Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, January 8, 2010

Kejiranan kita selamat atau tidak?

Baru-baru ni baca surat khabar Metro ahad. Sebenarnya minggu lepas punya tapi aku ni jenis ambil masa lama nak baca paper. Peram dulu dalam kereta ke dalam ruang tamu ke. Ada masa senang baru baca. Selalumya masa mengadap makan sengsorang la.

Kegemaran aku kolum Pak Nil (Aznil Haji Nawawi) dekat-dekat bahagian Hiburan. Kisah yang Pak Nil ceritakan haritu tentang kejiranan. Buka Mata luas2 andaikata berlaku sebarang permulaan jenayah. Andai kata jiran2 dapat terhidu atau dapat merasa sesuatu tak kena dalam kejiranan, ambillah tindakan segera dengan laporkan pada pihak berkuasa. Jangan bila dah jadi kes-kes berat barulah menyesal kerana bersikap mementingkan diri.

Aku menjadi orang yang ditengah-tengah. Setuju apabila kes-kes berat ni kita perlu bendung awal. Tapi dalam masa yang sama kerisauan jugak. Kalau masuk campur secara terbuka, kita pula terdedah dengan ugutan dan ancaman. Banyak jugaklah kes-kes melibatkan jiran-jiran yang cuba membantu akhirnya menjadi mangsa keadaan. Diugut, dicederakan, malah sampai kepada kes bunuh! Nauzubillah.... Mintak simpang jauhlah dari hidup kita, keluarga, teman-teman dan kejiranan kita.

Yang penting pada aku, faktor keselamatan di dalam rumah tu wajib diutamakan. Jangan sesekali tinggalkan anak kecil berseorangan, walaupun dia sedang tidur lena. Walau seminit pun boleh menjadi mala petaka.

Langkah pencegahan untuk diri kita sendiri, jangan sesekali abaikan kunci rumah. Kalau aku di rumah, kadang-kadang cuai jugak. En.hb memang jenis berjaga-jaga. Suatu hari tu aku ambil cuti jaga Damia di rumah sorang2. En.hb pesan berkali-kali kunci pintu. Mujurlah waktu itu aku patuh. Nak dijadikan cerita, masuk tengahari ketika melayan Damia bermain di ruang tamu, aku terdengar bunyi tombol pintu cuba dibuka. Walaupun rumah ada grill, aku tak kunci gril pulak. Nasip baiklah kunci pintu. Mula-mula aku sangka en.hb balik ke rumah waktu rehat. Tapi selalunya en.hb ketuk2 pintu dulu. Jengah ke muka pintu rupa-rupanya sorang mamat bangsa tutttt terkebil-kebil depan grill yang ternganga luas. Nampak sangat gelabah sebab terkantoi!

Cepat-cepat mamat ni cakap kat aku...
"Kak, mahu beli lilin wangi?"
Muka nampak sungguh gelabah.

"Eh, kenapa awak bukak pintu grill rumah saya? Tutup balik hek!"
Aku bagi arahan segera sambil terus kunci pintu. Risau jugak weh. Walaupun mamat tu sorang-sorang je tapi aku pun sorang2 jugak. Nak harapkan Damia si kecik? Budak tu pun kena didukung.

Aku bukan nak buruk sangka. Tapi aku syak mamat ni ada niat nak mencuri. Pertama sekali, apa hal plak kalau betul pun dia jurujual boleh selamba2 bukak pintu grill rumah aku? Lagi teruk, cubaan nak bukak pintu terus! Bukan nak ketuk dulu ke bagi salam ke... Apa adab jurujual memang gitu ke? Main nak redah je masuk rumah orang? Tidakkan... Maka aku memang syak mamat ni ada niat serong. Ntah betul ke dia tu jurujual... wallahualam...

Tapi aku amat-amat bersyukur, dengan peringatan en.hb haritu terselamat kami dua beranak. Kalaulah aku cuai, apalah yang mungkin terjadi. Pengalaman aku ni mungkin hanya cebisan kisah dalam suasana kejiranan yang masing2 hidup dengan gaya sendiri. Kurang beramah mesra punca kenapa apabila terjadinya sesuatu perkara sesama jiran, kita tak nak ambil kisah.

Aku menulis ni bukan nak sembang sebarang, tapi nak jadikan peringatan untuk diri sendiri jugak. Selain keselamatan isi rumah, perlu juga kerling-kerling jiran tetangga. Supaya sebarang kejadian tak baik tak melanda diri kita dan kejiranan kita.

4 comments:

♥♥syahadah♥♥ said...

dulu aku selalu di ganggu oleh salesman sekarang sejak pindah umah ..tempat ini di kawal oleh pak guard rasa aman damai..hari tu ada satu org jual keropok mengganggu..mcm mana bole lepas..cepat gi marah guard tu..hahaha! aku ni malas nak tutup pintu ted sbb nadiera selalu main luar..kejap kluar kejap masuk..tp laki aku selalu ingatkan supaya kunci..mana tau...(panjang plak..)kuikuikui

wansteddy said...

pengalaman aku sekali tu je hada, tp jd peringatan penuh la kat aku. sebelum tu hb aku pesan2 aku amik ringan je. nasip baik haritu aku patuh je ckp dia. klu cuai cam biasa... nauzubillah...

onniey84 said...

ish ted..lain kali kunci grill tuu...seb baik dia pun mcam terkejut..risau jugak kalau bersenjata atau yang jenis hati kering nih,,
ingat jenayah berlaku dimana-mana.lain kali hati2 yer ted..

wansteddy said...

tu le oniey.... peringatan penting dlm hidupku huhu