Nuffnang

Followers

Friday, January 8, 2010

Deco rumah moden atau english style?

Aku ni punya split minat sikit dalam deco rumah. Aku suka sangat english style yang romantik. Sebabnya warna pink putih adalah antara theme color yang paling aku gemari. Tapi dalam masa yang sama aku suka modern deco yang simple2. Tak nak serabut-serabutkan rumah dengan deco-deco halus-halus yang sah2 jadi bahan mainan anak je.

Deco-deco english ni tahu sajalah, kebanyakkannya bahannya diperbuat dari porselin. Bahan mudah pecah. Kalau anak aku sekali sentap atau hempas, lebur duit yang dilabur beli benda-benda alah tu yang bukan harganya singgit dua ye.

Walaupun aku pernah alami kenangan pahit dengan kedai Romantika Home Deco, tapi aku tak serik ke sana lagi. Kesian + puas hatinya staff yang kurang ajar tu nampaknya dah tak kerja lagi kat situ. Kejamkah aku? Harus jadi kejam kalau sikap manusia tu macam tu. Memang sampai sekarang terbuku lagi hati aku tiap kali melangkah ke kedai tu, tapi aku pergi juga demi nak puaskan hati sendiri kumpul bahan-bahan hiasan rumah. Sekarang staff-staff yang ada memang takde yang timbulkan masalah. Sebaliknya lebih ramah. Siap kenal lagi muka aku dan tegur-tegur (menaikkan lagi semangat aku masuk kedai tu huhu). Tak tahulah dorang kenal aku yang pernah bertekak dengan casher terbuang tu atau sebab muka aku banyak kali dah masuk kedai tu huhu...

Showcase IKEA dah kembali kosong. Dulu aku hias-hias dengan teddy-teddy bear zaman belum berkahwin dulu hinggalah hadiah teddy untuk Damia. Sebabkan Damia langsung takde minat bermain dengan teddy bear, masuk showcase ajelah teddy-teddy bear tu. Tak sanggup aku tengok teddy bear kenangan tu jadi bahan tendangan Damia je. Ada ka patut baby gurl suka main kereta, bola lebih dari nak main dengan teddy bear? Hangin je aku... Kembali pasal showcase tu, baru-baru ni aku cuma isinya dengan 3 bekas candle holder IKEA. Selebihnya kosong. Tingkat bumbungnya adalah koleksi LEGO en.hb yang dah berterabur jadi bahan mainan anak-anak saudaraku huhu... Aku memang bercita-cita tinggi nak hias dengan koleksi-koleksi tembikar, tapi sampai sekarang tak beli-beli. Aih... bila la nak mencantikkan rumah ni ha...

Semalam aku dan en.hb bekerjasama pasang kerusi IKEA. Kerana salah ikut gambarajah kerusi yang boleh dipasang 5minit cecah masa lebih sejam. Habis bengkok-bengkok skrunya. Berpuluh-peluh pasang separuh jalan, bila nak pasang tempat duduk barulah perasan tiang depan diletak di belakang. Adola... Semuanya gara-gara gambarajah yang tak betul. Bagi arahan pun tak guna, ciz.... Meja komputer bertangguh nak pasang harini sebab en.hb pulak sambung kerja malam. Tinggallah aku dengan Damia yang tak sudah-sudah kacau mouse kacau keyboard. Asik kena berulang kali type-type ni. Seksanya nak siapkan entry yang ini tau, huhu....

Melencong jauh dah story kali ni. Nak melayan Damia dulu. Kalau tak berapa nak sibuk malam karang, rasanya nak sambung menulis lagi hehe...

6 comments:

rien z said...

apa kata cuba stail 'modern english klasik'...modern pn ada,english pn ada

Qastalani® said...

English style cantik kan! Tp susah nak jaga. banyak warna putih. nnt cepat kotor =( Modern english klasik camne pulak???

Wansteddy Tales said...

bestnya klu dpt renovate rumah gaya tu kan.teringinya...teringinya.. :)

Wansteddy Tales said...

Miss Q... suka sngt, tp betul juga warna putih ni lecehnya tang habuk lah pastu dgn cepat kelamlah. Kenangkan yg itu lemah smngt nk mengumpul tu. tp suka berangan hias rumah dgn deco english ni. Merayap2 blog member yg rajin+addict deco rumah gaya english ni mmg kagom sungguh. Camne dorg leh maintain jaga brg2 tak berhabuk. pastu tak kena kuis dgn anak2 ke hurm...

klu tak silap gaya english klasik ni lebih kepada perabot yg simple moden n hiasan guna deco english. rasanyalah. dok bayang2 je hehee...

rien z said...

barangan yg modern tp bentuk klasik english cth mcm wing chair...stail english classic

Wansteddy Tales said...

owh yeke, sy ni bkwn je dgn bdk interior tp jarang2 amik tips hias rumah dgn dia huhu...

thanx bg tips rien, pasni mesti surf2 bhgn interior rumah lak. slow belajar hias rumah :)