Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, February 17, 2010

Damia bermarhaban

Ow... Oww... Ow... Marhaban Ya Marhaban....
Tahap ni dah sampai jilat-jilat microfon. Hadoi!

Tak percaya? Layan video ini...

video

Kisahnya. Pada hari Sabtu lepas. Ketika cuti CNY kami secara paksarela mengikut mak aku ke kenduri cukur jambul bagi memenuhi undangan marhaban. Bagi yang masih belum mengetahui kisahku. Ye, aku tahu serba sedikit bermarhaban. Berkat mengikut kelas mengaji Yassin dan Kumpulan Marhaban yang dikendalikan oleh mak aku.

Kumpulan Mutiara Syifa ini agak popular di Gerik, Perak. Banyak jugak undangan yang diberikan oleh orang ramai. Ada yang memohon untuk memeriahkan majlis perkahwinan, majlis cukur jambul, kenduri doa selamat dan sebagainya.

Pada hari itu kebetulan pulak majoriti ahli kumpulan hadiri Majlis perkahwinan anak salah seorang ahli di Pendang, Kedah. Tinggallah kami yang beberapa kerat ini. Mujurlah suara aku dan kakak jenis high pitching. Besar gedabak. Dan kawan-kawan, inilah gunanya suara besar ye. Bila nada yang sepatutnya menggunakan 3 ke 4 suara boleh diganti dengan satu suara besar. Aku ni confuse jugak samada nak angkat bakul atau nak kutuk diri sendiri. Kuakuakua....

Kesimpulannya, walaupun ada hari itu, kumpulan mak sedikit je yang sudi hadir. Tapi majlis berjalan lancar. Dan aku yang menderita sakit-sakit tekak lebih 2 minggu ini tak hadapi masalah berat dengan batukku. Adalah selang seminit batuk keras pastu boleh teruskan marbahan semula. Kuasa ALLAH semuanya. Kalau ikutkan badan tak larat sebab baru sampai dari Kuala Lumpur pukul 3pagi itu. Memang aku nak menempek saja tidur kat rumah.

Alhamdulillah, Perjalanan hari itu lancar sekali. Diselangi lawak spesis mengusik dari mek Damia yang sibuk sekali nak ganti opahnya menanyi marhaban. Aduyai... Fening kepala aku okey. Kat bawah-bawah aku paparkan gambar2 pada hari kejadian. Jenguk-jenguklah ye.

Acu adik bongsuku, Baru sampai dari ambil my kakak di Kampung Alai. Gambar-gambarnya semua jenis tak nak pandang kamera. Jadinya aku pilih yang ni je. Malas la nak edit-edit. kui3...

Damia mengantuk tapi tengok sepupu-sepupunya dah ramai sukahati lah dia.

Along sorang je yang berjaga. Baru aku perasan gambar angah takde. Takpelah. Lain entry aku paparkan wajah anak kedua kakak. Haikal ni seronok pasal Acik Mie (en.hb) balik kampung. Tapi nada mengumpan cik Mie balik kampung, dia ajak Auntienya balik kampung. Dengan harapan Acik Mie ikut serta. Bagus tak politik? Dah cucu Atok... mestilah bijak politik kan.. ngahhahaaa....

Acik Atin dengan Dek Sya puteri bongsu kakak. Waktu ni Dek Sya baru bangun tidur. Masih mamai-mamai lagi. Pandang aku pun macam muka tak nak percaya. Selalunya anak-anak kakak aku ni dari yang alongnya sampailah ke Angahnya asyik confuse antara aku dengan mamanya. Aku tak tahulah tang mana serupanya kami ni sampai anak-anak pun asyik tersilap. Tapi anak perempuan kakak sorang ni je tak mudah ditipu. Tahu-tahu je beza antara auntie dengan mamanya. Agaknya dia pandai beza melalui bau kot kui3...

Damia yang mula menunjukkan ragam boring... Ayah sedang mengusik. Cuaca haritu sungguh panas. Peluh menitik-nitik hingga ke jari kaki. Panas terik yang mengundang rasa kantuk...

Tahu kenapa aku gambar ini sebegini? Iye... ambil gambar sendiri. Semenjak dua menjak ini. Gambarku memang takde. Kalau ada pun hasil tangkapan sendiri. Nak harapkan en.hb? Asyik ambil gambar candid je. Pehtu kalau candid berupa anggun sudi-sudi le jugak aku nak upload kat sini. Malangnya semuanya spesis masuk tong sampah punya candid. Sudahnya gambar anakkkk je la masuk blog. So korang jangan komplen kalau aku takmo xpose diri. Salahkan mereka-mereka yang tak sudi nak ambil gambar aku yang sedang bergaya anggun. kui3...

My mak. Cun tak? nak dapatkan gambar ini sempat lagi dia juihkan bibir okey. Suara my mak merdu tau. Nyanyi nasyid pun sedap. Puji mak sendiri. Suara aku jugak tak berupa suara mak. Haih...

Yang mummynya ada kat sebelah dia sibuk menempek atas riba mak ngah jugak. Sibuk nak mengacau Dek Sya. Habis Dek Sya jadi bahan gomol Damia. Damia perasan dia kakak. Ikut bulan memang Damia lebih tua. Nampak je adik-adik dia sebut "Baby... baby..." Pastu kalut nak sayang-sayang... gomol-gomol... Aih....

My sis dan Dek Sya.

Gelek ke kanan... jua ke kiri...
Damia menyanyi mari menari....

Harini Damia jadi pengacara majlis okey. Jemput-jemput hadirin semua duduk diam-diam. Dengarkan nyanyian Damia....
"Hu... Uwah.... wu.... "
Dia sorang je faham liriknya :P

Kesian abah aku. Sekali dukung dua-dua cucu sibuk nak berdukung. Memang camni feel dua beradik ni. Suka berebut dukung dari atok, acik dan acunya. Yang jadi mangsanya dorang bertiga la. Kalau nak letak sorang, yang sorang lagi wajib letak. Kalau tak letak dua-dua, jerit yang sorang lagi. Kalau xmau turun, dua-dua angkat kaki siap panjat-panjat lagi badan Atoknya tak nak turun dukung. Hu... fening kepala atok nak melayan karenah cucu-cucu perempuannya ni. Cucu-cucu lelaki takde pulak manja terlebih macam budak berdua ni hurm...

Panjang cerita bergambar hari ini? Sekali entry bergambar fening kepala nak hadap eh, ngahahahaha....

15 comments:

[-suziey-] said...

waaa kemain lagi ye damia bermarhaban gaya dia..hehe..

Wansteddy Tales said...

marhaban gaya menyanyi rock! hohoho

yantz-yeem said...

hahahha...lawak je aku tgk mek damia nie...kecoh toi...

chugie said...

amboi.. ni bleh gantiorg marhaban bila beso nnti ni..

Wansteddy Tales said...

ko tgk la gaya dia rampas mic tu. adu... kemaruk nk tiru opahnya pgg mic. siap tiru gaya lg. ble nk amik dia bwa lari :P

tu le chugie... minat menari menyanyi. nmpk dh ciri2 apa yg dia minat tu

i z z a said...

muehehe..damia dh pndai marhaban yer..kemain dia.sonok yer blik kg

Drama Mama said...

hahaha comelnya Damia jadi MC

btw, come join our giveaway for a chance to win our delectable diaper cakes! ;-)

http://twinkywinkystars.blogspot.com/2010/02/join-our-diaper-cupcakes-giveaway_12.html

nza said...

wah, bagus la damia ni..mewarisi bakat nenek n mama la tu...tecik2 dh pndai brmarhaban.....

Cun la mak wan, ada iras2 Rabiah Suparman tu(ye ke namanya cam gitu...alah pelakon lama tu....)

Wansteddy Tales said...

izza... sonokkk... smpi malam2 xnk tido. sibuk berlari keliling rumah. al maklum umah opahnya berganda luas dr rumah sndri. hadoi..

Drama Mama... TQ jemput, pasti menjengah segera :)

k.nza... sbnrnya pnjg lg aksi menyanyi dia kak. wan sempat rakam yg itu je. kaco org betul. kui3...
kembang kuncup mak ku disamakan dgn artis ngahhaaa... nama dorg pun dah dekat2. my mak namanya Rapiah :P

hati - ema said...

camane damia bole kongker mic ne.. hahaha

Wansteddy Tales said...

memula dia tunjuk2 je kat mic tu. pehtu mintak2 pehtu kongker2 pehtu jd ketua marhaban pulak! gitulah jln citer sebenarnya :P

ez said...

wan..aku datang..ehhehe..pandainya damia nyanyi..bleh wat album..heheh

Wansteddy Tales said...

menari tu aku sedia maklum tp menyanyi??? mmg perkara baru kitorg pn surprise siap amik mic lg tu huhu...

onniey84 said...

wah comelnya damia bermarhaban....eiii..geram sungguh....
sib baik jauh..kalau tk oni culik tauu...ekekekekek

Wansteddy Tales said...

rugi xrakam penuh aksi dia oniey. klu x lagi macam2 feelnya :P