Nuffnang

Followers

Wednesday, January 20, 2010

Keputusan ConWay SURPRISE wansteddy :)

Okes, seperti yang kujanjikan conway (contest+giveaway) SURPRISE aku tutup harini jam 4.22 petang. Terlewat 22minit dari janji asal sebab aku leka buat kerja lain tadi ngahahhahaa....

Sambutan yang diterima untuk conway ini kurang memberangsangkan. Aku yakin disebabkan aku sengaja tak bagi promosi seperti contest atau giveaway yang aku anjurkan yang lain. Sengaja sebab aku kira ini boleh dianggap macam contest jugak. Peserta kena mencari entry tersembunyi. Dan giveaway sebab aku memang nak bagi semua peserta hadiah. Walaupun kosnya tak seberapa aku harapkan setiap peserta berpuas hati dengan sumbangan kecil dariku. Kenangan menyertai conway dari Wansteddy. Dan sumbangan kecil ini tanda penghargaan kepada korang yang sudi jadi pembaca blogku... (uhuk2! walaupun untuk baca teks tajuk je kui3). Aku sangat2 hargai!

Sebelum lupa nak memaklumkan, kredit kepada Cik Anin yang mencadangkan nama conway ini. Gabungan Contest dan giveaway. Cik Anin kita memang kreatif! Mungkin dengan cadangan nama conway ini akan membuka lembaran baru dalam dunia contest+giveaway. Insya'allah...

Keputusannya seperti berikut:

Setelah aku kocak2 bekas porcelin seperti diatas, aku dapat keluarkan tiga nama tanpa perlu cabut dengan menggunakan tangan. Aku rasa dah adil sungguh ni. Malangnya takde saksi yang boleh mengaku yang aku berlaku adil, huhu...

2 cabutan ini akan menerima sebuah
bekas kotak barang kemas seperti di atas.

Tahniah3!


Hadiah utama dimenangi oleh......

Tahniah3!
Harap2 Puan Oniey sukakan
hadiah berupa plate Welcome
dari koleksi Romantika Home Deco ini :)



Kepada yang tak dapat hadiah utama jangan kecewa. Korang masih menerima hadiah berupa sebuah kotak barang kemas seperti dibawah. Pastikan korang emailkan kepada aku alamat rumah atau pejabat untuk mendapatkan saguhati ini yep!

Setiap email akan aku sediakan satu lagi SURPRISE! Korang nak tahu kena bagi alamat dulu melalui email. Aku akan attachkan surprise tu dalam email2 korang nanti. Nak tahu jugak ke??? Surprise..... kui3....

Entry tentang kiriman hadiah dan item surprise itu akan aku buat bila aku dah terima semua alamat rumah dari para peserta okey! Terima Kasih dengan kerjasama dari korang semua.

Korang memang BESTTTT!!!!

PERHATIAN:
sila emailkan alamat rumah @ pejabat korang ke washifalo@yahoo.com

12 comments:

Unknown said...

adakah itu nama ku ted..wahh terharu beb...uwaa

Wansteddy Tales said...

harap2 ko suka hada... nilainya tak seberapa huhu... jgn lupa email kat aku alamat yep ;)

yantz-yeem said...

aku x dpt adiah pertama leh ke dpt bekas tu???

anin said...

wah baiknya kak ted... maceh la.. cant wait 4 da surprise.. klaka la nama conway tu lekat ehhh

onniey84 said...

adakah oniey yg dimaksudkan ialah onniey yang bertanya ni...hua hua..huaa
ker oniey lain..buat malu daku jer..hehehe..sbb ted tk letak link..kui kui..sri tkut perasan jer

Wansteddy Tales said...

k.yantz...semua peserta dpt bekas tu. nnt aku bg kat ko ;)

anin...lekat. siap ada tnya2 lg blh copypaste x nama tu utk contest+giveaway dorg lak. akak kat mntk keizinan dr penciptanya dlu kui3...

oniey...sape lagi nama unik cam oniey kan. ehehee... harap2 oniey suka deco pintu tu.

jgn lupa kim alamat by email semua

onniey84 said...

huhu ted, tak sangka tau..
sri suka gila dgn hadiah tu..thanks ted..nti sri email add yep..

NzA said...

chantiknyaaaa......jelous lak!!!hi.

Wansteddy Tales said...

thanx oniey, dah terima alamatnya :)

sori la k.nza, wan mmg xwar2kan kui3... next2 time wan buat lagi conway ;)

i z z a said...

cute nyer hadiah tuh..dpt dh kn add kita..

Dak Wan® said...

Hahaha! Nama teman tak senarai... macammana nak tersenarai kalau teman baru jewr jumpa blog nih. Salam kenal eh? Hehehe

Wansteddy Tales said...

izza... dah terima add. nnt akak kirim ble semua alamat dh terkumpul tgu yep ;)

dak wan... jemput2 singgah selalu :)