Nuffnang

Followers

Thursday, December 17, 2009

Ibu Hadif's GiveAway ~ Anugerah Terindah

Giveaway ini dianjurkan oleh MRS. K yakni ibu Hadif. Gambar yang diperlukan ialah gambar anak pada usia 1 hari.


Pertama kali aku tatap wajah Aliya Damia adalah ketika di dalam bilik pembedahan. Ketika itu pukul 9.36malam. Matanya kecil dan hitam bulat memandangku dengan penuh tanda tanya. Sambil jari jemari halusnya diletakkan di mulut. Pagi esoknya barulah Aliya Damia diberikan padaku. Rasa terharu bercampur gembira dan tidak percaya melihatkan zuriat sendiri di depan mata selepas 9bulan di dalam perut.

Kegembiraan berganda kerana Damia merupakan cucu perempuan sulung dalam keluarga di pihak sebelah aku. Kelahiran Damia seolah-oleh melengkapi kehidupanku dan suami. Aliya Damialah yang menyulamkan tali kasih antara kami. Dari dalam kandungan hingga kini aku takkan lepaskan doa dan harapan semoga anakku membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak dan baik. Dihindarkan dari segala kecederaan dan kemalangan. Dijauhkan dari sebarang sakit. Walaupun ada ketikanya Damia diuji dengan sakitnya, tapi Damia jauh lebih cekal berbanding diriku sendiri. Sememangnya Aliya Damia Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa.


jemput2 semua sertai giveaway ini selagi berkesempatan. sila klik sini

4 comments:

Nia said...

Good luck ya Wan! kiut sgt..hehe..

Wansteddy Tales said...

jom join sma nia!

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

haii.. checked!!
tapi cam takde je link lam bloglist

gudluck!!

Wansteddy Tales said...

dah update :)