Nuffnang

Thursday, December 10, 2009

Aku bercerita

Rasa makin terlebih bersemangat nak design karektor dolly. Macamanapun aku tersekat dengan bebanan kerja sekali. Jadinya idea2 yang ada terperap terus di kepala. Dikhuatiri bila dah sampai masa lepak, aku terlupa idea-idea sedia ada ni. Lagi haru kalau aku dah hilang terus mood nak design.

Aku tak lupa permintaan dari kawan untuk design header blognya. Tapi disebabkan kesuntukan masa (konon) aku terpaksa kiv dulu permintaan beliau. Sori kak... Pape ko sediakan gambar dan pas kat aku. Bila-bila masa free aku trus design k.

Damia sejak dihantar pada nanny baru, mengurangkan sikit rasa terperangkap waktu kerjaku. Ye lah, tengah nak buat kerja diganggu pulak dek si kecik ni. Memang kerja tak jalan lancar la. Kalau gerak pun kerjaku masa dia tengah tidur. Adalah dalam dua jam gitu. Pastu dia sibuk-sibuk sepahkan meja dan segenap ruang kerjaku. Ado la.... Tapi bila Damia dah tak bersama-sama dengan aku, rasa rindu pula pada dia. Terbayang-bayang gelagat si kecik ni kat segenap ruang meja. Segala tempat dia geledahnya. Kerusi tempat Damia beradu pun masih belum aku kemas. Siap dengan bantal comforter yang bersepah... Bau Damia pun lekat lagi kat kawasan kerjaku. huhu... Harap-harap Damia baik-baik saja bawah asuhan nanny barunya. Amin...

Aku nak kembali dalam timbunan kerja. Kalau rajin aku bercerita lagi.

2 comments:

Sitisifir10 said...

dasat kan kasih sayang mak pada anak...bau pun teringat2...

wansteddy said...

ehehee... kemaruk bagai orang berchenta pulak kan kui3...