Nuffnang

Thursday, January 14, 2010

Kemalangan kereta

Owh... aku teringin nak bercerita tentang pengalaman pertama alami kemalangan. Walaupun tidak mencederakan sesiapa tapi menghadap kerosakan teruk jugaklah pada kereta.

Suatu hari, kami hantar adik aku ke Hentian Duta. Adik aku nak balik ke kampung. Nak dijadikan cerita, disebabkan waktu tu dah larut malam. Anggaran pukul 10.00 malam, en.hb pun bawalah kereta agak laju. Al maklum takde orang sangat lalu highway tu. Kalau ada pun dalam 3, 4 buah kereta je sebelah menyebelah.

Dari jauh aku nampak macam satu bungkusan kat tengah jalan. Makin dekat barulah aku perasan benda tu sebenarnya batu petak empat sama yang besar. Disebabkan en.hb dah tak sempat nak membelok ke kanan sebab ada kereta kat sebelah, melambunglah kereta tu naik atas batu tu! Melambung okey! Dan cubalah bayangkan sebanyak mana kerosakan untuk sebuah kereta kenari dengan diameter batu yang sebesar 1kaki tu.

Tengah kalut kami keluar dari kereta, tak sampai seminit datang trak penunda. Aku dah curiga. Malam-malam macam ni rajin pulak buat kerja? Yang lebih musykil cepatnya sampai. Dari mana? Sedangkan kalau nak diikutkan jarak kereta dan bangunan di depannya agak jauh. Aku syak trak penunda ni yang letakkan batu besar tu kat tengah jalan raya. Aku syak dorang dah tunggu mangsa. Aku syak dorang nak kaut untung secara haram macam ni!

Pastu mulalah pemandu berdua tu berlakon baik, tengok2 bawah kereta. Siap buat-buat kesian dan risau sebab dah tengah-tengah malam takde orang boleh bantu. Nak tolong bawa ke bengkellah... apalah...

Aku terus suruh en.hb kol polis laporkan ada batu besar tengah jalan. Pemandu trak berdua tu dah nampak resah. Sorang dah masuk ke dalam trak penunda balik, beria-ia nak balik. Yang seorang lagi masih cekal nak pujuk kami gunakan traknya. Kami buat tak peduli. En.hb kol pulak syarikat insurans. Sampai masa ni dorang dah tahu kitorg tak makan pujuk, terus gerak pergi.

Nak tunggu kereta tu baikpulih semula bukan sekejap okey. Makan lebih seminggu aku rasa. Tu pun selepas kami kuat komplen sebab bengkel perbaiki kereta tu makan masa lama sangat.

Apa pun aku sangat ralat bila ada yang ambil kesempatan untuk kaut untung dengan cara sekeji ini. Lebih memualkan yang buat kerja terkutuk ni bangsa melayu! Pangkat pakcik-pakcik dah punnnnnnn. Bukanlah aku nak tuduh dengan sengaja. Tapi guna logik akallah dengan perkara-perkara mustahil yang aku sebutkan di atas.

Nampak sangat dorang dah aturkan strategi cari pelanggan. Kalau kerap buat kerja begini, memang rezeki yang dapat tu tak berkat. Menyusahkan orang demi menambah duit poket sendiri. Fikirlah banyak2 kalau terjadi pada ko dan keluarga ko macam-mana? Kalau terjadi kemalangan meragut nyawa macam mana?

Silapnya aku tak ambil no. plat trak penunda tu. Kalau tidak, dapatlah lapor juga pada polis.

Pengajaran ni bagi aku sangat berhati-hati. Kalau kami travel malam, sedaya upaya aku temankan en.hb memandu sebagai langakh berjaga-jaga. Kalau lalu jalan tempat kemalangan tu automatik aku perhatikan jalan betul2.

Fobia dengan kemalangan lalu.

6 comments:

nza said...

kak nza pn ada gak dngar crita cam gini...depa sngaja rancang kemalangan utk raih keuntungan....his, teruk betul.

QuEeN Of 2 Heroes said...

bahayanya....sib baik x ape2...
teruk betul trak penunda tu...keje dia la tu...bila dgr polis je da gelabah.
sy pernah accdnt time drive sesorang,dah ler hujan time tu...sampai skrg sy fobia+takut kalo bwk keta dlm hujan...huhu

wansteddy said...

k.nza... slalunya kena pd motor2. sbb dorg tabur paku tepi laluan motor. kali ni kena kat kereta. berani betul dorg campak batu besar tgh jalan.

nad... tu la kesnya. kalau suami wan langgar sisi batu alamatnya terbalik ke tepi la kereta. tp bila batu msk bawah kereta dh macam aksi stunt la pulak. merasa jugaklah kereta terbang! kalau nad driving elak2lah memandu waktu lewat malam. risau kes2 begini. bkn kita duga malang takberbau kan.

onniey84 said...

dasyat nya ted..nasib baik ted dgn hb selamat..masa tu damia tak de lagi ke

ema82red said...

mmg ade yg wat gitu.... tapi nasib semua selamat kan?

wansteddy said...

oniey, ema... alhamdulillah kami selamat. masa tu damia takde lagi. kalau damia dh lahir alamatnya bertambah panik kami haritu. tp mmg kalau ingat2 psl xciden tu xboleh lupa rs berdebarnya. smpai skrg fobia.