Nuffnang

Friday, December 11, 2009

punch kad pulak kena khianat


Ada-ada saja... Dulu blog lamaku, sekarang punch kad pulak!

Semalam dek kerana perlu siapkan kerja-kerja urgent dengan segera, aku terpaksa berlama-lamaan di opis. Kira stay back la. Selepas lahirkan Damia dah lama tak stay back di opis. Rasa kesian pula pada Damia terpaksa ditinggal agak lama dengan Nanny Ma. Sudahlah baru kenal 2hari, ditinggal lama pula. Dalam hati, aku asyik berdoa je supaya Damia takde pape.

Buat kerja sampai jam cecah pukul 8malam. Walaupun masih ada baki-baki staf di opis, tapi aku rasa pelik-pelik pula berada di opis pada waktu malam. Seram pun ada juga sebab lampu-lampu kebanyakkannya dah ditutup. Mujurlah masa buat kerja masih ada a. Razif di bahagianku. Kalau tinggal aku sorang kat bahagian aku maunya berpeluh-peluh aku buat kerja. Dah la air cond ditutup bila dah masuk pukul 5 petang. Sungguh tak selesa. Selesaikan solat dulu dan aku pun tergesa-gesa nak balik.

Sampai masa nak punch kad. Terkejut aku bila tengok punch kad en. hb dah bertanda. Punch kad aku juga. Kalau nak kata orang ter punch, mustahil kedua-dua kad kami di punch sekali. Sama masa lak tu. Geram dan blur dengan situasi tu, aku terus amik blanko padamkan dulu kesan punch sebelumnya pastu punch semula waktu aku balik.

Dah sampai rumah baru aku terfikir kenapa aku tak fotostat dulu punch kad tak dikenali tu. Kalau dah fotostat boleh jadikan bukti ada orang khianat kad punch kami. Sekurang-krangnya bos boleh tengok waktu sebenar kitorang balik dengan khidmat khianat ni.

Pastu jenuh aku bersoal jawap dengan en.hb, suruh dia ingat betul-betul ada tak en. hb yang punch kad kami tu. En. hb memang cakap terang-terang dia takkan punch kad kalau aku masih bekerja. Yelah, dok dalam opis lagi, bukannya aku dok shopping kat SOGO ke sampai en.hb nak kena punch kad untuk aku.

Marah jugaklah aku. Bukanlah hal besar sangat pun. Tapi aku terfikir kenapa ada yang nak khianat sampai camni? Apa masalahnya? Kalau kata nak tolong, tanyalah dulu. Tak payahlah nak hentam kromo je sampai menyusahkan orang. Daripada nak khianat, lebih baik semuka je terus samada dengan aku atau en.hb. Mungkin salah seorang dari kami ada buat salah padanya. Seingat-ingat aku TAKDE sapa-sapa ada simpan marah kat aku. Kalau marah diam-diam tu wallahualam. Hatinya Allah saja yang tahu. Sesetengah manusia kan memang camtu. Depan baik sungguh tahap bidadari syurga kat belakang macam tuttttt....

Disebabkan dalangnya masih belum diketahui aku rasa nak semak kad punch kad rakan-rakan seopis yang lain. Mungkin ada yang balik sekitar waktu kad aku dipunch kan itu. Jam 19.17pm gitu kot. (Rugi benar rasanya tak fotostat!!!) Kalau dapat aku nak tanya je la kenapa jadi terlebih rajin menyusahkan kami. Seingat aku tak pernah aku mintak tolong orang punch kad balik untuk aku. Dan tak logik rasanya orang nak saja-saja punch kad untuk orang lain.

Dan lebih haru. Kenapa ada je si sibuk-sibuk ni yang suka tengok-tengok punch kad orang lain? Hah! hah!! DAH TAKDE KERJA SANGAT KE? Atau memang ada agenda nak khianat?

Banyak sangat persoalan. Korang mungkin boleh nampak tanda soal yang besar-besar dan berderet-deret atas kepala aku. Sememangnya aku sangat bingung.

8 comments:

Aidahs said...

kemungkinan ada dalang kat lam opis tu nyah.. huuuuuuu.. dalang yang berniat jahat

wansteddy said...

aku cm dah taw siapa dalangnya joy.
tp xgamak nk tnya kang dia xnk ngakunye. tp musykil dgn motifnya. rsnya xpenah wat sakit hati kat dia ni....pelik betul

syahadah said...

ya allah...apa la nasib ko ted!!yk kena sabotage smpi gini

wansteddy said...

tu la hada.. smpi kat opis pn menjadi2. geram sngt dah aku tau. rs nk sekeh je kepala mangkuk hayun ni!

QuEeN Of 2 Heroes said...

asal la dia tu dengki sgt ye....

wansteddy said...

tah la... nak kata membantu mmg xmmbantu langsung. menyusahkan tu ada la huhu

unlisted_one said...

Wan,kalau tolong punch waktu kita dtg keje lambat tu takpe jgk. geram pulak bila dgr ada org buat gini.

wansteddy said...

betol sngt tu nia...
ni nk menolong xkena gaya.
kalau ye niatnya nk tolong...
tolong la tanya dulu nk tolong punchkan ke tidak. ye la kot dia ni ingt kitorg dh balik n lupa punch. so dia pn niat nak bantu.

tapi... masa saya baru nak solat (magrib) terserempak dgn dia (klu btl org ni yg saya jangkakan). dia pn nmpk gaya saya belum sedia nak balik lagi. xbawa handbag segala. pk la kan...

kalau niat dia nak khianat, wallahualam.. mmg saya xtahu punca. xpenah borak2 kosong dia dia ni. rsnya xpenah sakitkan hati dia langsung.

pelik2..