Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, January 14, 2010

Memang tak pandai bisnez punya orang!

Mula-mula aku cadang nak buat satu kotak untuk terjemahkan perasaan aku on d spot. Kalau perasan kotak tu tertulis begini: Yang sedang Berlaku. Tapi bila aku gantikan tulisan yang sebelumnya dengan tulis yang baru, aku terfikir. Ruginya hasil tulisan yang terdahulu tu aku delete. Kalau aku rajin sikit masuk new post dan bina karangan baru untuk satu entry dah boleh dijadikan satu cerita dalam blog untuk hari itu.

Kesudahannya niat asal nak bina kotak perasaan aku tu, aku delete je. Memang kurang bersesuaian kot. Lebih baik buat catatan dalam satu entry. Besok lusa aku boleh baca lagi untuk tahu apa yang terjadi kat aku hari ini. Membebel sakan pulak aku.

Ye, pagi tadi aku nak bukak mata pun tak larat. Mengantuk bukan kepalang. Asyik tersengguk-sengguk depan PC. Puas paksa mata bukak. Siap menopang dagu pun terlentuk-lentuk kepala aku ke belakang. Memang tahap menggila kantukku hari ni.

Lepas berjalan ambil angin (bukan buang angin ye :P) dan buang masa jap kat meja kawan, aku bancuh kopi. Barulah kurang mengantuk. Tak mengantuk pun sebab aku ketawa. Harini member opis jual perfume one drop. Aku korek2lah berapa harga dia beli kalau borong banyak2. Tentu2lah murah. Sampai sudah tak nak bagitahu harga sebenar. kui3...

Memanglah! Orang nak berniaga kenalah berahsia bab harga kan. Tapi yang aku ni agaknya jenis lurus bendul. Tak boleh berniaga. Kalau berniaga tentu rugi. Orang tanya kat aku berapa harga mainan yang aku cadang nak jual tu, aku tak sampai hati nak bagi harga market yang mahal menggila. Sudahnya aku tawarkan harga borong. Kan ke rugi... Pekedai pun cakap koman2 letak harga sekian-sekian, kalau bagi rendah U rugi ooow... Tapi tulah, aku jenis tak sampai hati.

Aku pun cadang2 jugak nak bisnez buat header dan badge dan dolly dan papercraft. Last2 aku tak sampai hati nak jual, aku bagi free! Bah... memang tak boleh berniagalah aku. kui3... Aku pun sangat segan nak mempromosikan produk yang aku teringin nak jual. Sudahnya niat nak bisnez kecil2an tu tinggal angan-angan je la... huhu...


2 comments:

i z z a said...

erm..sama la kita pn x pndai nk bisnes jgk..x smpai hati..tkt t'jual mahal

wansteddy said...

cam emak wan pun berniaga letak harga murah. kdg2 tanya jgk mana dtg untungnya takat balik modal. jawapnya dia anggap berniaga smbil sedekah. hurm...