Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, November 25, 2009

wansteddy illustration

Ketika di alam remaja cey ceyy... aku suka sekali ceburkan diri dalam contest ilustrasi. Semacam suatu kepuasan dapat hasilkan lukisan-lukisan mengikut kemahuan sendiri. Aku gemar melukis menggunakan pensil warna. Lebih selesa dan memudahkan bagi aku. Tak perlu ambil kira kerja comot dengan cat-cat air. Atau perlu menunggu warna kering.

Tapi bagi sesetengah pendapat mungkin beranggapan penggunaan pensil warna lebih menjerihkan dan ambil masa untuk siapkan satu2 lukisan. Yang itu aku setuju. Maka tak hairanlah kalau aku perlu ambil masa secepat2nya satu hari suntuk untuk satu lukisan bersaiz A4. Ditambah kalau ketika itu aku penuh emosi nak berkarya. Kalau mood asik on off lukisan sekecil A4 pun boleh makan masa seminggu! hohoho....

Aku kurang gemar mewarnakan lukisan melalui teknik digital. Mungkin kerana aku sendiri kurang mahir dengan penggunaannya. Hasilnya adalah seperti di bawah. Lukisan ni dibuat untuk contest Gempakstarz tahun 2004 kalau tak silap. Aku lambat hantar, deadline esok aku baru terhegeh-hegeh hantar harini. Sudahnya aku perlu pejam mata je bila kalah. Lagipun aku sendiri rasakan lukisan ni tak sempurna.

medium: ink, adobe illustrator dan adobe photoshop


Lukisan ini pulak dihasilkan menggunakan pensil warna. Sama juga, tujuannya terhasilnya lukisan ini untuk masuk bertanding dalam contest gempakstarz. Aku memasukkan watak-watak di dalam komik yang terdapat di dalam majalah tersebut hasil karya kaoru dan aie.

medium: pensil warna


2 comments:

Sitisifir10 said...

hehe...itu lebih baik dari saya yang melukis tapi tak siap2 :P

wansteddy said...

asal minat melukis terus membara okey je. siap tak siap lain citer kui3...