Nuffnang

Tuesday, February 9, 2010

Terima Kasih semua!

Berakhirnya giveaway Pampers4free. Tapi aku masih belum dapat duduk diam-diam, tenang-tenang selagi hadiah-hadiah masih belum selamat sampai ke tangan pemenang masing-masing. Banyaknya ayat berganda.

Berita baiknya ada tambahan hadiah. Berita kurang bestnya aku tak dapat nak penuhi hadiah untuk kesemua peserta. Berharap sangat-sangat pada yang tak terpilih jangan terasa hati. Jemput-jemputlah singgah ke blogku lagi. Mana tahu aku nak anjurkan conway (contest+giveaway) SURPRISE part II pulak. KROHKROHKROH!!! batuk tegar. Berhangan lagi mokcik teddy ni ngahhahaaa.... Korang doa-doa le aku murah rezeki dan dapat anjurkan contest lagi kui3...

Jom cuci mata dan saksikan
apa yang bakal diterima oleh para pemenang.

Hamper I
Pemenang: Arissa Soleha kategori (L)
Ema82Red kategori (M)

Hamper ini untuk Ema. Ada sedikit pertukaran hadiah untuk Arissa. Disebabkan Arissa mempunyai baby boy, stoking dan selimut baby ditukarkan kepada corak yang berlainan. Segan pulak nak bagi baby boy selimut pink.

Hamper II
Pemenang: Zana

Sebenarnya aku tak berapa pasti baby Zana gurl atau boy. Tapi kalau boy pun aku harap2 sesuailah jugak selimut pink ni diberikan pada zana sebab Zana punya anak perempuan. Alasan supaya selimut ini tidak ditolak huhu... Maaf ye zana, aku kurang peka. Dun marah yep Zana yep...

Hadiah MINI HAMPER III + CD Spongebob untuk Puan Dp Luv Sriyh dan SAGUHATI untuk Puan Nur KN dan Puan Laila Sanuri akan dipaparkan dalam entry ini dalam masa terdekat. Sebabnya ketika entry ini ditulis, aku sedang berada di ofis, manakala hadiah2 untuk mereka pulak masih dirumah. kui3...

Diharapkan semuanya berpuas hati dengan hadiah yang bakal diterima. Sekali lagi, TERIMA KASIH atas kesudian anda semua menyertai giveaway ini. Semoga kita kekal berkawan dalam dunia blog dan dunia realiti bonusnya :)

1 comment:

hati - ema said...

wah bertambah hadiah.... TQ