (World Chocolate Day)

11 Julai - Hari Populasi Sedunia (World Population Day) 

15 Julai - Hari Kemahiran Belia Sedunia (World Youth Skills Day)

19 Julai - Hari Arafah

20 Julai - Hari Raya Haji

22 Julai - Hari Kemerdekaan Sarawak

26 Julai - Hari Pengguna Malaysia

28 Julai - Hari Hepatitis Sedunia (World Hepatitis Day 2020)

29 Julai - Hari Harimau Antarabangsa (International Tiger Day)

30 Julai - Hari Persahabatan (Friendship Day)

31 Julai - Hari Pahlawan

31 Julai - Hari Penghargaan Sistem Pentadbiran (System Administrator Appreciation Day) 

 

 Bulan Ogos

1-7 Ogos - World Breastfeeding Week

8 Ogos - World Health Day

9 Ogos - International Day of the World’s Indigenous People

10 Ogos - Awal Muharam (Maal Hijrah)

12 Ogos - Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)

12 Ogos - Hari Belia Antarabangsa (International Youth Day)

13 Ogos - Hari Tangan Kidal Antarabangsa (International Lefthanders Day) 

19 Ogos - World Humanitarian Day

20 Ogos - Hari Nyamuk Sedunia (World Mosquito Day)

31 Ogos - Hari Kebangsaan


Bulan September

5 Sept - Hari Kerja Amal Antarabangsa (International Day of Charity)

10 Sept - Hari Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (World Suicide Prevention Day) 

11 Sept - Hari Patriot (Patriot Day)

15 Sept - Hari Demokrasi Antarabangsa (International Day of Democracy) 

16 Sept - Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa (International Day for the Preservation of the Ozone Layer)

16 Sept - Hari Malaysia

21 Sept - Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api (Zero Emission Day)

21 Sept - Hari Keamanan Antarabangsa (International Day of Peace)

21 Sept - World Alzheimer’s Day

22 Sept - Hari Tanpa Kereta (Car Free Day)

25 Sept - Hari Ozon Antarabangsa

26 Sept - Hari Kawalan Kehamilan Sedunia (World Contraception Day)

27 Sept - Hari Sungai Sedunia (World River Day)

27 Sept - Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day)

28 Sept - Hari Penyakit Anjing Gila Sedunia (World Rabies Day)

29 Sept - Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day) 

29 Sept - Hari Jantung Sedunia (World Heart Day) 

20 Sept - Hari Maritim Sedunia


Bulan Oktober 

1 Okt - Hari Vegetarian Sedunia (World Vegetarian Day)

2 Okt - Hari Senyum Sedunia (World Smile Day)

2 Okt - Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa (International Day of Non-Violence) 

4 Okt - World Space Week

4 Okt - Hari Binatang Sedunia (World Animal Day)

5 Okt - Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day)

8 Okt - Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day) 

9 Okt - National Nanotechnology Day

9 Okt - Hari Pos Sedunia (World Post Day)

10 Okt - Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) 

13 Okt - Happy World Sight Day

13 Okt - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi (International Day for Natural Disaster Reduction)

14 Okt - Hari Standard Sedunia (World Standards Day) 

15 Okt - Hari Basuh Tangan Peringkat Global (Global Handwashing Day) 

16 Okt - Hari Makanan Sedunia (World Food Day) 

17 Okt - Hari Kanak-kanak Kebangsaan

17 Okt - Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa  (International Day for the Eradication of Poverty) 

19 Okt - Maulidur Rasul

21 Okt - Hari Alam Sekitar Negara

24 Okt - Hari Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Day) 

24 Okt - Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action)

29 Okt - Hari Psoriasis Sedunia (World Psoriasis Day)


Bulan November
1 November
- Bulan Keluarga Kebangsaan 

4 November     - Hari Deepavali

5 November - World Tsunami Awareness Day

10 November - Hari Sains Sedunia (World Science Day/ International Science Centre & Science Museum Day)

11 November - Hari Veteran (Veterans Day) 

12 November - Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia (World Pneumonia Day) 

14 November - Hari Diabetes Sedunia (World Diabetes Day)

17 November - Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia (World Prematurity Day) 

19 November - Hari Falsafah Sedunia (World Philosophy Day) 

19 November - Hari Lelaki Sedunia (International Men's Day)

19 November - Hari Tandas Sedunia (World Toilet Day)

20 November - Hari Kanak-Kanak Universal (Universal Children's Day) 

21 November - Hari Televisyen Sedunia (World Television Day) 

25 November - Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa (International Day for the Elimination of Violence against Women) 

30 November - Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (Self-injury Awareness Day) 

Bulan Disember
1 Disember
- Hari AIDS Sedunia (World AIDS Day)

3 Disember - Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations' International Day of Persons with Disabilities) 

5 Disember - Hari Tanah Sedunia (World Soil Day)

5-30 Disember - Hari Profesion Teknikal Negara

5 Disember - Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day) 

10 Disember - Hari Hak Asasi Manusia (Human Rights Day)

11 Disember - Relaks Minda

18 Disember - Hari Migran Antarabangsa

20 Disember - Hari Solidariti Manusia Antarabangsa

25 Disember - Hari Krismas


Nota***
Tulisan berwarna Merah:       
Telah melepasi tempoh rekabentuk

Tulisan Bold:                           Tarikh penting di Malaysia

Tulisan berwarna Biru:           Perkataan dalam Bahasa inggeris

Kemaskini WHSWZ: 17 Disember 2020