Nuffnang

Friday, December 18, 2009

blogku dilanda tsunami

Salam Awal Muharram...
Harini kami tidak kemana-mana. Duduk saja di rumah. Tapi aku uruskan kerja-kerja mengelap segala perabot yang diselaputi habuk tebal. Disamping tu lap sekali lantai bagi berkilat. Kalau hari-hari kerja aku lap sambil lewa je. Terutama dalam bilik. Tapi ruang tamu kena lap bersih-bersih sebab Damia memang suka merayap sejak dapat lesen berjalan ni.

Berita sedihnya, kalau korang perasan blog aku dah serba kosong bagai dilanda tsunami! Semuanya gara-gara kegedikkan aku nak ubah background blog dengan gunakan design sendiri. Klik-klik je ikut arahan cara install background ciptaanku itu, tup2 bushhh... hilang habis semua widget2 aku. Lupa sungguh aku nak perhatikan apa kemenda yang aku klik tu. Simpanan melalui export blog pun tak berguna sebab error pulak. Hangin2... Tu la gara-gara gedik tak tentu pasal, huhu.....

Server sangat slowww... Mungkin di hari cuti begini lebih ramai yang surf internet di rumah. Aku nak balas komen dari kawan-kawan pun nak kena tunggu dalam suku jam. Sabo je la.

Akhir kata selamat menyambut awal Muharram. Semoga tahun ini kan beri kehidupan yang lebih baik pada hari-hari kita, insya'allah....

5 comments:

Ijan said...

xpe2.blog ni still mnarik g;)

Yanne said...

Hm.. sabar jela.. why not u try other free blogger template?

rosma said...

salam maal hijrah utk wans sekeluarga..

wansteddy said...

ijan dan yana.... tp bnyk widget ilang gtu je.. mana yg simpan dlm potobucket leh la amik blk huhu yg len2 leburrr... amik background yg sempoi je la memandangkan dah serik nk pandai2 buat sndri huhu...

rosma... thanx rosma. salam maah hijrah jugak buat rosma, ijan dan yana sekeluarga :)

♥♥syahadah♥♥ said...

ted..pic aliya tu cam besar sikit..aku terkejut mula2..tp takpe..kokan teror