Nuffnang

Followers

Friday, November 20, 2009

nanny, wad 8B dan opis

Jumaat lalu seperti biasa aku dan en.hb balik lambat ke rumah. Jalan kurang jem rasa mudah dan cepat je perjalanan balik haritu. Sampai saja di kawasan rumah, kami parking kereta dulu di bawah rumah kemudian ambil Damia di rumah nanny nya nun di seberang blok rumah.

Nanny Damia seorang yang berpangkat makcik. Berusia sekira awal 50-an. Dari loghat bahasanya berkemungkinan makcik ini orang utara. Mengaku berpengalaman banyak menjaga anak. Pernah juga menjaga budak sakit eczema yang lebih teruk dari Damia. Maka kami letakkan harapan tinggi supaya makcik ni tahu caranya menjaga anak kami. Satu perkara yang rasa beban di hati, makcik ni pelihara banyak kucing. Kadang-kadang kucing ni bekeliaran dalam rumah. Aku memang pasti Damia pun ada main dengan kucing-kucing ni sebab pernah nampak baju Damia berbulu kucing.

Setiap hari jumaat ada pasar malam di depan rumah blok nanny, maka kami terus pergi ke pasar malam. Jalan2 kat dalam pasar malam tu, en.hb dah komplen muka Damia naik ruam-ruam. Muka Damia nampak pucat dan sugul tak macam selalu. En. hb sampaikan kata2 nanny masa dia ambil Damia tadi, Damia cirit-birit banyak kali. Aku dah gelisah tapi sebabkan pada kami ruam-ruam perkara biasa pada Damia aku biarkan dulu perasaan serabut tu.

Sampai saja di rumah memang jelas nampak Damia kurang bermaya. Masam je mukanya. Aku usik-usik ajak bergurau pun dia senyum sikit je lepas tu tonggeng bontot tekan perut. Nampaknya Damia memang tak sihat. Aku geledah bahagian ubat-ubatan Damia kot jumpa ORS (air garam) untuk rawat cirit-biritnya. Yang banyak pun perasa oren yang dah luput tarikhnya. Kami mandikan Damia dan memang Damia cirit-birit sepanjang malam tu. Aku cari-cari lagi baki ORS dalam rumah dan jumpa juga yang baru. Beri sikit pada Damia, dia tolak minumnya. Sampaikan aku hulur air masak pun dia fobia nak minum.

Kemudian aku cuba petua lama yang mak mertua aku ajar dulu. Kalau cirit-birit, goreng beras tanpa minyak sampai hangit. Tumbuk lumat-lumat kemudian campur dalam air panas. Tunggu sampai air agak sejuk barulah suap minum. Damia jenguk je sudu berisi air hitam terus cebik tak nak minum. Memang dia pernah merasa air beras hangit ni dulu. Agaknya dia tahu air tu memang tak sedap. Awal2 dah tolak. Aku paksa minum dengan picagari yang bagi ubat tu. Melalak-lalak dia tak nak. huhu... Dapatlah minum 3ml je.

Sabtunya Damia terus menerus cirit-birit. Kali ini lebih kerap. Badan Damia terus tak bermaya. Nak berdiri pun tak larat. En.hb kol nanny tanya pada dia apa diberi makan sampai cirit-birit dan alergik begini. Nanny cakap bagi makan macam biasa je.

Kami tak berpuas hati dengan jawapan nanny yang macam sembunyikan sesuatu dari kami. Kalau cirit-birit dah buat kami risau, apalagi ditambah dengan alergik yang tak pernah Damia hidapi. Selalunya kalau salah makan, naik ruam-ruam merah saja di badan Damia. Dia pun sibuklah garu mengaru. Tapi kali ni alergiknya naik ruam-ruam dan biji-biji kasar yang berair. Kalau garu, air bisa tu merebak dan berjangkit di kawasan kulit yang lain.

Hari ahad cirit-birit Damia beransur pulih sebab aku paksa gak Damia minum ORS. Nangis2lah asal dia sembuh. Masuk tengahari ruam-ruam kasar dan biji-biji berair makin merebak ke bahagian kepala dan belakang badan. Selalunya kalau alergik, minum air masak saja selang sehari sembuh. Tapi dah masuk dua hari bukan sembuh, sebaliknya makin merebak. Petangnya aku kol nanny Damia. Nak minta kepastian jenis makanan yang diberi sampai Damia alergik dan cirit-birit. Bukan niat nak cari salahnya. Kalau aku tahu jenis makanan yang Damia alergik, aku sendiri secara tak langsung boleh elakkan bagi makanan tu. Perkara yang mudah cuma menimbulkan salah faham.

Berulang kali nanny Damia sebut dia cuma bagi makan, makanan yang kami tapaukan untuk Damia dan biskut yang kitorang letak dalam beg. Kalau salah makan mungkin berpunca dari makanan tu. Aku tanya berapa kali Damia cirit, dia kata sekali tu saja pukul 5 petang(ketika en.hb ambil Damia dia kata banyak kali Damia cirit-cirit). Aku pun sebab malas dah nak memanjangkan cerita aku cakaplah... "takpelah, petang karang saya bawa periksa doktor." Tak sangka-sangka pulak secepat tu jugak dia bertegas tak nak jaga dah Damia. "awak carilah pengasuh len, saya tak nak jaga dahlah." Terkedu sekejap.

Kalau korang masih sedar. Hari yang aku kol dia ni Ahad. Lebih tepat lagi petang Ahad. Kalau korang jadi aku tak terkedu ke dapat kenyataan tiba-tiba macam ni? Last minit cakap tak mahu jaga. Dia ingat aku nak cari pengasuh ni macam pilih ikan kembung dalam pasar? Boleh main tunjuk-tunjuk je nak letak kat mana-mana? Sedangkan kami nak putuskan letak Damia bawah jagaan dia dulu pun makan masa lebih 1 bulan.

Malamnya en.hb kol nanny pulak dan cakap akan hantar Damia macam biasa esok hari. Nanny ni berkeras tak nak jaga dah. Siap terus tutup henset. Bila en.hb kol lagi dan lagi dah tak sudi angkat dah.

Persoalannya, kalau tak salah kenapa mak cik ni nak takut-takut bila aku sebut nak bawa Damia jumpa doktor? Bukan aku desak dan tuduh dia bagi makan salah pada anak aku. (Walaupun hakikatnya hati aku terdetik demikian). Bukan aku cakap kasar-kasar padanya (sebab orang tua, kena jugaklah ambil hati... fikir nak letak anak lama bawah asuhannya).

Petang Ahad tu kami berjumpa dengan doktor di klinik berhampiran rumah. Kami beli ubat alergik. Aku mintak ORS doktor ni tak nak bagi. Siap gelakkan kami nak bagi ORS. Katanya orang dah tak minum lagi ORS. Budak-budak tak suka rasanya. Doktor ni suruh kami beli 100 plus. Kacau airnya sampai keluar gas campur air masak sikit. Aku ikut je cakap doktor tu. Damia minum seteguk dua dah terjeluak balik. Aku desak-desak minum lagi dia menolak terus. Kemudian aku bagi minum ubat alergik. Ubat ni mengantuk, lepas makan terus Damia tertidur.

Pukul 12 malam Damia merengek-rengek. Cirit-birit datang balik diselang dengan muntah-muntah. Dari jam 12 tengah malam higga jam 6 pagi, 6 kali Damia berjaga sebab asik muntah-muntah air dan sedikit kandungan makan malamnya. Kesian sangat. Badan kembali lembik, perut kempis.

Esok paginya kami terus bersiap ke Hospital Selayang. Aku kemas-kemaskan sekali baju nak bermalam di wad. Sebab aku memang dapat agak, kalau melibatkan kes-kes cirit-birit memang kena tahan wad.

Pukul 2 petang kami diletakkan di bahagian wad ED. Pukul 7malam masuk wad kanak-kanak 8B. Tepatkan dugaan aku. Diletakkan di bilik dua katil. Selang 45 minit kemudian, aku ditemani teman sebilik berbangsa cina. Anaknya juga sakit cirit-birit dan demam-demam. Berkampunglah aku selama 4 hari 3 malam di wad kanak-kanak. Kali ini masuk 5 kali dalam tahun 2009 aku dan Damia menjadi tetamu wad-wad hospital. Dah masak sangat dengan ragam-ragam di hospital.

Bagusnya staf-staf wad 8B kali ni semuanya ramah-ramah dan baik hati belaka. Tak ada kes aku bengang dengan staf-staf wad 8B. Sebaliknya rasa lebih selesa dan kurang terganggu seperti pengalaman lama.

Hari khamis kami dibenarkan pulang. Damia bila dah disarungkan baju jalan-jalan, terus happy mood. Sibuk ajak mummy dan ayah bawanya jalan-jalan.

Harini nak atau tak nak aku dan en.hb terpaksa bawa Damia masuk kerja. Memang kerja tak jalanlah sebab kami bergilir-gilir jaganya. Damia pulak tak nak duduk sendiri. Mungkin tak selesa di tempat ni.

Aku harap inilah penutupnya Damia masuk wad untuk tahun 2009. Rasa penat asik berkampung di hospital. Sungguh!

5 comments:

yantz-yeem said...

kesian korang...pas..satu-satu ..
pasni-nk-kena-plaks-cr-pengasuh-baru-nmpk-sgt-makcik-tu-
dah-wat-salah-xnak-mengaku-tp-mungkin-ada-himah-
nya-korang-berdua-sabo-je-la-

nie-nm-nya-dugaan...

Unknown said...

wei tk jumpa rafiq ke? rafiq miksi masuk spital yg sama?

QuEeN Of 2 Heroes said...

sian damia...
sy rasa mgkn jgk keadaan umah nanny tu yg wat damia sakit..(kucing2 itu).
x sesuai ada kucing berkeliaran kalo ada baby...coz baby kan xtau ape2 lg...huhuhu.kalo nanny tu care damia (x bg sentuh kucing ke...) & care kucing tu bebetul(masukkan dlm sangkar jap ke),ok la....pendapat sy la...

Bukan Bidadari said...

huhuhu..... sian damia.... ni dah dpt nanny baru ke belum?

Wansteddy Tales said...

k.yantz...tah la napa la asik diduga je. sepanjang thn ni rs sngt smpi kdg2 terduduk. apa pn skrg aku bersyukur sngt damia dh makin sembuh. aku harap sngt2 xde lagi berulang sakit teruknya cm dlu. klu takat masuk wad ats sbb2 sakit cmni aku rs xkisah lagi.

hada...aku dh lama xkontek2 member amnet. blog miksi pn aku dh xjenguk sbb xde linknya. nnt aku try add blognya dr blog ko eks. aku rs klu msk wad pn maybe rafik masuk area putrajaya atau seremban atau nilai. sbb dorg stay kat nilai.

queen of 2 heroes..mmg nanny letak dlm sangkar. tp ibu kucing berkeliaran jugak dlm rumah. saya pn xblh nak halang kalau nanny nak pelihara kucing. xbolehlah sbb anak saya dia kena buang kucing2nya kan. xpe la, skrg kitorg dh xletak damia kat sana. senang sikit hatinya xpayah kurung2 da kucing2 lain. kesian juga pada baby lain yang dia ngasuh tu. hara2p dorg xalah dgn bulu kucing

emared...belum ema.. tgh cari2 lagi. cam saya kata la. nak cari nanny segera ni berlambak ada yang sanggup cumanya bukan bangsa melayu la. yang indonnya ramai nak ngasuh tapi casnya mahal sangat. saya tak kisah bab harga ni kalau asuhannya teratur dan selesa. tapi risau tak dijaga baik je. cam tak berbaloi nak bayar mahal. penah gak tgk nanny ni jaga baby2 ramai dalam rumahnya. tapi dia tgl baby2 asuhannya bawa baby dia sendiri jalan2 lepak dengan kawan2. bila saya tanya sapa jaga baby2 asuhan dia tu. dia jawap semuanya dah tidur. hurm... rsa xyakin nak hantar anak pada dia. dah la cas mahal :(