Nuffnang

Sunday, December 6, 2009

My 1st Giveaway

Giveaway ini dianjurkan oleh ayu dari blog butik onlinenya my Masterpiece. Memang aku suka sangat deco english style. Kalau berpeluang, aku akan ambil gambar meja kerjaku yang dihiasi dengan deco english. Walaupun tidaklah sarat dengan dekorasi ala englishnya sebab aku masih dalam proses mengumpul sedikit demi sedikit. Kebetulan pulak ayu menganjurkan giveaway menarik ini, rasa suatu kerugian sangat kalau aku tak menyertainya.

Dalam banyak-banyak hasil rekaan ayu, aku sangat-sangat suka wall plaque yang ini. Kalaulah ayu sudi hadiahkan padaku, aku nak ayu letakkan nama wansteddy :) (kemalu-maluan aku berharap)....


Cantik sangat kan! Kenapa aku suka rekabentuk hasil tangan ayu ini? Hasilnya menarik, simple dan kemas. Aku sukakan kemasan warna yang dipilih. Sementelah pulak aku memang sukakan warna pink kombinasi putih. Pendapat aku, kalaulah ayu dapat pelbagaikan lagi warna kepada warna-warna lembut yang lain, mungkin dapat menepati citarasa pelanggan lain yang mungkin menyukai variasi warna yang berlainan. Bagaimanapun aku tak dapat mengelak dari menyatakan, deco english style memang serasi dengan warna lembut pink dan putih. Dah memang themenya begitu. Romantic style!

Kawan-kawan yang berminat, silalah klik sini untuk sertai giveaway menarik ini!

2 comments:

Ayu said...

salam wansteddy..

thanks coz sudi take part dlm giveaway ayu ni

wansteddy said...

thanx ayu... semoga bisnez maju jaya!