Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, December 9, 2009

Nanny baru untuk Damia


Aku resah gelisah harini. Tinggalkan Damia bawah jagaan nanny baru. Nanny baru ini dalam lingkungan 30-an. Nama gelarannya Ma. Orang Kelantan. Rumahnya selang beberapa buah rumah dari rumah kami. Dah punya dua anak lelaki dan sedang sarat mengandung! Tapi kalau tengok pada perut memang tak nampak nanny Damia mengandung. Perutnya kecil, nanny Damia pula nampak cergas saja.

Dah lama kami cari-cari nanny untuk Damia sekitar rumah. Ada kawan seopis yang tawarkan nanny anaknya untuk jaga Damia. Tapi disebabkan tempat jagaannya bagai menyimpang jauh dari rumah dan opis, kami putuskan tak letak pada nanny tersebut. Bagaimanapun terima kasih pada sang kawan tersebut yang ikut sama membantu carikan nanny baru untuk Damia.

Nanny Damia letakkan harga rm280 sebulan. Nanny Damia mintak dibayar dulu. Harini. Katanya sebelum-sebelum ni dia pernah jaga anak orang. Perempuan juga. Bila sampai waktu nak bayar upah, dah lari tak hantar anak lagi. Rugilah dia, jaga dekat sebulan sampai masanya habuk pun tak dapat. Dapat penat saja. Sudahnya nanny Damia putuskan untuk amik bayaran untuk sebulan dulu. Pada aku rasa kurang wajar jugak sebab kami pun bukan nak letak Damia lama bawah jagaannya. Paling-paling lama pun dalam 1bulan saja sebab nanny Damia dijangka melahirkan baby pada tengah bulan 2 tahun depan. Kalau bernasip baik, mungkin lebih awal.

Aku pun tak berapa nak setuju letakkan Damia bawah jagaannya. Fikirkan dia sedang sarat. Fikirkan anak lelakinya yang nampak aktif sangat. Kerisauan pada keselamatan Damia dan mungkin boleh ganggu waktu rehat nanny Damia sendiri. Al maklum Damia boleh tahan lasak juga. Suka punggah-punggah barang. Lagipun cara nak mengasuh Damia agak rumit. Kena teliti dan hati-hati. Dikhuatiri jadi macam nanny lama. Lepas tangan bila aku tanya kenapa Damia boleh cirit-birit dan alergik seluruh badan.

Pagi ini sperti biasa kami mandikan Damia dulu. Dalam keadaan mamai-mamai Damia ikut saja langkah kami. Tapi aku nampak juga riak pelik kat wajah Damia bila kami ubah haluan. Selalunya kami ikut tangga kanan, harini kami belok tangga kiri pula. Tapi disebabkan ayahnya dah bawa berjalan Damia tenang-tenang saja. Sampai saja depan rumah nanny dah nampak Damia cebik. Nanny keluar dan ambil dia saja terus melalak!

Aku tunggu tepi tangga sekejap nak dengar lama mana Damia menangis. Sedih hatiku. Tak sanggup nak tinggal. Ikutkan aku nak ketuk pintu nanny dan batalkan saja letak Damia di situ.

Tapi aku kena cekalkan hati jugak. Sampai bila nak bawa Damia ke opis? Warga opis pun bukan semua suka budak-budak di bawa masuk ke opis. (Logik la tempat kerja). Dan Damia pun tak selesa terpaksa tidur tak selesa atas kerusi saja. Kesian sungguh.

Apa lagi nak dikata? Aku memang tak senang hati. Rasa gelisah dan rindu pula pada Damia. Harap-harap takde apa-apa yang berlaku. Harap-harap Damia selesa dan gembira dengan nanny baru dan kawan barunya. Harap-harap sangat...

7 comments:

yantz-yeem said...

la...damia xde la kat opis arinie eh!!!wui mahal nya pengasuh tu amik?cekap sgt ke dia sampe berani mintak 280???kalo jg ok xpe la...bantai nya x ok?riso plaks aku...

syahadah said...

sedeyla aku baca...sian damia mcm2 benda di hadapinya..
sbnynya nanny tu nak duit lebey jek tu...tak pernah aku dengar org mintak advance dulu..

rosma said...

yes la mahal rm280 tu..kt cni lau baby rm250..harap nany damia tu ok n leh jg damia.

wansteddy said...

k.yantz, hada, rosma... myb dia nk duit sbb nk smbut bb baru.tu pn dia dh ckp nk jga sampai bulan 1. aku dok pk kalau dia xsarat boleh la. manatau tbe2 bersalin awal, duit dh bagi dulu. mmg seblh mungkin nk cri nanny len. tp xde yg rsnya btl2 ok. lg pn nanny Ma ni pun 2 kali dtg rumah ckp nk jga sngt2 si damia. kesin pulak. harap2 dia jaga baik la. takat ni tgk xde pape. damia pn masa nk amik balik smlm nmpk hepi je main2 dgn abang2 anak nanny ma.

myb letak smpi awal bulan 1 je. weekend ni nk cari lagi nanny baru.

onniey84 said...

Insyallah ted..takda pape...
fikir yg positif...
yang penting jaga damia baik2

wansteddy said...

thanks oniey... nak kerja, kenalah berkorban kan... walaupn masih sedih, huhu

Anonymous said...

if you guys desideratum to untrustworthy [url=http://www.generic4you.com]viagra[/url] online you can do it at www.generic4you.com, the most trusted viagra dispensary seeking generic drugs.
you can ascertain drugs like [url=http://www.generic4you.com/Sildenafil_Citrate_Viagra-p2.html]viagra[/url], [url=http://www.generic4you.com/Tadalafil-p1.html]cialis[/url], [url=http://www.generic4you.com/VardenafilLevitra-p3.html]levitra[/url] and more at www.rxpillsmd.net, the pre-eminent [url=http://www.rxpillsmd.net]viagra[/url] prominent on the web. well another great [url=http://www.i-buy-viagra.com]viagra[/url] pharmacy you can find at www.i-buy-viagra.com