Nuffnang

Followers

Showing posts with label pendapatku. Show all posts
Showing posts with label pendapatku. Show all posts

Monday, October 21, 2019

Jom Cuti-Cuti Singapura!

Hai geng!
Hari ni aku nak share some good info berkenaan beberapa tempat yang dikatakan menarik di sekitar Singapura! Yes! Singapura gais, sebelah je dengan Malaysia. Jiran kita. Okay sebelum aku nak pergi kepada info menarik mengenai tempat-tempat tu, aku nak kongsi dulu sedikit tips untuk ke sana menaiki flights.
Throwback bersama cik Mia. Seperti yang korang dah tau, banyak lagi pengangkutan darat untuk ke sana. Tapi ia akan memakan masa yang lama la untuk sampai ke sana bagi korang yang tinggal jauh dari selatan tanah air. So here some tips mengenai flights yang ada.


Untuk flights ni banyak pilihan airline yang disediakan. Mula-mula korang search je dulu Singapore airlines flights. Then dia akan keluar beberapa result and aku suggest korang cari yang booking through Traveloka. Sebab traveloka ni banyak promo and dia akan view bebarapa pilihan flights yang available untuk date korang tu.
Kredit foto: nomadicnotes
Since tak jauh mana pun nak ke Singapore tu, aku just pick je yang murah sikit. The best Jetstar Flights, penerbangan ambik seawal 9 pagi. Dari KL, akan ambik masa dalam 1jam 10 minit je truly worth it compare naik bas atau drive sendiri. 5 jam nak sampai sempadan tu, belum kira lagi jem berduyun-duyun kat imigresen. So naik flight ni bagi aku akan save banyak gila masa korang. Boleh spend habis-habisan kat Singapore nanti. Ingat pesan aku ni, ambil yang dari Traveloka tu, kalau korang tak percaya, sila la compare sendiri ye.
So tanpa melengahkan masa lagi, jom aku bawa korang ke top 5 destinasi yang meletop! Kat Sinapore ni.
1. Merlion Towers
Kalau dah ke Singapura tak sah kalau tak bergambar dengan Merlion ni ha. Kalau kat Langkawi kita ada Helang sebagai satu ikon tempat pelancongan, kat Singapura ni pula dia guna Merlion sebagai simbolik kepada Singapura. Apa ke benda Merlion ni? Ini ada gabungan daripada Mermaid + Lion = Merlion.
Merlion Towers ni terletak di Pulau Sentosa. So kalau ada yang nak ke sini, boleh terus menuju ke Merlion Towers ni. Pemandangan nya sangat superb, sesuai sangat untuk berselfi dengan patung Merlion setinggi 37 meter ni. Tambahan pula terdapat tasik yang cantik di sekitar kawasan patung Merlion ni. Standby la untuk bergaya kat sini!
2. Universal Studios Singapore
Universal Studios Singapore ini merupakan salah satu daripada 6 theme park universal studio yang ada di seluruh dunia. Gah bukan? Universal Studio Singapore ini terletak di Pulau Sentosa. Ia merupakan satu tarikan yang sangat popular bagi mereka yang melancong ke Singapura. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang datang berkeluarga. Ini adalah destinasi yang tepat. 
Terdapat 7 zon yang korang boleh lawati dalam theme park ni. Antaranya ialah Hollywood, New York, The Lost World, Madagascar, Ancient Egypt, Far-far Away dan Sci-fi City. So kalau korang nak datang ke sini, make sure datang awal okay. Sebab masa opening hour dia je orang dah start beratur. And aku prefer korang untuk beli tiket lebih awal compare dari beli kat kaunter yang disediakan. Mana la tau dapat promo, murah ler sikit. Gitu
3. Singapore Botanic Gardens
Bagi penggemar bunga dan tumbuh-tumbuhan hijau, korang boleh datang ke Singapore Botanic Gardens ni. Ia merupakan satu-satunya tropical garden yang mendapat anugerah UNESCO World Heritages Site. So, apa yang ada kat dalam ni? Korang boleh menyusur laluan pejalan kaki yang disediakan dalam kawasan ni. 
Sepanjang perjalanan, korang akan jumpa tasik yang nyaman, taman bagi tumbuh-tumbuhan hiasan, taman bonsai, taman orkid, ukiran-ukiran yang menarik  dan banyak lagi kawasan-kawasan unik yang menjadikan botanic garden ni sebagai salah satu pemegang anugerah UNESCO. Jangan lupa untuk ke sini dan melihat sendiri keunikan taman ini!
4.  Cove Waterpark
Kredit foto: Tripcarte

Apa benda pulak cove waterpark ni? Haa. Ini la salah satu waterpark yang boleh dikira agak besar di Singapura! Waterpark ni bukan sahaja menjanjikan kepuasan yang berlipat ganda, malah akan membuat adrenalin korang tu memuncak ke maksima. Banyak aktiviti berasaskan air yang disediakan kat sini. Kalau nak buat semua, korang memang kena spend one whole day untuk lepak kat dalam waterpark ni je.
So aku senaraikan sikit la apa aktiviti yang syok korang boleh buat kat dalam waterpark ni. Antaranya:
Adventure River
Whirlpool Washout
Spiral Washout
Pipeline Plunge
Tidal Twister
Riptide Rocket
Dueling Racer
Met Waze
Splashworks
Big Bucket treehouse
Yang aku list ni mana yang tak melibatkan aquatic animal. Kalau korang nak tau, dorang juga ada aktiviti yang membolehkan korang lihat dan rasa sendiri berinteraksi dengan haiwan-haiwan akuatik yang ada. Kalau nak rasa semua, wajib spend 1 atau 2 hari kat sini. Tak menyesal.
5. Bugis Street
Kredit foto: Miss Tam Chiak
Tadi dah seronok-seronok, tak sah kalau tak shopping souvenir nak bawak balik kan? Ini antara tempat yang korang boleh datang and shopping habis-habisan. Kat sini dorang ada jual macam-macam jenis barang. Makanan yang halal pun banyak. Kalau kat Malaysia, boleh kira macam kat Jalan Tar. Harga pun berpatutan. So tak perlu nak pergi beli cenderahati kat tempat lain dah. Semua korang boleh beli kat sini. One stop station bak kata omputih. 
Orait gais. Setakat ni, sekian dari aku untuk sharing session mengenai top 5 tempat yang korang boleh habiskan masa kat Singapore ni. Nanti lain entry aku share lagi tempat-tempat menarik okay. Jangan lupa , plan baik-baik cuti korang tu. Kalau boleh jangan habiskan masa atas jalan je nak kesana. Simpan masa tu untuk korang berlibur di destinasi yang ingin dituju. Sampai jumpa lagi. Bye!

Wednesday, October 12, 2016

kdrama Secret v/s Patahnya Sebelah Sayap


Kalau baca tajuk memang tak terfikir jalan ceritanya sama. Hakak belum tonton pun drama Patahnya Sebelah Sayap ni. Tapi bila rata-rata puji lakonan Ummi Nazeera yang berkesan untuk drama ni, terdetiklah nak buka link drama ni kat Kbergetar.com. Tapi terkejut pulak bila baca sinopsis drama ni. 100% sama dengan jalan cerita episod pertama Kdrama Secret

Nak habaq mai na, hakak bukan die hard fan Kdrama. Layan je mana-mana drama ikut suka. Drama cina, jepun, melayu, tamil, korea semua balun kalau minat (dengan drama tu). Sebab memang hakak jarang tengok drama. Kecuali masa melukis atau buat contest. Hiburan yang ada kat drama macam nilah. Tapi drama Secret ni memang hakak ingat sangat jalan cerita sebab hakak minat kat pelakon perempuan tu, Hwang Jung Eum. Nak pulak cerita ni memang lain dari lain dan tinggalkan impak juga pada penonton. Dek kerana tu boleh hafal lagi storyline dia. Bila baca sinopsis Patahnya Sebelah Sayap terus teringat adengan dalam drama Secret. Tu belum buka lagi link PSS tu. Hm... ntahlah, maybe dorang memang nak buat versi Melayu pula. Selagi belum tonton tokleh komen lebih-lebih la kan.

Saja nak bagi spoiler. Kalau jalan citer memang sama, maka deritalah watak si Ummi sepanjang episod. Kecuali nak ke hujung-hujung tu barulah happy ending dengan hero dia. Tak sangka pulak dak Izzue jadi orang jahat dalam drama Melayu. Ingatkan dia asyik dapat watak budak baik je.

Citer Secret ni memang besh. So sesiapa belum tonton boleh la tengok. Tapi warning awal-awal, sapa-sapa tak suka spoiler untuk drama PSS tak digalakkanlah tonton drama ni dulu haha... Hero dia dah nak masuk 40-an tapi muka muda belia lagi. Suka tengok Ji Sung berlakon jadi mamat psyco dalam drama Kill Me Heal Me. Drama tu pun dia berlakon sekali dengan Hwang Jung Eum. So balik nanti nak tengoklah drama PSS. Harap drama ni tak mengecewakan macam drama Secret!

Friday, May 8, 2015

Selfie contest~ komplen dan haters

Baca komen-komen sinis berbaur prejudiz pasal selfie contest rasa terpanggil nak ikut komen. Tapi hakak cuma mampu bagi pandangan dua posen je, sebab hakak ni cuma  comper picisan. Sementelah hakak memang xgemar/ malu/ malas/ takde idea/ tak kreatif/ tak gila-gila bila masuk bab contest bergambar/ selfie/ wefie/ famili fie dan pelbagai lagi. Serius.

Komen-komen yang tak puas hati biasanya disebabkan oleh:

1) pose pemenang sangat cliche. Sama je dengan pose competitor lain. Apesal Saodah (bukan nama sebenar) menang, Jenab (bukan nama sebenar jugak) kalah? Walhal style gambar serupa, dua2 amik pose mulut muncong itik atau style hebat mulut terlopong/ menganga.

2) selfie tapi tak pegang monopod. Oh wajib eh? aku ingat selfie tu ambik gambar muka sendiri. Tak kisahlah apa jua kaedahnya. Guna tangan ka, monopod ka, batang cangkul ka, penyedok sampah ka. Janji benda yang boleh 'pegang' kamera atau henset berkamera. Pastu tayang je kat muka sendiri dengan pose memasing. Posisi atas langit menjunam tanah, aksi butiran pasir ke lelangit biru atau sisi senget kiri dan kanan anda.

3) gambar terlalu cantik untuk kualiti kamera henset. Bwahahaha... tak yah nak nipu Bedah le... awok suruh je model pegang monopod, awok ambil gambar dengan DSLR. Nak cun dan efektif lagi, edit dengan photoshop. Booom! Menang. Janji nampak sebahagian batang monopod tu jadi le. Tak kira dah posisi kamera itu betul ke idok ikut perspektifkan. Janji masuk dalam kepala, selfie & monopod tak boleh dipisahkan.

4) edit is taboo. Nak pic yang raw. Direct dari henset. Hah? Yang awok p edit dengan 360 tu boleh pulak? Takpe eh nak buang segala jerawat/ jeragat sebab nak curi mata juri awok kena jadi model cun melecun. Edit is edit ye. Apa jua aplikasinya, kesimpulannya bila awok edit dengan 360, toksah rajin komplen orang lain yang rajin edit dengan photoshop. Idea/ kreativiti/ effort atas kemampuan/ kehendak masing-masing. Betul? 

Tak setuju jangan bash. Hakak pun bukan arif selfie contest. Rasa terpanggil nak compile komplen dan bagi pendapat saja. Sharing is caring kan…

Cuma bila hater komplen-komplen camtu camni, hakak setuju 1 point je. Tak suka contest yang nak kena like-like. Tak kisahlah TNC 50-50 ke atau 100% base voting. Langsung tak suka. Jeles tengok gang comper lain dapat beratus like. Kita nak collect 10 like pun susah huhuhu.... Itu pun berbalik pada effort ye. Effort mengumpul like. Dan itulah kelemahan hakak. Malas nak pm orang rayu like. Malu nak tegur/ pm orang tiba-tiba sebab nak minta jasa dorang like entry kita. Macam paksarela pula kan. Dan lagi pernah kena bash dengan member dulu pasal raih undi ni. Yelah, tiba-tiba je pm nk mintak vote entry kita. Malu oi.... Tebal muka kena tegur dulu hahahah.... 

Apa pun kena sentiasa ingat. Rezeki tu di tangan Tuhan. Dah kalau rezeki, ambik gambar seketui  pun boleh menang. Toksah protes. Cuba lagi lain kali ye. Bilalah hakak nak terbuka hati join selfie contest. Myb sebab rasa stress dengan beberapa term contest yang suka like-like. Tu yang malas rasanya nak join photo contest.


Mode: SLNW. Bilalah nak dapat call kemenangan ni huhu…

Wednesday, April 8, 2015

PETUA: Work Smart

Kebelakangan ni memang rasa mengah sikit waktu bekerja. Banyak sangat nak kena buat dalam satu-satu masa. Kadang tu terpaksa run 3,4 projek serentak dalam satu-satu masa. Kadang tu dalam sehari kena buat design untuk (sangat) banyak projek atas permintaan semasa yang bertindih. Nak-nak bila ada projek yang perlukan sub-sub design. Dari mak, bapak sampai anak cucu cicit kerja. Design meleret hakak bilang. Yang jenis kerja suka ubah, ubah, ubah satu kes lagi. Leceh! Bila terlalu banyak kerja, rasa macam dah overload dalam kepala. Terbayang otak bergegau-gegau dalam kepala, boleh Poff~!

Kadang bila ikut emosi, hati rasa berbulu juga. Kenapa hakak sorang je kena kerah gila-gila? Walhal dalam pejabat ni ada hierarki juga. Ada ketua, pegawai, pembantu pegawai barulah turun kepada pereka dan pembantu penerbitan. Kerja-kerja penghasilan rekabentuk semua humban kat belah pereka dan staff saja. Tak boleh ke level pegawai pun buat kerja rekabentuk? Ralat bila membayangkan kerja bagai nak gila, gaji banyak tu je. Itu kalau rasa geram. Rasa tak bersyukur. Memang rasa nak merungut banyak-banyak macam tu.

Tapi bila istighfar berkali-kali. Baru datang balik pertimbangan rasional tu. Kena ingat ini kerja. Ini tugas. Ini amanah. Walau macam mana susah dan menyusahkan pun, kena buat juga atas dasar tanggungjawab. 

So petua simple yang hakak buat. Di pagi hari, utamakan kerja-kerja berat dan rumit dulu. Sebab selalunya waktu pagi otak kita masih fresh. Hakak selalunya dapat ilham di penghujung petang. Waktu nak balik sangat-sangat dah sekitar jam 4.30 ke bawah. Entahlah kenapa. Mungkin sebab segar balik kepala lepas pekena wuduk solat asar. Dan kebarangkalian kerja nak siap waktu tu memang nipis sebab hakak keluar pejabat sharp jam 5.30 petang. Tak boleh tidak, sejak kes kena sabotaj (staff tutup lampu) dulu. Hakak dah ambil inisiatif keluar awal. Pedulilah kerja tak siap, jangan pula hakak jadi wakil MOA kena macam kes perempuan kena pukul kat KKMM dulu huhu.... Nauzubillah...

Untuk menjimatkan masa, hakak buat rough design dulu. Simpan dalam folder kerja. Bila keluar pejabat, biasanya hakak tunggu suami ni ruang lobi. Hakak ambil kesempatan tu buat sketches sebanyak yang perlu. Apa saja idea yang terbit hakak catat dan lakar. Sebab hakak mudah lupa. Kadang tu idea ni datang dan pergi macam tu saja. Kalau nak catat / lakar memang boleh jadi rugi. Besok-besok belum tentu ingat semula idea tu. Atau kalai ingat pun myb tak sedetail idea awal tu.

So dapatlah sambung kerja tu esok hari, yakni di waktu pagi macam ni. Otak fresh, idea semalam pun dah ada. Bolehlah teruskan waktu kerja dengan berkualiti. Itu petua hakak mengatasi beban kerja. Apa pun terpulang pada kita-kita nak tentukan corak kerja kita macam mana. TEPUK KEPALA CARI IDEA.

Tuesday, February 24, 2015

Decolah kalau nak menang!

Bila orang tanya kat hakak, macam mana nak menang contest dengan mudah? Nah, ini jawapannya. 

TAPI: deco bukan keutamaannya nak-nak kalau contest jenis lucky draw. Buatlah deco level supreme pun, tak sampai seru rezeki, tak menang jua. 

Pengalaman serik dengan beberapa jenis contest yang ada yang dah hantar: penganjur senyap. Dah shortlisted: takde result. Dah menang: hadiah lesap. Ini semua berbalik pada rezeki DIA janjikan. Kalau dah rezeki hantar form kosong (non deco pun boleh menang 30k!) 

Yup, jadikan info itu sebagai sumber inspirasi, dari dulu hingga kini. Petuanya? Join, hantar, doa, tawakal: menang kalah adat bertanding. Too cliche, tapi itulah hakikatnya. 

Kalau tanya hakak: 
i love deco entry. 

Kalau hakak juri: 
hakak kan pilih deco entry sebagai keutamaan. 

Kenapa? Kegigihan, kreativiti dan kesungguhan untuk menang. Compare comper yang malas nak mendeco, bila kalah mengeluh. Bila tengok entry-entry canggih macam ni jadi dengki. Mulalah komplen-komplen pada penganjur, mengadu mengatakan yang penganjur tak adil. Isunya, adil tak entry kosong bertanding dengan entry berhias macam ni nak menang mudah? Nak buat satu-satu deco tu bukan mudah. Kena ada idea menarik, bajet beli barang deco, masa yang kena diperuntukkan untuk menghasilkan entry tu. So kalau korang penganjur yang bijak tentunya korang pun boleh fikir semua benda tu. Jangan bijak komplen saja.

Tips terang lagi nyata, jangan kata tak pandai. Jangan kata tak kreatif. Berlambak idea dalam yiutube korang boleh cuba. Nak tak nak. Rajin atau malas SAHAJA.

ps: my deco entry, tenggelam. Gambar di atas bukan entry hakak. Sebab tu sudi share! hahhaha....

Monday, February 16, 2015

Kantoi PONTENG dengan UNIT INTEGRITI

Imagine tengah sedap makan nasi lemak, minum teh tarik sambil seronok berborak-borak. Datang sorang pakcik bagi salam diiriingi dengan pegawai-pegawai polis kat belakang. Tanya kerja kat mana, nama apa, jawatan apa, blablabla... Dan akhirnya baru tersedar yang kamu dah kena tangkap dengan Unit Integriti. Masaklah... selamatlah nama masuk list dalam buku log disiplin. 

Apa nak komen ye?

Waktu 7.30 pagi masuk kerja, 4.30 petang punch out. 
Atau 8.00 pagi masuk kerja, 5.00 petang punch out. 
Atau 8.30 pagi masuk kerja, 5.30 petang punch out. 

Punch card sentiasa cantik. Tak pernah merah. Tak pernah lewat, balik kerja tepat pada masa. Tapi di pertengahan waktu kerja, ada tak kat meja? Atau keluar pejabat awal pagi dan masuk semula lewat petang, macam takde apa-apa berlaku. Alasan banyak dan kreatif: pergi klinik, apointment kat hospital, lawat kawasan kerja, hantar famili balik kampung, join kumpulan sekian-sekian. 1001 macam alasan. Yang musykilnya hari-hari hilang? 

Yang duduk di pejabat, ada tak kerja? Atau duduk-duduk saja bergosip, bermain facebook dan mencantikkan diri. Yang jenis ada kerja, buat tak kerjanya? Atau kerja terus menerus terbengkalai, yang akhirnya kerja beliau tu dipertanggungjawab pula pada staff lain. 

Orang lain yang kena cover. Kerja sudahlah setimbun, jadilah lebih bertimbun. Bukan sebab rasa sanggup sangat buat kerja banyak tu. Paksarela sebab kerja tu akhirnya terbeban juga pada individu tertentu. Yang orang yakin boleh buat kerja. Yang orang percaya boleh settle. 

MASALAHNYA, adil tak? 

Aku percaya tindakan Unit Integriti kini cuba membersihkan amalan tak sihat kakitangan awam yang makin teruk. Perangai malas bekerja, mengelat tugasan sebenarnya diperturunkan dari generasi terdahulu. Betul atau tidak terpulanglah pada penilaian masing-masing. Ada yang memberikan contoh yang baik, tapi bila kuasa majoriti menguasai pejabat, secara tak langsung staff yang ada sikit-sikit nilai integriti ikut terpengaruh. Mula-mula mencuba, akhirnya jadi tabiat dan keseronokan.

Apa pun berbalik pada akhlak. Kita tahu amalan ponteng kerja tu tak bagus. Amalan bergosip tu tak bagus. Malah dari kecik kita dah diasuh untuk berdisiplin dengan masa, belajar rajin-rajin, buat kerja sekolah. Bila dah tua, berstatus emak bapak orang masih tak pandai nak jaga kerja, jangan hairan bila tengok anak-anak mencontohi pula perangai kita. Tidak sekarang, suatu hari nanti.

Jangan komplen gaji kecik, tak cukup makan. Kalau awak datang kerja pun atas niat nak penuhkan punch card cantik saja. Hakikatnya berbalik pada nawaitu kita. Bekerja untuk siapa? Demi apa? Dapat jawapan yang itu barulah terbit dalam kepala: halalkah duit gaji kita?

Komen ini lanjutan dari entry: 

Wednesday, January 21, 2015

Minyak angin AROMATERAPI

Mata hakak selalu keluar air. Tengah-tengah buat kerja, tiba-tiba air mata berlinangan tanpa disedari. Eh, kenapa aku nangis ni? Walhal takde touching kat apa-apa pun. Rupanya sebab kepala selalu rasa panas. Bilik pejabat hakak ni memang panas. Rasa macam dipanggang hari-hari. Sebab tu tak pelikkan kenapa iMac hakak boleh buat hal dulu. Sedangkan kepala kita ni pun kalau boleh dilihat, naik wap-wap berasap. Apatah lagi komputer yang perlukan ruang sejuk.

Ok, berbalik pada tajuk. Sejak dik Noni warga Unit Agropreneur Muda sharing produk jualannya ni, tiap kali offer, tiap kali tu hakak beli. Berbaloi. Oles sikit saja kat belakang leher atau atas dahi, terus rasa mencerlang kelopak mata! Segar terus sebab aromaterapi ni sejenis minyak angin yang memang menyegarkan.

Mula-mula dulu hakak beli Safe Care: Mind & Spirit Aromatherapy. Oil sebelah kanan tu. Kalau mengantuk memang elok sapu kat kepala. Hilang kantuk, pijar mata haha... Jangan sampai terkena mata dan mulut udah la ye. Letih nak gagau cari bilik air nanti.

Harini hakak beli dua botol terus. 1 botol FreshCare: Teens Happy Cherry, perisa ceri. RM15 sahaja.  Yang ni bagusnya ada bau ceri, so takdelah ketara bau tengik pijar minyak angin tu kan. 1 lagi, minyak angin yang repeat order, Safe Care: Mind & Spirit Aromatherapy, yang ni mahal sikit RM18. Tapi berbaloi membelinya. Panas-panas kepala ni, sapu minyak angin ni terus segar kepala. Selain 2 perisa ni, ada banyak lagi perisa lain, macam: lemon, lavender (paling laris), serai dan lain-lain. Harganya antara rm15 dan rm18 sahaja.

So far tak pasti ada tak produk ni kat mana-mana pasaraya. Kot tak jumpa bolehlah minta no kontek cik Noni dari hakak. Tak boleh sharinglah kat sini. Dik Noni bukan bukak biz online. Sapa nak email kat hakak ye. Just tolong kawan je, tak amik comission apa pun. 

Ini testimoni dari hakak. Pada hakak besh sangat, sebab tu berani repeat order. Memang besh sungguh aromaterapi ni. Sesuai untuk orang yang drive, mudah mengantuk, pening kepala, selsema, batuk, kahak, hidung tersumbat dan lain-lain.

Tuesday, January 20, 2015

Puteri Gunung Ledang


Dalam meeting pegawai tadi, seperti biasa hakak melukis untuk menghilangkan kantuk teruk ni. Al maklum tidur jam 2 bangun jam 6, hari-hari. Rasa nak pitam. Tapi dengan melakar lukisan selain boleh menghilangkan boring, boleh juga mengasah bakat yang kian tumpul ni, yakni melukis. Lukisan hari ini: Puteri Gunung Ledang. Bagi yang belum tahu, hakak sebenarnya fanatik kisah-kisah puteri-puteri Melayu. 

Masa kecik-kecik dulu, suka tercongok depan tv tengok filem melayu klasik. Antara filem klasik yang mengangkat kisah dongeng kegemaran hakak tentunya kisah Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah dan lain-lain lagi. Bukan sekadar kagum dengan costume dan tutur kata bahasa melayu lama, lakonan yang terkesan dengan props yang menyakinkan antara penyebab kenapa filem lama sangat diingati. 

Dalam zaman teknologi kian canggih ni, terfikir jugak kenapa ye tak ada pengarah filem melayu yang sudi mengangkat kisah-kisah lagenda melayu di layar perak? Kita banyak kisah lagenda yang boleh diperkenalkan ke peringkat antarabangsa. Kisah-kisah yang hanya diceritakan dari mulut ke mulut dan dijilidkan buku. 

Anak-anak kita lebih mengenal princess Disney seperti Cinderella, Snow White, Rapunzel dan lain-lain sebab kerapkali filem berkenaan watak ini difilemkan dalam pelbagai genre. Apa salahnya kita perkenalkan puteri-puteri dan pahlawan wanita melayu yang seharusnya kita banggakan. Antaranya Puteri Gunung Ledang, Tun Teja, Hang Li Po dan ramai lagi. Teringin nak tahu tentang sejarah puteri-puteri melayu di setiap negeri di Malaya. Tak kisahlah kisah tu didongengkan ataupun berdasarkan fakta sejarah.

Setiap negeri punya pakaian tradisional yang tersendiri. Sambil memperkenalkan puteri Malaya, kita boleh mengenal rekaan pakaian dan rumah tradisional yang mewakili negeri masing-masing. Biar generasi muda kini lebih mengenali putera puteri di negara sendiri berbanding membanggakan sangat prince dan princess Disney.

Menariknya rakyat Thailand lebih dulu membuat filem Queen Of Langkasuka yang menyingkap sejarah Melayu Pattani. Hakak tak berkesempatan menghayati lanjut filem ni. Cuma tengok seimbas lalu sebab tak faham penggunaan bahasa Thai tu. nak cuba lagi cari filem ni yang sediakan subtitle dalam youtube nanti, insya'allah... Meskipun turut menyelitkan unsur mitos, tapi garapan cerita yang diolah dari sejarah melayu lama sangatlah menarik. Kalaulah ada produksi filem negara yang ambil inisiatif membuat filem ini dalam versi Melayu tentu menarik jadinya.

Hikayat Merong Mahawangsa

Puteri Gunung Ledang

Setakat ni hanya filem Puteri Gunung Ledang lakonan Datin Tiara Jacquelina dan Hikayat Merong Mahawangsa yang masih menyerlah dan tampak gah dengan unsur tradisional. Semoga Industri  Perfileman Negara akan bangkit dengan kisah-kisah dongeng, kisah klasik dan lagenda melayu asli. Cukup-cukuplah filem tentang cinta, kahwin paksa, hantu lawak dan lain-lain. Sajikanlah filem yang punya intipati bukan sekadar nak kaut untung basi. 

Hakak salute habis dengan produksi animasi Les' Copaque yang berani menampilkan idea segar dan baru dengan mencipta watak animasi puteri Melayu yang tidak tipikal macam princess Disney melalui animasi pendek, PUTERI. Unsur magikal dan elemen tradisional yang ditengahkan secara tak langsung memperkenalkan elemen Melayu. Diharapkan animasi ini akan terus berkembang dan diminati ramai seperti kejayaan Upin Ipin yang dah terkenal di peringkat antarabangsa. 

Thursday, November 13, 2014

Annoying People? Juz ignore~!


Lain pejabat, lain manusia, lain karenah. Tapi dalam banyak-banyak problem yang kena hadapi, peel manusia annoying dalam pejabat. Blahblahblahblahblah tak sudah-sudah. Fed up Bedah. Tak join, kena perli. Kalau join, lain pulak jadinya. So? macam mana nak tackle problem ni? Aku jumpa info berkaitan dalam laman web Colek-colek. Tak pastilah sapa punya. Tapi aku amik je info yang dikongsi. Nah, kalau korang pun ada problem yang sama, maybe boleh dipraktikkan kot. Certrytest. Tak cuba tak tahu, kennnn.....

Berikut antara langkah-langkah nak hadapi peel Annoying staf di pejabat. Jemput baca, aku malas nak translate.

1. Speak
This is the last option that you can do. Talk to your partner about the problem and ask for advice from them. The advice was so you need to deal with problems in the workplace.
Sebab apa dia cadangkan SUARAKAN PENDAPAT sebagai langkah akhir? Sebab aku pun dah merasa kewajarannya. Bila kita cakap, kena manipulate. Lagi nak besh, kita maklumkan pada penyelia. Bukan selesai masalah. Bertambah lagi masalah!!! Dowh~ takkan ada hak bersuara, apatah lagi jika kita antara new staff kat office. Nak lawan staff lama yang dah bertukun dalam pejabat? Kena sindir lagi ada. Next....~!

2. Ignore!
You have to be super cool in front of people you hate. Show that you are not bothered by their presence. This method also helps you to control your anger.
Yup, ini yang sedang aku praktikkan. Persetankanlah segala anggapan. Tak kisahlah segala hinaan. Usah pedulikan segala sindiran. Do i need to care? Nope! Prioritykan kerja saja. Hal-hal lain cuma hal sampingan yang tak ada kepentingan pun. Sekian. Titik. Noktah! Paling-paling kalau bergegar jugak telinga dengar suara-suara sumbang yang tidak diingini, tutup telinga dengan headphone. Pasang lagu fav atau nak dapat lebih pahala. Pasang zikir dan alunan Quran serta selawat. Kerja siap, pahala 2 kali ganda pun dapat. 

3. Do not let that affect you
When your enemies starting to affect mental peace and labor productivity, ignore their presence. Do not let people you hate affect your life one bit. If you react, it means you have been affected.
Yup, setuju setuju setuju! Memang nampak kita macam arrogant giler. Dowh~? Ada aku kesah? Sebab kalau dilayan, sekejap je eloknya. Esok-esok ntah apa-apa pulalah terkena lagi kan. Okay, ini bukan pemikiran negatif macam yang dikatakan tu ye. Sekali terkena, ok. Dua kali terkena oooo ok.... Tiga kali, empat kali, lima, enam kali dan berikut-berikutnya pun terkena, harus Bedah bersabar lagi? Ingat, aku pun manusia biasa. Bukan ada super human power. Kalau ada, memang aku nak zipkan je mulut manusia ni. Heh~! So anggap saja level mental dorang macam tu. Tahap tu. Yang lepas-lepas tu let go and go on.

4. Avoid!
When you hate someone, avoid them to prevent unwanted fights. Instead of showing off in front of them, you better be formal as it should. Nothing wrong to just say hello or small talk.
Pendek kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Why? Buatlah silap ciput sikit, sekali je pun. Nah.... sebangunan diwar-warkan. Lupa habis segala kebaikan yang kita sumbangkan.

So, buang nawaitu jahat. Kikis pemikiran negatif. Cekalkan hati. Tekadkan azam. Fokus kerja dan cukup masa, punch out! Settle. So, kalau ada lagi 'malaikat' yang berkompang cari pasal, gunakan tips no.2! Serius, takde faedah walau sezarah kalau kita layan. Sekian.



Wednesday, April 23, 2014

Kacap Terlabik

Kadang-kadang hujahan kata-kata atau karangan panjang pun tak dapat menerangkan segala-galanya. Kita tutur sepatah, dipatahkan dengan hujah panjang lebar. Bak kata my current officemate "Kalau sepuluh dia kata, sebelas pun tak boleh percaya lagi!" Maknanya kata-kata dalam hatinya yang belum diluahkan pun belum tentu sohih dan betul hahah... Aku pun malaslah nak explain panjang lebar. Cuba hayati lirik lagu ni. Pandai-pandailah nak fikir-fikirkan. 

Lirik Kacap Terlabik - Spider

Kucing Siam
Kucing Parsi
Kucing mana-mana pun bulat mata
Nampak ikan
Lupa segala

Kutu buntil
Kutu butik
Kutu mana-mana pun jadi goyah
Nampak gincu
Mula tergoda

Jangan engkau kata
Engkau tak serupa

Amalak kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap Terlabik

Suling Timah
Suling Emas
Suling mana-mana pun sama rasa
Tembak Asap
Kapal berlayar

Butang salut
Butang Plastik
Butang mana-man pun sauk saja
Janji lekat
Baju seluar

Jangan engkau kata
Engkau tak bahagia

Amalak
Kacap Terlabik
Kau gempak
Kacap Terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap Terlabik

Lepas engkau makan
Engkau cungkil gigi
Tengok cermin dan suluh diri.


Friday, April 18, 2014

Melukis~ Carilah sumber inspirasi


Bakat seseorang tidak mengenal usia. Contohnya bagi pemenang Pertandingan Seni Texaco Kanak-kanak, Ireland, Shania McDonagh yang baru berusia 16 tahun! Tengok pada efek garis dan bayang dalam lukisan ni menampakkan ketelitian penuh dalam hasilkan lukisan ni. Aku sendiri pun tak rajin nak buat full drawing macam ni. Kalau pun ada, mungkin makan masa lama nak siap. Tapi remaja ni siapkan drawing ni dalam masa sebulan. 

Waktu sekolah rendah dulu, ada budak sekelas dengan aku yang sangat berbakat dalam bidang lukisan. Seingat aku, namanya Rafati Andriani. Mudah ingat nama penuhnya sebab lain dari yang lain. Betul salah ejaannya belasah jelah, aku pun ingat-ingat lupa. Cikgu-cikgu pun suka sangat kat lukisannya. Kalau ada pertandingan melukis, tak payah beranganlah nak menang top prize kalau dia join bertanding. Mesti nama dialah di mana-mana. 

Kagum dan jeles dengan bakat yang dia ada, aku try polish lagi minat dalam bidang lukisan. Nak-nak bila diapi-apikan dek kawan 1 geng dengan aku. Dorang tahu, aku suka melukis. Nah... sapa kata sikap cemburu tu tak bagus? Kalau kita takde rasa cemburu, takdelah hasrat nak pertingkatkan diri sendiri. Dan sememangnya kita kan kekal di takuk lama. 

Masuk zaman belajar dalam bidang Seni Lukis kat UiTM dulu, aku jadikan emak kepada rakan sebilik aku sebagai sumber inspirasi. Kagum dengan bakat melukis permandangan dan potretnya. Sebidang kanvas boleh dipenuhkan dalam masa yang singkat. Sebuah lukisan dihidupkan bagai foto realiti. Itulah bakat pada emak Enie. Sampai sekarang aku rasa bertuah dapat kenal keluarga seni Enie. Bakat seni menurun dari ibu bapa kepada anak-anak. Bahkan aku sendiri cemburu tengok Enie yang gigih. Kemahiran dan konsep ideanya sentiasa segar dan menarik. 

Inilah rupa aku zaman belajar. Memang tak lawa. Sedang kawan-kawan lain belajar bermain make up, dressing macam model, peraga kasut dan baju berjenama. Aku lebih gemar duduk dalam bilik hostel, baca manga Dragon Ball dan Dr. Slump. Sambil membaca tu aku suka tiru stroke lukisan Akira Toriyama. Sebab tu sampai sekarang aku masih suka lukis kartun, terpengaruh haha... Sedang kawan-kawan lain berseronok pergi trip berkumpulan, aku terperuk dalm bilik fikirkan projek yang bertindan. Live sebagai happy student memang ke laut. Too stressfull jadi aku. Gloomy... Moody. Ya, itulah dia Wan Hairulshifah, yang semua kenalan aku kenal.

Kadang-kadang bila aku down belajar sorang-sorang,  jauh dari keluarga. Nak-nak masa tu susah nak telefon ke kampung. Henpon mahal zaman tu. Walaupun jenama Nokia cokia second hand, mak oi mahal. Jadi aku takde famili dan kawan tempat mengadu stress (bila kerja melambak-lambak) dan sedih (bila rasa keseorangan) dan down (bila kena marah dek lecturer atau dapat markah rendah). Aku jadikan rasa cemburu aku pada Enie sebagai pembakar semangat.

Aku fikir, aku kena struggle walaupun aku susah. Aku tahu, aku ada banyak kelemahan dalam bidang ni. Pendedahan aku kurang. Dengan takde internet di hujung jari macam zaman sekarang. Pastu, aku takde transport kalau nak ke mana-mana, cari bahan. Aku takde keluarga terdekat kalau nak adu masalah. Dan kawan-kawan sekelas pula tak semua faham kepala aku. Dorang disogokkan dengan kenyataan yang aku ni kaki moody sebab susah nak senyum dan jarang nak sosial (bersembang kosong atau ajak lepak di mana-mana). Sebab masa belajar dulu, kepala aku sarat dengan keinginan nak habiskan study dengan pencapaian markah yang baik dan lebih baik. Justeru, aku sendiri bataskan segala keinginan nak bermain-main zaman belajar. Impaknya, takde kawanlah. Kekuatan aku sebenarnya lahir dari keinginan nak cabar diri sendiri. Maka aku perbanyakkan sumber persaingan. Orang ni yang ada bakat bidang ni. Orang tu yang ada kemahiran bidang tu. Aku tak bergaul pun dengan dorang. Sebaliknya aku observe. Tapi yelah, kita manusia ada batas tersendiri. Sebanyak mana kita usaha, kalau setakat itu kemampuan kita. Terimalah seadanya.

Api cemburu biarlah bertempat. Kena tahu duduk kita di mana. Level kemampuan kita. Jika tak mampu nak ikut saing, tak berjaya, bertambah-tambah rasa cemburu meningkat pula jadi dengki. Kan dah tak elok tu. Ambil yang negatif jadikan positif. Nescaya kita sendiri akan rasa tenang dan happy dengan penerimaan tentang diri kita sendiri. Motivasikan diri kalau rasa ego + malas nak minta pandangan orang lain.

Kalaupun tak tercapai standart brilliant macam sumber inspirasi kita, sekurang-kurangnya kita dah USAHA. Kemahiran bukan datang ibarat petik jari. Tapi dari pengalaman dan usaha gigih. Dan jangan  sesekali merendah-rendahkan diri sendiri jika tak mampu. Dalam bidang lukisan, semua karya adalah istimewa. Hatta secalit pensil. Setitik noktah di atas kanvas kosong. Itulah seni. Ada pelbagai teknik yang boleh kita aplikasikan. 

Bila aku tengok lukisan aku zaman sekolah dulu pun, aku sendiri dok perleceh. "Owh, patutlah cikgu tak pandang pun hasil drawing aku dulu. Macam ni je standart lukisan zaman sekolah rendah aku." Tapi aku bangga dengan hasil karya sendiri. Bangga bukan bermakna riak ye. Bangga sebab  aku jenis ada sentimental value pada setiap hasil karyaku. Sekurang-kurangnya aku mencuba. Walaupun orang lain tak suka, kutuk huduh, tak menepati citarasanya. Biarlah. Setiap orang ada pandangan dan selera masing-masing. Yang penting kita sendiri hargai setiap apa yang telah kita usahakan.

Setiap orang bermula dengan 1 titik pada 1 kertas lukisan kosong. Macam mana cara kita nak melukis, menghiasnya, terpulang pada daya kreativiti masing-masing. Berinspirasi: usah henti.

Tuesday, April 15, 2014

LOTTE Product ~ HALAL ke HARAM?

Fakta BENAR atau AUTA produk Popero, dari pengeluar Lotte tidak halal? Mungkin aku terlambat  nak update isu ni dalam blog, orang dah kecoh buka isu baru. Aku baru terfikir nak buka entry ni. Tapi di kalangan kawan-kawan, masih ada yang tertanya-tanya akan status halal produk Lotte: PEPERO.

Aku tak pernah lagi makan produk tu. Tapi mengaku dah selamat makan produk Lotte jenis Koala tu. Pepero ni antara coklat famous bagi pemborong coklat di Pulau Langkawi. Waktu shopping coklat kat kedai Haji Ismail Group (HJI) penghujung bulan mac lepas, tak nampak pula produk Lotte ni di mana-mana. Maka ketika isu halal haram dibangkitkan maunya tak senang duduk jugakkan, sebab dah termakan keluaran Koala March, Lotte dulu. So google punya google, jumpalah pula kenyataan dari isteri Ally Iskandar yakni Farah Lee.

Aku ringkaskan cerita: Pihak Halal Korea dah maklumkan pada pengeluar produk LOTTE dan sahkan semua bahan dalam produk makanan PEPERO berasaskan tumbuh-tumbuhan. Farah ada selitkan juga, kalau kita was-was, eloklah tak payah makan. 

Melayu kita ni memang ketatkan sangat isu makanan halal haram. Ada pihak lain membidas, perlukah logo JAKIM untuk mengesahkan halal haramnya sesuatu produk tu. Sesetengah bahan makanan sememangnya berasaskan tumbuh-tumbuhan semata-mata. Macam Putu Kak Mek keluaran mak aku dulu contohnya. Memang takde sijil halal pun sebab pasaran kecil-kecilan saja. Nasip baiklah takde orang pertikai masuk blog memasing segalanyalahkan. Tapi sebagai saksi utama cara pembuatan kuih putu, aku jamin Putu Kak Mek terjamin halal, bersih, selamat, bermutu tinggi dan SEDAP! Iklan sebentar. Mak pun dah lama tak teruskan projek buat putunya sejak abah dah takde huhu... Rindu pula nak tengok mak dok ketuk-ketuk acuan putu tu. Pernah gak tolong sekali-sekala. Sakit pinggang wooo duduk lama-lama hadap kuih putu tradisional ni. Nak-nak mak aku jenis buat sorang-sorang. Kesian pula bila kenang-kenang...

Berikutnya satu lagi produk keluaran LOTTE, Koala March. Ada perisa coklat dan strawberry. Manissss sangat. Mia tak boleh kunyah. Geli tekak katanya. Memang ada logo Halal dikotaknya. Tapi bukan logo by JAKIM. Harap-harap tidaklah timbul isu produk ni haramlah pula. Dan berkotak-kotak masuk perut!

Perisa strawberry

Perisa coklat 

Pek kecik dari dalam kotaknya

Maskot Koala March