Nuffnang

Followers

Thursday, February 4, 2010

Damia memang suka menari

Damia memang suka menari. Seingat aku sejak dia dari dalam perut dah menunjukkan bakat menarinya. Pantanglah kalau aku pasang lagu agak-agak rancak sedikit, dia mengeliat-geliat dalam perut. Imagine aku, budak ni buat senamrobik dalam perut ni.

Tapi pengalaman paling susah nak dilupakan ketika aku membeli belah di sebuah pasaraya kat Selayang. Lalu sahaja di bahagian barang-barang elektronik, terpasanglah video nyanyian lagu hindustan. Aku tak ingatlah lagu apa. Tapi sedang elok saja lagu rancak tu berkumandang, Si kecik dalam perut ni ikut berjoget dalam perut ikut rentak lagu. Aku tersangatlah terkejut gabannya. Gelak-gelak aku di situ jugak. Kelakarnya bila tengok mat bangla yang confuse-confuse tengok telatah aku macam pompuan peknen yang mereng gelak sorang2 kui3...

Ketika berusia 7bulan dan mula belajar berdiri, Damia meneruskan aksi suka menarinya. Ketika tu lagi Aspalela memang femes. Dengar saja lagu Aspalela nyanyian Saiful Apek terus bangun berdiri dan tepuk-tepuk tangan. Termasuk menunjukkan aksi menari bontot tonggeknya.

Sekarang jenis tariannya dah makin berkembang. Kalau duduk dalam kereta dia yang mintak bukakkan radio. Pulas volume kuat2 dan menari. Kalau aku perlahankan bunyi bising, dia betulkan balik bagi kuat bunyinya. Tension je duduk dalam kereta berdum dum dengan lagu segala. Budak ni pulak kalau menari pandai pulak ikut rentak. Kadang-kadang tariannya perlahan dan tiba-tiba jadi rancak ikut rentak lagu. Memang buat kami tergelak-gelak tengok aksi tariannya. Kadang-kadang bergaya macam gaya hip hop, menari terhenjut-henjut sambil berpeluk tubuh, cucuk bintang, kalau lagu perlahan tangan posing macam menari balet dan sebagainya. Ekspresi mukanya yang tak tahan tu... Ah, susahlah takde video nak paparkan kat blog ni. Kalau tidak korang boleh tengok ragam mek damia ni menari. Ada-ada saja.

Aku tak tahulah dari mana dia belajar. Aku rasa pengaruh TV taklah jugak. Bakat menari ni turun dari siapa pun aku tak tahu. Memang soheh bukan dari aku la. Aku ni tahap keras kayu kalau disuruh menari.

Teringat zaman sekolah rendah dulu, teringin benarlah nak menari. Tapi cikgu pulak jenis pilih kasih, bagi yang budak-budak bermuka anak orang kaya je join kelas tarian sekolah tu, ciz! Owh, teremosi sekali. Di sekolah kat kampung pun macam tu. Cikgu pilih budak-budak bersaiz besar. Mungkin kerana aku berbadan ciput maka aku ditolak mentah-mentah dari menyertai kelas tarian pom-pom sempena sukan sekolah ngahahhaaa.... Jadinya aku beserta beberapa kawan bersaiz kecil yang turut tidak terpilih memilih memandang saja dari jauh dengan rasa terbuku di hati dan berfikiran positif yang kami boleh menari pom-pom lebih baik dari kawan-kawan yang terpilih tu. kui3... Jenis perasan baguslah konon...

Aku tak rasa bakat tarian Damia datangnya dari ayahnya. Tak tahulah kalau senyap-senyap ayahnya tak mahu bercerita kisahnya semasa kecil yang pernah terlibat dengan aktiviti menari di sekolah. Kalau tengok dari segi kareografer yang ayah tunjukkan pada Damia, sama dengan je tarian dua beranak tu. Tarian cucuk bintang je. kui3...

Aku berminat nak tunjuk video Damia menari disini. Buat kenang-kenangan. Tapi masalahnya budak ni bila aku nak ambil video menarinya cepat-cepat dia berhenti menari. Berhenti bukan sebab malu aku nak ambil gambarnya. Sebaliknya sebab nak posing sambil tersengih-sengih kerang busuk tunggu aku ambil gambarnya! Kalau aku cakap "ini video, menarilah damia" Dia mintak nak tengok gambarnya pulak. Hadu.... Tiap kali nak ambil video menarinya macam tu la. Dia posing mintak diambil gambar. Tak pernah berjaya. Kalau dapat pun videonya ,gambar pulak tak clear sebab gelap. Hapa la... kui3...

Teringat kata-kata adik aku Atin, "besar esok toksah bagi masuk tom tom bak!" Aku faham maksud beliau. kui3... Memegang amanat dak Atin, aku pun rasa peluang untuk Damia beraksi kat dalam TV tipis sekali. Lagipun aku yakin betul opahnya Damia orang pertama yang akan menentang cita-cita Damia nak jadi penari profesional nanti. Wah! Macamlah Damia dah bagitahu kat aku "mommy, besar esok Damia confirm nak jadi penari profesional macam Cikgu Linda Jasmine ye... Izinkanlah Damia ye mommy...." sambil mata terkelip-kelip mintak kebenaran penuh keazaman. Imaginasi aku je. Kesian anak aku punya emak kuat berangan kui3...

Kalau betul pun suatu hari Damia mintak izin nak jadi penari. Aku nak suruh dia mintak sendiri kat opahnya. Ha... ada berani???

Apa pun minat dan cita-cita Damia, aku tetap akan menyokong dan berikan semangat. Sekarang nampak jelas Damia minat menari, membaca dan melukis. Harap-harap Damia kekalkan minatnya ini sampai bila-bila :)

8 comments:

Bukan Bidadari said...

shuffle ke si damia ne... hehehehe...

nak jadi penari??? ermmm... kalau aku opah damia..aku ckp jangan.. hahahaha

Wansteddy Tales said...

ye... ko boleh duduk sama kerusi dgn mak aku ema. dia pn sngt2 xbersetuju anak2 serta cucu2nya join bidang hiburan ni. tingt msa mula2 nk mntk masuk Uitm dlu. dia lah plg xsetuju aku mntk kos art design. siap tnya aku nk keje cm pelukis tepi jalan kat cm tu ke? huhu....

Unknown said...

u think u can dance damia...
mmg skrg ni kita ckp tak payah tak payah..dah besar nanti tak tahu pulak..
aku nak anak aku jadi atlit..klu jadi lain aku ok jek ..asal halal..
agaknya damia ikut ko tak ted..agaknya bakats eni ko bukan terbatas pada lukisan mybe tarian..tarian pun art maaa

Wansteddy Tales said...

owh hada... aku kena membayangkan muka bengis mak aku sebelum bersetuju nk biarkan damia ceburi bidang tarian ngahhahahaa...

i z z a said...

berbakat besar tuh damia..mn la tau esok jd penari..

Wansteddy Tales said...

jangan2.. jgn didoakan izza. termashin mulut izza jenuh mommy damia nk menjawap dgn opahnya ngahahhaaa...

QuEeN Of 2 Heroes said...

da lama tak menari...jom damia geng ngan aunty...kite menari sesama.... ^_^ sejak da kawen ni bab tarian da dilupakan...time sekolah je aktif..huhu

Wansteddy Tales said...

owh, pantang dgr muzik nad, boleh je join menari bersama. kdg2 lagu slow pn hentam gerak rancak jugak kui3