Nuffnang

Thursday, February 11, 2010

Hadiah2 Pampers4free dalam perjalanan.

Harini aku dah hantar semua hadiah-hadiah pemenang dengan gigihnya! Bagos2! Puji diriku. Wahahaa... Kiriman dilakukan pada pukul 11 pagi tadi. Kemungkinan besar bagi peserta dari Kuala Lumpur dan kawasan yang terdekat bakal menerima hadiah mereka pada esok hari. Itu pun kalau cepat pakcik posmen hantar suratlah ye. Semua kiriman menggunakan pos laju. Semoga semuanya selamat sampai ke tangan pemenang masing-masing. Harapanku nan tinggi.

Walau bagaimanapun kami keciciran sorang lagi pemenang yakni Puan Dp Luv Sriyh. Sesiapa yang boleh tolong kami (aku dan Penganjur super sweet K.Sari), hubungi Puan DP sila-silakanlah berbuat demikian. Kepeningan sedikit cari cara hubungi Puan DP sebab kotak komennya disable. Manakala kotak chat pulak tidak disediakan. Tolong kami ye kawan-kawan.

Walau bagaimanapun. Andaikata Puan DP masih jugak tidak dapat dihubungi. Hadiah untuk beliau akan diserahkan kepada pemenang baru. Tujuannya supaya hadiah itu tidak terus terperam lama.

Tarikh akhir untuk Puan Dp menuntut hadiah dari kami ialah pada 17hb februari 2010 yakni pada hari Rabu minggu depan.

Diharapkan kami menerima khabar baik dari Puan Dp dalam kadar segera :)

4 comments:

♥♥syahadah♥♥ said...

aku menunnggu kedatangan hadiah mu iteww

Wansteddy Tales said...

biar betul hada? tak smpi lagi gift conway tu? nnt aku buat repot dgn pos ofis. something prob la tu dh lebih semngu xdpt lg huhu

hati - ema said...

besok ek sampai.... hehehehe....

Wansteddy Tales said...

harap2 gitulah ema. td siap aku buat muka seyes pastikan betul2 bila hadiah boleh smpai? raya cina nnt soheh dorg2 ni coti. xnk la dpt lmbt2 kan. pehtu yg tlg uruskn bungkusan tu siap blur2 layan aku punya songeh mueheihei....