Nuffnang

Followers

Tuesday, January 12, 2010

Surprise...

Ahahahaaa... apa yang surprise tu ha? Gini, aku rasa seronok pulak bila tengok rakan2 kita yang enjoy join contest dan giveaway yang melanda dunia blogging! Sekarang pun ada satu giveaway sedang berlangsung dalam blog aku ni. Tapi hadiahnya untuk baby2 sahaja. Tak besh pulak bagi yang babynya dah besar atau yang memang belum punya anak lagi tak boleh nak turut serta.

Jadiiiii... aku nak buat satu kejutan buat kawan2 aku yang kerap baca blog wansteddy tales ni. Yang takde blog pun boleh join. Pendek kata sapa2 yang terjumpa entry nilah, BOLEH JOIN. Kalau sebelum ni aku juz benarkan pembaca open ID tinggalkan komen, kali ni aku bukak sekejap secara terbuka. Sekali lagi aku ulang, SESIAPA SAJA BOLEH JOIN.

Ini bukan contest, bukan juga giveaway. Tapi aku pun tak tahu nak simpulkan sebagai apa. Anggaplah penghargaan pada pembaca2 setia blog ini. Lagipun blog ini baru bertatih. Bila tengok beberapa nama yang kerap masuk dan tinggalkan jejak aku sukaaaaa sangat. Jadinya inilah hadiah surprise atas kesudian mereka2 singgah dan baca blogku. Walau untuk seminit untuk baca tajuk blog, ngahahaaaa...

Cara nak sertai mudah. Juz tinggalkan jejak korang sesimple "hai" pun takpe dalam kotak posting entry ini. Yang penting kena tinggalkan email. Adil bagi kawan2 yang takde blog. Maka aku akan hubungi pemenangnya melalui EMAIL!

Aku bagi contoh... korang type gini:

"Hi... email: lola@yahoo.com(contoh jek)"

Siap. Camtu punya mudah. Yang penting kalau korang tahu pasal entry ni jangan heboh2 pada orang lain. Biar dorang cari sendiri. Aik, macam main cari harta karun pulak kan... kui3... Hadiahnya? Surpriseeeeeee.......... Pape perkembangan aku sembang2 DALAM ENTRY INI SAJA. Anggaplah entry ini sebagai pusat harta karun yang tersembunyi balik entry2 aku yang lain, hohoho....

Perjuangan korang dalam menuntut hadiah ini akan berlangsung selama atau secepat yang aku suka hati nak hentikan. Bila tarikh tutupnya? surpriseeeeeeee (^0^)


_________UPDATE 18 JAN 10 (ISNIN)_________

Aku nak tutup conway ni dalam masa terdekat. Sebelum tu aku akan upload dulu hadiah yang bakal dimenangi peserta bertuah dalam masa terdekat. Harap-haraplah korang tak boring menunggu sebab aku masih nak berahsia kui3...

_________UPDATE 19 JAN 10 (SELASA)_________

Conway ini akan ditutup pada jam 4petang HARI INI. Cepat sangat ke aku buat conway ni? Ikut sukatiku je kan. kui3... Aku sengaja nak percepatkan sebab tak nak peserta2 conway ni tertunggu2 bila nak umum pemenang.

Sebelum nama pemenang aku umumkan dan sebelum aku emailkan berita baik ini kepada pemenang betuah itu, rujuk gambar dibawah untuk melihat apa yang aku surprisekan sangat tu.... Hadiah untuk pemenang bertuah.

Setiap peserta conway ini akan menerima sebuah kotak barang kemas ini sebagai saguhati dan tanda penghargaan. Kiranya semua peserta dianggap pemenang tiada pengalah. Harganya tidaklah seberapa tapi aku sukakan kualiti dan rekabentuknya yang cantik. Sebabkan rekaan english ni memang citarasaku, maka aku nak kongsikannya bersama dengan pembaca blog ini :)


2 pemenang bertuah akan menerima kotak barang kemas berbentuk telur ini. Mempunyai kualiti yang sama seperti kotak barang kemas di atas.


Hadiah utama dan untuk pemenang bertuah, sebuah plate home deco. Aku sangat sukakan plate ini sehingga berniat lama nak jadikan hadiah untuk contest anjuranku. Akhirnya termakbul jugak cita-citaku.

Diharapkan tiap peserta sukakan hadiah yang bakal diterima mereka nanti :)

14 comments:

anin said...

yeay..baiknya akak buat conway..contest tak giveaway pun tk jadi sy namakan conway aje la ek.. salam perkenalan

farhanin1984@gmail.com

Unknown said...

hai.. syahadah79@gmail.com

nak jugak tu..wakakaka

Wansteddy Tales said...

aah.. logik gak nama conway tu anin. wait 4 result yep... akak wat cabutan nnt ;)

yeah! utk kita2 aje... tagline tomtombak boleh??? ngahhahahaa

wan hairunizam @ cob acong said...

wahhh...abg pun bleh dapat gak ke kikiki...

(tak kira la azra pun nak jugak auntie..)


cob_acong@yahoo.com

i z z a said...

conway??ssuai gitu..hehehe
smuanya suprise..nk jgk la

cikjaachik@gmail.com

alinalan said...

Salam wansteddy. nak conway gak!
azlin.mohdatan@gmail.com

Ibu Syuhada said...

Salam perkenalan...
rajin akak buat giveaway...
saya suka sgt..
hehehe...

ibusyuhada@yahoo.com

Wansteddy Tales said...

okes... sumer diterima dgn hati gembiranya :)

ps: abg, dek azra pnya auntie bagi yg spesel punya ble auntie lawat KK nnt. tgu taw :)

arissa.soleha said...

salam nak join jugak

arissa.soleha@ymail.com

Wansteddy Tales said...

tq arissa soleha :)
good luck yep

onniey84 said...

hai hai hai ted..opsss 3 kali hai tu bodek namanya..ekekeke..
sri sempat g ker nak bertanding ni??
onniey84@yahoo.com

Zana said...

Salam berkenalan wan.....

hari ni dah jumpa vocab baru, saya nak join jugak conway..heheheh

rozana_hani@yahoo.com

Wansteddy Tales said...

diterima dgn hepinya!

oniey n zana :)

yantz-yeem said...

hehehehe saya dah jmpe...saya berkenann sgt kat welcome tu...heheheh....

harap2 saya menang conway nie...nak gaks bertuah...

ini emel saya yea...
asoi80@yahoo.com