ENTRY INI Diambil dari blog FCU COMMUNITY...
Salam, Entry kali ini dibuat khas untuk Adik Ammar yang kini sedang sakit.
Maklumat lanjut mengenai Ammar ada disini > mylife-asz.blogspot.com
Kami mendapati bahawa Adik Ammar mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan lanjut pada tarikh 22 / 2 / 2010. Tetapi, kos untuk rawatan tersebut terlalu tinggi untuk dicari oleh keluarganya. Kos rawatannya ialah RM12,000.
Mungkin anda tidak mampu menyumbang RM12000. Tetapi jika 600 orang menyumbang RM20, maka RM12000 bukanlah mustahil untuk kita kumpulkan. Lagi banyak anda sumbangkan, lagi cepat kita dapat kumpulkan RM12000 untuk Adik Ammar.
Kami yakin ada ramai diluar sana boleh membantu Adik Ammar.
Sumbangan anda boleh dibuat ke akaun Ibunya berikut:Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)
keikhlasan sumbangan anda pasti akan mendapat balasan yang baik. RM20 bukanlah duit yang besar untuk kita simpan selama-lamanya, Kebajikan yang dilakukan kitalah yang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Buktikan kita Blogger yang saling mengambil berat antara kita.
Kataku:
Setiap hari aku akan jelajah blog mummy Ammar ini. Aku pastikan tahu perkembangan terkini Ammar. Entry beliau yang terkini betul-betul sesakkan nafas aku. Terasa beban yang ditanggung Asz terpikul di bahu aku juga.
Kawan-kawanku... Marilah bersama-sama kita doakan anak ini sihat sepenuhnya. Tolonglah doakan anak ini kembali aktif dan seriang kanak-kanak sihat yang lain. Diharapkan dengan doa-doa ikhlas kita ini akan diperkenankan oleh Allah SWT, amin...
2 comments:
mmg sedih sesgt baca kisah adik ammar ni....si kecil trpaksa tanggung derita seberat ini...ttp itu semua rahsia Allah...kita cuma mampu brdoa n mmberi sedikit bntuan utk mengurangkn keperitan yg ditanggungnya...sedih sgt.....
sedih k.nza... wan tiap kali bca entry mummy ammar tiap kali tu nangis. dok bygkn diri di tempat dia. penat fizikal dan mental. org2 tabah je yg mampu berdiri ditmpt dia k.nza. mohon sngt2 Allah perkenan doa kita percepatkan penyembuhan bb Ammar.
Post a Comment