Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, January 19, 2010

Hasil lukisan Damia

Damia memang suka melukis. Kalau nampak aku pegang pen atau pensil, tentu nak mintak-mintak. Siap order nak kertas. Sebab tu sessi mewarna untuk contest sebelum ni lambat nak siap. Asyik bertekak dengan dia yang sibuk mengacau. Selalunya aku bagi dia segenggam pensil warna dan dia mula conteng-conteng atas kertas.

Kadang-kadang lukisannya berbentuk jugak. Sampaikan aku terfikir. Wa... hebat jugak imaginasi baby ni! ngahhahaaaa....

Selain kertas lukisan Damia memang suka conteng lantai dan meja belajar dia. Haduhhhh.... puaslah aku mengelap lantai sental hasil kreativiti anak aku ni. Mujurlah anak aku tak menconteng dinding. Aku rasa dia belum terfikir nak conteng dinding lagi kot sebab aku awal-awal dah ajar dia melukis pada kertas. Jadinya tiap kali nak melukis dia cari pengalas. Kat lantai tu dia mula conteng bila dah terkeluar dari kertas lukisannya.

Alat melukis ni ayahnya yang beli. Diusungnya keliling rumah nak melukis. Tahu pulak bila lepas melukis simpan pen dibekasnya semula. Owh, lupa nak bagitahu kadang-kadang Damia ni melukis sambil duduk bersimpuh ye. Memang anak dara melayu sejati. Yang omaknya melukis ikut hati je nak duduk baring ngahahhaaa...

Hasil lukisan beliau. Aku tanya apa ni.... dia jawap "Ba.... Ba..." Lembu kot. muahahhaaa... Kadang-kadang dia pulak yang mengajar aku melukis. Sambil lukis-lukis ni dia bebel-bebelkan aku. Bertuah punya anak hohoho....

10 comments:

onniey84 said...

olollololo kiutnya mcm tuan dia..aper la yang dilukis tu yang oi....ni mesti berbakat mcm mummy dia ni... ;)

i z z a said...

pndai damia lukis2 ek..sopan la duk bersimpuh bagai

♥♥syahadah♥♥ said...

mana tak tumpahnya kuah jika tak ke nasinya..

nurKN said...

kreatifnya damia..si yusra pun same..siap kusyen als meja diconteng..nk cari pengalas smpi pengalas pun kena conteng same..huaaa...

wansteddy said...

oniey... dia dr 2bulan nmpk ciri2 sukakan buku. tp masuk 7bulan suka melukis skrg lbh2 gediknya...

izza... tu la izza, makan pn kdg2 bersimpuh, hurm... malu pulak mak ni haa...

hada... suka bebelkan aku skrg hada. sadis je huhu

nurKN... adooo... yg nk kne cuci balik muka kitaaaaa jugak kan nur. tp biarkan je bg kembangkan imaginasi dorg :)

chugie said...

x tau nk komen pe utk lukisannye tu hehehe.. pe pun keep up a good touch dear!

ema82red said...

wah abstark tu... hehehe...pandai dia pegang pen...

wansteddy said...

chugie + ema... layan ke je la imaginasi dia. tu psl tiap x dia melukis saya tanya apa dia lukis tu. at least dia nk menjawap jugak. mmg haram xberbentuk la ngahahhaaaa....

nza said...

melalui lukisan ank2 tecik belajar...lama2 nnti damia pndai wat bulatan lak.

wansteddy said...

mmg nk serap minat melukis kat damia k.nza. harap2 smpai besarlah dia rajin belajar :)