Nuffnang

Followers

Monday, December 14, 2009

Menjelang usia 27 tahun


Salam...
Menjelang 19hb disember 2009 yakni sabtu ini, genaplah umurku ke 27 tahun. Rasa sekejap je masa menginjakkan lagi setahun umurku ke depan. Entah cukup tak kematangan dalam diri baik dari segi peribadi mahupun akal pemikiran.

Yang pasti mengawal emosi adalah kelemahanku yang paling kuat. Mudah sangat rasa nak melenting bila terasa mahupun dilukai hati, baik secara terang-terangan mahupun secara diam-diam. Walaupun semudah tu juga aku memaafkan, tapi sukar pulak nak lupakan. Rumitnya menjadi seorang aku ~ wansteddy :)

Bila usia makin meningkat, aku tak harap sangat pada sambutan hari jadi yang meriah. Baik dari keluarga mahupun dari kawan-kawan. Memandangkan aku memang bukan staff popular di opis, memang aku tak harap langsung. Lagipun tahun-tahun aku bekerja jangankan sambutan hari lahir, ucapan hari lahir pun suam-suam kuku je. Bermula ketika mula bekerja dulu. Ketika itu big bos di opis rajin sediakan kad ucapan selamat hari lahir staf2 opis dan ditampalkan di papan notis. Malangnya namaku selalu tercicir! Berganti pulak big bos yang lain, resam dan adat penghargaan dari big bos kepada staff bawahannya terus dilupakan. Maknanya aku memang tak pernah merasa sambutan meriah hari lahir di opis. Kadang-kadang jelez jugak bila kakakku bercerita tentang majlis-majlis hari lahir anjuran opisnya untuk para staf. Walaupun dibuat secara kecil-kecilan tapi cukup meninggalkan kesan. Nampaknya soal kebajikan makin dilupakan.

Kalangan keluarga pulak, disebabkan aku jauh di Kuala Lumpur dan mereka di Utara, sambutan hari lahirku hanya disambut dengan ucapan selamat hari lahir. Tiada lagi kek, tiada lagi majlis hari lahir ringkas. huhu.... Keluargaku memang jenis menghargai hari lahir. Dari kecil hingga besar kalau tak buatkan sambutan majlis yang besar, mak abah belikan kek dan raikan saja di rumah. Dimulakan dengan doa selamat dan makan-makan. Kecil tapi terlekat di hati. Sekarang tiap kali hari lahir, mak abah tak lupa ucapkan selamat hari jadi baik daripada panggilan telifon mahupun melalui sms. Terharu je rasa sebab mak abah masih ingat tarikh hari lahirku. Yang susahnya, nak dapat ucapan dari abang atau adik-adikku. Mentang-mentanglah dorang ni lelaki. Asyik lupa je dengan tarikh hari lahir aku. Kalaupun ingat atau teringat dapatlah panggilan atau sms daripada dorang selang beberapa hari selepas hari jadi aku. Sungguh kijam. huhu....

Dalam soal berkeluarga, aku cukup terharu dan bangga dikurniakan anak sebaik Aliya Damia. Si kecil ini walaupun terganggu dengan masalah kesihatan semasa menghampiri usia setahun, tapi semangatnya cukup tinggi. Kadang kala aku rasakan anakku ini lebih tabah dari mummynya. Di kala Damia dirundung rasa sakit dan tidak selesa (kerana eczema), Damia tidak menangis tidak meraung sebagaimana lazim kanak-kanak tidak sihat yang lain. Sekadar merengek dan minta lebih perhatian. Mungkin anak yang sekecil ini pun tahu betapa mummynya tertekan. Dan untuk tidak menambahkan tekanan di hati mummy, Damia tabah menerima sakitnya. Bila aku lihat Damia yang dah semakin sihat sekarang dan mengingat-ingat kembali detik-detik ketika Damia sakit teruk dulu, aku rasa cukup sedih, kagum dan terharu. Kalaulah aku sendiri yang berada di tempat Damia, tentu aku lebih teruk dengan pelbagai ragam. Syukurlah anakku kental semangatnya. Padaku tiada hadiah yang lebih bernilai selain anakku ini Aliya Damia. Dan kesihatannya adalah bonus untuk kami sekeluarga mengecapi erti bahagia.

Soal kerjaya, aku kembali ke dunia pekerjaan selepas cuti panjang menjaga Damia sepenuh masa. 9 bulan bukan tempoh yang sekejap. Kalau orang mengandung dah melahirkan anak gamaknya. Bagaimanapun aku bersyukur juga dalam tempoh bercuti itu aku dapat berikan penuh penjagaan pada Damia. Soal kerja rasanya tidak memberikan beban terlampau pada aku. Masih boleh berjalan lancar. Malah sempat juga curi-curi masuk contest anjuran blogger-blogger semasa bekerja dan contest-contest lain yang kecil-kecil sekadar untuk mengisi masa.

Soal kesihatan, alhamdulillah selepas diuji dengan sakit bengkak susu hingga perlu jalani pembedahan tahun lalu, aku rasa semakin sihat. Angin dalam badan tu biasalah. Dari zaman belajar dulu dah ada kui3... Owh, mungkin lupa aku nak khabarkan cerita yang ini. Ketika mula-mula masuk bekerja aku perasan juga tingkah laku pelik beberapa staff opis (lelaki terutamanya) bila terpandang aku cepat2 palingkan atau tundukkan muka.

Mula-mula aku tak tahu juga kenapa mereka2 ini punya tabiat pelik macam ni. Mungkin ke ada laporan tentang gangguan seksual dalam opis sampaikan beberapa orang ini takut2 nak pandang muka perempuan2 dalam opis. Tak berapa lama lepas tu barulah aku dapat tahu. Ada pulak warga opis mulut celupar yang putar belitkan fakta. Yang kononnya aku jalani pembedahan buang payudara disebabkan kanser!

Mengucap panjang aku bila dengar kenyataan merapu seperti tu. Nak tergelak pun ada nak marah lebihlah lagi. Tapi akhirnya aku buat tak layan saja gosip bangang seperti tu. Pada anggapanku. Siapa pun yang mencanangkan gosip liar begitu merupakan si bodoh paling akhir yang ingin aku ambil tahu halnya selepas itu. Kemungkinan si bodoh itu nak bagi andaian ikut kata hati sendiri. Atau pun mungkin kerana si bodoh ini nak berlagak pandai serba serbi kemudian hamburkan gosip2 bodoh. Pada aku, orang begini tak perlu dilayan. Sudahlah tak cerdik, takde adab nak bertanya pada aku atau pun pada en.hb yang sama-sama bekerja di opisku. Kemudian sesuka hati melampiaskan idea-idea tolol yang tak betul tentang aku. Lantak ko la. Esok-esok ko sakit demam selsema, pastu orang kata ko kena strok sampai nak mati jangan salahkan gosip pulak. Al maklum tak nak bertanya dulu. Gosip2 ni boleh disalahtafsirkan kannn....

Sudahlah untuk kata-kata panas. Kembali ke mood jernih-jernih hati. Hobi baru aku sekarang suka rekabentuk dolly. Pembaca blog ini semestinya sedia maklum, ada beberapa dolly yang aku dah bina. Dengan beberapa emosi. Ikut mood aku berblog pada hari itu :) Rancangan jangka panjang, aku nak bina dolly keluarga pulak. Mungkin dalam masa terdekat jika rancangan ini berjaya dihasilkan.

Akhir sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada follower-follower yang sudi menjadi temanku. Bila wujudkan blog baru barulah tahu siapa pembaca setia. kui3.... Semoga blog ini akan terus dipertingkatkan tanpa gangguan seperti blog lama. Insya'allah...

ps; azam tahun ini aku nak pertingkatkan mood sebagai pereka dolly :)

8 comments:

onniey84 said...

uikss ted nak masuk 27 dah ker..tp still nmpak mcm adik2 onie--hiksss

Wansteddy Tales said...

gambar boleh tipu. kui3...
kalau jumap f2f nampak la keremajaan yang makin pudar ini. ewah!

Bukan Bidadari said...

aku plak bulan depan masuk 28... adess lahir awal tahun ni mmg cepat tua....

Wansteddy Tales said...

ema... tu lagi ok dr lahir lmbt. muka dh nmpk tua tp pangai cm budak2... macam aku huhu....

QuEeN Of 2 Heroes said...

owh..da nak masuk 27 da... :)
epi besday! utk 19hb ni....:)
kira org pertama wish la ni kan3...hehehe :p

Wansteddy Tales said...

ehehhee... thanks nad.
sukanya berblog ni, ramai yang sudi bagi wish :) terharunya....

Unknown said...

happy birthday yek ted..aku lambat masuk blog ni bz...
apapun kita jd siapa kitakan..hidup dan rintangan buat kita kuat..

Wansteddy Tales said...

besday aku weekend ni ada.
tp kalu wish awal2 aku terima dgn hati lebih terbuka :)
tq kawan....