Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, January 12, 2010

Sessi Mengumpat memang seronok


Aduuuuu.... laparnya rasa. Kalau puasa berlapar macam ni berbaloilah jugak. Pagi bawa ke petang kena masuk meeting yang menjela-jela panjangnya. Pening kepala aku. Mood nak touch up illustration kali ni pun suam-suam kuku dah. Korang tengok jelah hasilnya yang cuma seadanya. Ibarat melepaskan batuk di tangga lagi sekali koh kohhh...

Definisi mengumpat: Petikan daripada islamshia

Jika seseorang mempunyai sifat yang tidak terpuji, atau dia telah melakukan suatu perbuatan yang salah, dan tidak ada orang lain yang mengetahuinya, sedangkan dia sendiri tidak suka bila sifat dan perbuatan dirinya ini dibicarakan kepada orang lain, maka membicarakan orang tersebut di depan orang lain adalah perbuatan mengumpat.

Hukum-hukum Mengumpat

1. Mengumpat itu haram; kepada pengumpat dan kepada pendengar umpatannya.

2. Jika seseorang mengumpat kekurangan orang lain, dia harus bertaubat dan tidak harus menceritakan umpatannya kepada orang yang diumpatnya.

3. Jika seseorang tidak mendirikan solat namun dia tidak menunjukkan sikap buruknya ini kepada orang lain, mengumpat orang seperti ini tetap tidak dibolehkan, walaupun wajib beramar makruf dan nahi mungkar kepadanya.

Ada sesiapa yang mengaku suka mengumpat? Kalau tak mengumpat barang sejam rasa tak senang duduk. Kalau duduk pun rasa bangku boleh rebah. Rasa nak pitam. Habis bibir pecah2 sebab menahan diri dari mengumpat. Penangan mengumpat. Dapat satu isu, habis dijaja keliling ruang. Kalau boleh nak dilebarkan selebar2 cerita umpatan tu.

Tapi memang dah jadi satu kewajipan, si pengumpat pun tak suka dirinya diumpat. TAK SUKA! Kalau dah tak suka diri diumpat tak sedar diri jugak bawak tabiat mengumpat tu kan? Hurm.... Memang pelik manusia ni. Tak sedarkan diri!

Aku tak hala pada sesiapa pun isu mengumpat ni. Kadang2 mengumpat dalam kesedaran dan bersifat memang nak mendedahkan.... memburukkan.... Pengumpat2 ini memang kategori hati keji. Kadang2 ada yang mengumpat luar kesedaran dan selalunya mudah rasa bersalah atau terus terlupa yang dia sedang mengumpat. Kita sering berada di kedudukan yang mana? Bohonglah cakap "aku tak pernah mengumpat". Bak kata jiranku bila marah... "Pooodah!". Alangkan beruk bergayut pun sibuk mengumpat. Andaian aku ler, ngahahhaa....

Sekali lagi aku bertanya. Pada diriku dan para pembaca (wah macam ada orang baca entry yang ini) Kita sering berada di kedudukan yang mana? Sengaja mengumpat atau termengumpat???

Tampar pipi, tanyalah hati.

5 comments:

♥♥syahadah♥♥ said...

jap kena tampar diri jap.terumpat..hahaha

chugie said...

mengumpat?? aduh..

wansteddy said...

standart la tu hada... siapa2 pn bisa terumpat huhu

chugie... mslhnya mengumpat ni mmg seronok in d end mnyusahkan si pengumpat jugak huhu

i z z a said...

ops!!mula2 nk cite hal lain..tetiba termengumpat..hehehe..

wansteddy said...

aku pn harini mengumpat. isunya meeting smlm yg bangkitkn isu menyentuh jiwa. sedeynya....