Nuffnang

Followers

Thursday, December 17, 2009

Dobby the elf ~ Harry Potter

Pernah baca buku koleksi Harry Potter? Aku dah memiliki ketujuh-tujuh buah buku Harry Potter. Dan sekarang sedang mengulang baca buku yang keempat. Nak sampai ke penutup pun. Sengaja aku ulang baca sebab masa mula-mula baca dulu aku suka ambil jalan pintas. Selak-selak mukasurat ke depan bila ada bahagian yang boring untuk di baca. Tapi kalau buat macam tu memang banyak info yang terperinci boleh ketinggalan. Jadinya aku kembali membaca dari buku satu hingga buku tujuh. Sekarang baru baca buku keempat.

Buku pertama, kedua dan ketiga tidaklah tebal sangat. Tapi bermula buku keempat hingga ketujuh semuanya tebal-tebal belaka. Disebabkan kesuntukan masa, aku cuma berkesempatan membaca sedikit demi sedikit. Bila ada masa terluang aku baca. Contohnya jika dalam perjalanan pergi dan balik ke opis atau rumah. Sebelum nak tidur atau ketika nak menunggu giliran mandi! hohoho... kemaruk membaca sampai begitu sekali.

Dalam buku keempat Harry Potter bertajuk Goblet of Fire, aku sangat tertarik pada bahagian Harry Potter serta rakan baiknya Ron dan Hermoine bertemu elf rumah bernama Dobby. Terlintas di kepala nak lukis gambar Dobby mengikut imaginasi penulis buku ini J.K.Rowling.


Mengikut buku, gambaran karektor Dobby adalah seperti ini:
Matanya sebesar bola tenis yang bergenang dengan air mata gembira.
Hidungnya berbentuk pensil.
Telinganya berbentuk seperti telinga kelawar.
Jari dan kakinya yang panjang.
Pakaiannya terdiri daripada serkup teh yang dibuat topi. Dipinkan dengan pelbagai lencana berwarna terang.
Seutas tali leher bercorak ladam kuda.
Tidak berbaju.
Seluar pendek bola sepak kanak-kanak.
Sepasang stoking yang tak sama warna, satu berwarna hitam dan satu lagi berjalur oren dan pink.
Inilah Dobby the elf....
Sama tak dengan gambaran dari penulis?
Dengan latar belakang sempoi

Close up Dobby face

2 comments:

Nia said...

ahaks,..mcm dobby la wan!

Wansteddy Tales said...

ehe! nia pn layan citer HP?
dlu teringin nk wat blog khas psl HP. tp kenangkan riso malas nk update, cancel la. kemaruk sngt kui3