Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, February 4, 2010

Kedai mamak

Entry terkini Ema tentang Si Pengambil Oder... mencetuskan ingatan aku terhadap kenangan pahit di kedai mamak. Isunya disini aku bukan anti kedai mamak ye puan-puan, encik-encik, mamak-mamak sekalian. Walaupun pernah berhadapan dengan pengalaman getir tersebut aku masih belum serik singgah dan makan di kedai mamak hingga ke hari ini.

Lainlah mak aku, kalau sebut saja nak singgah makan kat kedai mamak cepat-cepat dia menolak. Paling-paling pun dia sanggup singgah untuk minum air semata-mata. Aku tak pernah bertanya kenapa mak aku memang tak sudi langsung jamah hasil masakan mamak. Mungkin mak aku sendiri pernah berhadapan dengan kenangan pahit di kedai mamak sehingga fobia nak jamah hasil masakan empuk mamak hingga kini. Aku jugak yang tak reti-reti nak serik. Cih!

Kisahnya sebelum aku dan en.hb berkahwin. Kami suka melepak di Lowyat dan Bukit Bintang. Kegemaran aku ketika itu mengumpul sebanyak mungkin game pc. Ketika tu Lowyat dan Bukit Bintanglah tempat tumpuan utama aku mengumpul koleksi anime dan segala yang berkaitan. Ada sebuah kedai mamak yang masih beroperasi hingga ke hari ini. Kedai mamak tu memang tempat singgah wajib bagi kami. Makanan wajib pulak nasi lemak ayam goreng dengan kentang goreng. Sedapnya melantak disitu tau. Itu sebelum kejadian ngeri itu berlaku!

Pada suatu ketika, kami pun macam biasa order di kedai mamak yang sama. Ketika itu yang mengambil ordernya orang baru. Kami kenallah orang lama ke orang baru sebab setiap minggu lepak situkan. Orangnya fresh dari India tentunya. Badannya besar tinggi. Rambut kerinting serabut. Tidak sekemas rambut Hafiz AF7. Rambutnya macam tak bersikat 7hari 7malam walaupun lebat berminyak. Berperut buncit serta berbulu lebat. Uh... tang berbulu yang buat aku seriau tu. Kenapa aku cakap fresh India? sebab haram tak faham bahasa melayu. Aku cakap Bm tak faham, BI hancur tak faham, guna bahasa isyarat pun tak faham2. Akhirnya dengan bersusah payah dapatlah jugak pesan makanan yang biasa ditempah tu.

Sampai saja air yang diorder aku ternganga. Aku order air epal susu. Dan aku sungguh menyesal order air tu hingga kini. Aku rasa sejak haritu aku tak pernah lagi minum air epal susu. Ngeri membayangkan bentuk air yang tak berupa air tu. Keladaknya terapung macam segumpal rumpai air. Dengan warna yang tak menyakinkan. Aku antara nak atau tak nak minum. Nak suruh tukar lain kang, aku takut mamak tukang buat air tu marah-marah. Kalau dia tambah perisa air liur dalam minuman aku sanggup ke aku nak mimpi-mimpikan mamak tu 30 hari berturut-turut? Sudahnya aku tak berani nak komplen. Teguk jugaklah air tak berupa air tu, Eks... Aku sampai terasa-rasa kesan keladak tu kat tekak sekarang!

Itu belum cukup dramatik. Setibanya makanan, nasi lemak ayam goreng, kami pun melantaklah macam biasa. Disebabkan kedudukan meja kami ditengah-tengah restoren tu. Memang dah jadi tempat lalu lalanglah. Mamak-mamak pulak memasing menyibukkan diri ambil order sana sini. al maklum restoren sungguh laku. Yang mengejutkan aku baru masuk suapan ketiga mamak gemuk tadi elok je landing betul-betul tepi meja kami. Pendek kata macam nak bertepi pehanya dengan sisi mejalah. Mamak gemuk tu berhenti dan mata melilau sana kemari. Tah apa dia cari aku tak kisah. Yang aku kisah tang tangan dia tu menggaru ditempat yang tak sepatutnya. Kalau disebut tak sepatutnya, harus korang faham bahagian mana ya. Bahagian sulit dia!!! Korang bayangkan. Aku dan en.hb tengah makan. Si mamak gemuk tinggi ni berdiri betul-betul sebelah kami menghadap ke depan sambil mata melialu-lilau dan dengan nikmatnya menggaru anunya. Ini bukan kisah rekaan! Aku bersungguh-sungguh ni. Harus korang bayangkan muka aku yang berkerut-kerut tahan geli ni.

Aku terus hilang selera. Nasi lemak yang biasanya habis licin tak sampai separuh masih belum berkuis. Geli okey. Geliii... Aku tak tahulah kalau korang mampu makan dengan pandangan yang sungguh tidak menyenanglan seperti itu.

Sesungguhnya aku tidak diskriminasi. Aku bukan anti mamak. Tapi aku benci orang pengotor. Gasaklah bangsa melayu ke, Indon ke, India, Cina, kalau pengotor macam tu sesiapa saja tak lalu nak makan kot. Warghhh... Geli ketiak aku mengenangkan peristiwa ini. Terima kasih kepada Ema yang meningatkan aku akan kejadian ngeri tersebut. Itulah pengalaman ngeri pertama aku dengan kedai mamak.

Bila aku kata pengalaman pertama, maknanya memang ada pengalaman yang berikutnya. Ketika itu di Ampang Park. Aku mengandungkan Damia 8bulan. Kami berurusan dengan Maybank di Ampang Park. Disebabkan belum bersarapan, kami tercari-cari restoren yang dah buka. Disebabkan masih awal pagi. Banyak restoren belum dibuka. Naik ke tingkat dua Ampang Park nampaklah sebuah restoren mamak. Baru bukak. Aku rasa sesiapa saja yang biasa lepak-lepak di Ampang Park tahu kot nama kedai tu. Tak nak la aku dedahkan di sini kang jadi isu pulak.

Mamak-mamaknya menyambut kami tetamu pertama hari itu dengan mesranya. Macam kalau boleh nak siram beras kuning sekali. Kalau ada kompang, nak dialu-alunya kami penuh kehormat. Aku dan en.hb order yang simple-simple saja roti canai dengan sambal. En.hb dah habis melantak, aku tinggal suku lagi nak habis. Tiba-tiba aku perasan dalam sambal ada sesuatu. Nak kata ikan bilis, terlalu besar. Nak kata ikan masin logiklah mana ada ikan masin dalam sambal roti canai, ya tak? Bila aku kirai-kirai sambal tu, Masya'allah.... Lipas!!! Separuh besar saiznya. Dalam keadaan nak terjeluak. Aku kuis-kuis lagi ke dalam. Mak ai! kira-kira dalam 4 ekor semuanya. Tapi yang kecil-kecil la. Dan-dan tu aku rasa nak termuntah! Kesian .... aku makan roti canai berperisa lipas haritu. Berpengalamanlah jugak aku merasa lauk lipas.

Ntahlah dari mana datangnya lipas tu. Aku rasa dari dalam kuah sambal. Kemungkinan besar sambal semalam dorang cuma panaskan dan hidang semula. Disebabkan ketika itu dah makin ramai pengunjung, kitorang tak nak heboh-heboh kata roti canai tu ada lipas. Kang mamak-mamak tu amuk lak bila kami kecoh-kecoh ada lipas dalam sambal yang kitorang makan. Kesiannya aku tengok beberapa pengunjung lain pun macam kami. Tak perasankan ada lipas dalam sambal. Semuanya makan penuh berselera macam kami makan mula-mula tadi. Ketika nak bayar, en.hb komplen la dalam sambal tu ada lipas. Siap tunjuk lagi piring sambal berlipas tu. Mamak yang sambut kami dengan muka penuh ceria awal tadi terus tarik muka 16. Dia ambil piring tu simpan. Langusng tak mintak maaf apa lagi nak bayar ganti rugi. Sebaliknya gesa jugak suruh bayar.

Nasip baiklah kami ni tak busuk hati hebah-hebah dalam sambal tu ada lipas pada pengunjung2 yang lain. Kalau tidak tentu-tentu dorang semua pakat-pakat lari dari restoren tu serta merta. Tak pasal-pasal bungkus restoren tu serta-merta. Pengotor gila. Takkan tak jaga langsung kebersihan makanan. Adu la...

Sampai sekarang aku tak sudi nak singgah ke Ampang Park lagi. Lagi pun memang kalau ada hal je baru lepak situ. Tapi pengalaman pahit makan di restoren tu menambah lagi rasa meluat aku nak lepak kat sana. Ugh... geli geleman aku mengingat-ingat.

Banyak lagi pengalaman kurang menyenangkan makan di restoren mamak ni. Walau bagaimana pun aku hairan bila orang ramai tetap gemar makan di gerai mamak. Nak kata murah sangat tu biasa je la. Harga makanannya memanglah tidak semahal makan di hotel 5 bintang. Tapi takdelah murah sangat. Orang tetap juga tumpu makan di kedai mamak.

Yang lebih menghairankan. Aku ni yang banyak kali terkena pun tak reti-reti jugak nak serik. Cubalah jadi macam mak aku tu. Kan lebih bagus. Tapi kedai mamak ni semacam ada suatu tarikan. Apa tarikannya itu? Hanya golongan mamak-mamak sahaja boleh menjawapnya. Tanyalah mereka. Sesungguhnya aku tidak tahu.

Ada jugak restoren mamak yang prihatin. Selalunya yang prihatin ni bos-bos dia sajalah. Kalau kita makan tak habis terutamanya, dia akan segera tanya "How the food? okey?" macam aku ditanya semalam. Aku tak habis makan kue tiaw. Bukan sebab tak sedap, tapi kalau bersarapan memang aku kurang berselera sangat. Buat rugi je ambil order banyak-banyak. Tapi aku puji jugaklah kat mamak tu "okey" sebab tukang masak kue tiau tu orang melayu. Memang sedap kue tiaw goreng kat Rasa Asia Jalan Raja Laut. Korang tak percaya pergilah cuba sendiri. Sedap. Ada char kue tiaw jugak. Oh, sempat buat promosi. Kalau bayar terus kepada boz mamak memang best. Kalau perlu bayar rm3.40 contohnya. Dia tak berkira yang syiling tu. Sedekah je balance nya. Alah bayar untuk air dua orang minum je tak rugilah dia takat kurang 4osen kan... Tapi boz macam tu lah bagus. Bagi kita rasa happy nak bertandang ke restorennya lagi.

Bagaimanapun aku tetap tak boleh lupa dua kenangan pahit di atas. Setiap kali singgah atau lalu di kedai mamak aku mesti susah nak lupa pengalaman tersebut. Nak-nak kalau berjalan dengan mak aku. Lagi ditambahnya rasa geli geleman dalam tekak aku ni huhu...

9 comments:

i z z a said...

sngguh meloyakn tekak..uishh..geli rasa

Sari said...

hai wan..
dolu2 masa zaman dara (hehe) mmg xjejak kedai mamak tapi ditemukan jodoh dgn hubby yg brketurunan mamak (hahahaha n lalalala), kat situ ler kami bermukim..baru le kenal tosai, capati n yg sewaktu dgnnya..setakat ni xprnah lagi kena kes2 pahit mcm wan tapi xtau la sehari dua ni, hrp2 dijauhkan...erk x rela teman..

wansteddy said...

izza...nasip hakakkkk uhuhuhu... smbil nanges ngadu ni huhukkk

k.sari...wan pn sma jenis dgn k.sari la. masuk kerja bru stat kenal kedai mamak. tp nk jd tragisnya terkena kes2 mngharukan mcm ni. huhu... ada gk kedai mamak yg bagus. bersih smpaikan toiletnya pn rs nk duduk lama2 sbb jaga bersih. tp toilet tu wan xkisah sngt asalkan bab pemakanan tu xde la yg pengotor cm wan kena huhu...

~farahsyeefa~ said...

sampai 4 ekor lipas??
tobat nasuha la nk pegi lagi kan? tah minggu lepas punye kot dia hidang kat org...geram betul dgr mcm tu!

wansteddy said...

aih... jgn kata nk masuk restoren tu nk pegi ampang park pn serik. punya fobia dgn lipas. tgk pn geli, termakan pulak aroma lipas tu ish3... nyesal xrepot kat fomca

ibu_arifa said...

aku pun tak berapa suka makan kedai mamak..tp kadang terpaksa jugak makan kat sana. suami yg suka mkn kari mamak :P

wansteddy said...

pelik kedai mamak ni kan. semacam ada satu aura menarik2 kita bertandang. sungguh mistik ni kui3...
tp mamak punya kari memang sedap. apa nk dikata....

hati - ema said...

oooo ne la kisah nyer,,,wehhh lipas tu...... kalau aku aku dah jerit " lipassssss" kang keracunan makanan ker... maut ker kan susah..huhuhu...

apple susu sedap ek? x pernah minum..huhuhuhu.... karet susu ade la tapi sebenarnyer tekak aku x leh terima minuman tenusu ne,,, tp kopi susu,teh tarik aku bedal gak... tapi pastu membulat2 la tekak...

degil kan? nak gak minum sebab bagi aku..... minum jer la..bukan mati pun..hehehehe

wansteddy said...

tu le ema. dh le tgh peknen masa tu. tensen je aku. masa tu xterpk langsung psl fomca. kalau repot tu dh lama bungkus restoren tu.

epal susu sedap. tp sejak insiden buruk tersebut sampai sekarang aku tak pernah minum lagi. bukan takat epal susu, karot susu, fresh oren semuanya yg dibuat dgn tgn aku xlalu nak minum. sanggup beli yg dlm botol punya psl xtahan geli eee...