Nuffnang

Followers

Thursday, February 11, 2010

Dalam mode penafian. Aku TIDAK Gemuk!

Perasaan yang sedang dialami.... Ibarat mendung sedang berarak di atas kepala... Kabut-kabut awan kelabu kian banyak berlegar-legar menambahkan kelam di hati. Tak faham? Kerana isu ini terlalu berat untuk dikongsikan secara terbuka. huhu....

____________T___T"____________

Okey kita bukak isu lainlah. Sekarang aku dalam mode Penafian. Ketika en.hb suamiku tersayang sibuk memerli betapa aku sudah bertambah berat badan, aku boleh mengelak dengan menuding pada perutnya yang makin ke depan :P

Ketika alat timbang berat badan memusingkan jarumnya pada skala mengejutkan. Aku sibuk menyalahkan alat timbang bodoh itu. Mesti dah rosak sedangkan hakikatnya aku sendiri was-was tentang kebenarannya.

Ketika Melihat kelibat bayang di balik cermin. Yang kian menampakkan benggol-benggol di dagu serta pipi yang makin kembung yang pastinya bukan kerana aku tersenyum. Sedaya upaya aku mengelak memandang sudut berlemak itu lama-lama.

Kalau aku suarakan kegemukan aku pada kawan-kawan. Jawapan yang memuaskan hati yang didengar. Mana ada gemuk. Badan okey je. Slim lagi. Nampak kurus je. Tak tembam dan perkataan-perkataan sewaktu dengannya yang enak-enak didengar. Kemudian hati aku yang sedia kuncup kerana perasaan was-was kembali kembang. Aku tak boleh mengembangkan hidung, kerana hidungku sudah semulajadi kembang. (kisah benar bukan jenaka T___T')

Tetapi yang pahit... Penafian ini tidak berjaya diteruskan. Bila seluar jeans yang dulunya boleh kutarik sudut sisi berlebih 1 inci. Sekarang kian sendat.

Bila seluar kecik (ehem! korang tahu apa), kian ketat...

Bila kain baju kurungku kian menolak untuk menerima tarikan zipnya.

Lebih sadis aku takut untuk mengenakan baju kebaya kerana khuatir dengan pandangan yang sudi memandang. Bukan sudi pandang wajahku sebaliknya terfokus pada bahagian perut yang berisi. Bukan berisi baby tapi berisi Lemak!

Warghhh...ha....ha....
Gelak dalam tangisan

Aku memang tertekan kalau gemuk. Aku tak suka hadapi kenyataan aku makin gemuk. Ketika masih belum berkahwin, kalau berjalan berdua dengan kakak, orang akan tuding akulah kakak dan dia adik. Ciz! Dek kerana aku lebih gemuk dari dia okey. My kakak memang semulajadi slim. Dari anak dara hingga anak tiga. Kalau nampak gemuk pun naik kat bahagian perut je. Naik sikit kui3... Tapi disebabkan dia kurus dan aku mudah gemuk. Mudah gemuk, ulang lagi. Salah faham tentang status adik kakak ni memang dah jadi lumrah buat kami adik beradik. Walaupun aku tak berapa nak kisah sangat dengan salah faham orang lain. Tapi bengkek la jugak bila tengok muka tersengih-sengih kakak aku yang bangga dikata lebih muda dariku. Ciz lagi! Tapi bukan bermakna aku tulis begini sebab aku marah kakak aku. Sayang kakak aku tau.

Isunya di sini aku rasa canggung bila gemuk. Mengenakan pakaian pun rasa tak selesa. Aku berharap dengan harapan yang tinggi supaya masalah kegemukan ini akan hilang dengan sendirinya.

Yang jadi masalah, cara pemakanan yang salah. Ikut sempat je bila nak makan. Kadang-kadang makan yang berat-berat tak ingat-ingat. Lebih dahsyat aku tergila-gila pada chesse cake! Makanya buat apa aku nak komplen kan. Aku sendiri yang mengundang masalah kegemukan ini.

Hari ini aku masih dalam mode penafian.
Boohuuuu....
Tangisan kesedihan mewakili dua situasi.
Orang yang tahu saja memahami
T_________T'




13 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

i punya target nak pinggang saiz 28... misi blom berjaya lagi! adoii...

Wansteddy Tales said...

Mrs. K... sama dgn la kita. suka tgk pinggang kerempeng ala2 saloma. macam gitar. tp jenuh le berbengkung segala. xtahan peluh melata 1 badan huhu

Ain said...

alaaaa jangan la sedih2 wan....

naik sikit jer kan....

jom mulakan senaman... kalau ada tangga gunakan, jangan guna lift.....

skipping dalam rumah pun ok juga...janji terbakar lemak yang ada.....

kalau lemak tu ain leh mintak or transfer, dah lama ain suruh pindahkan ke sini.....

onniey84 said...

ted...mana gemuk pun..kena buktikan dgn gmbar..
oniey tengok okes jer.ted kan tinggi

i z z a said...

sy risau sy semakin kurus..target sy nk capai berat smpai 52kg..tp kn bl dh nmpk berisi mula la kembang situ sini..tu yg x best

Unknown said...

ohh!! ieda hari2 memikirkan nak kempis perut, tolong...kadang tension pon de, segala bagai dah cuba...aiyakk!

Suziey Ahmad said...

huhu..kita ni lagi la jauh nk capai target:D

Wansteddy Tales said...

Makk... kalau saya naik turun tangga bukan saja slim malah dtg pulak penyakit semput kui3... opis saya ting.10 ain. menangis tgk tingkat 10 nak panjat tangga kui3...

oniey... Ooow... pandai psiko ye. suruh upload pic. nk suruh ted tnjuk gmbo gemuk ini la tu kui3...

izza... ai beshnya org yg jenis melantak xreti2 nk naik berat bdn ni... senang hati nk makan apa je. huhu... hakak jugak xboleh dik. makan terlebih sikit naiknyer terbanyak!

ieda... tu le ieda. pelik tul masalah perut ni. senang sngt buncitnya nk kempis kemain payah. mmg jenis xsuka berbengkung hakak ni huhu...

suziey... sama dgn la saya suziey... fening2. nk diet tak tahan napsu makan. nak puasa kdg2 dh separuh jln 'ter'buka pulak ngahhahaa....

Unknown said...

kalau la ted gemuk..tak dapat bayangkan..dulu ko selim melim..perut pun tak nampak..skrg adalah ko kelihtan muncit sepertiku ted..oh tidakk

Qastalani® said...

sign up utk london weight management laa.. bole masuk tv sekali

Wansteddy Tales said...

hada... terutama tang perut ini. susah nk selindung tahap buncitnya kui3...

miss Q. saya ni klu perabih utk anak sanggup. tp utk diri sndri "ah... esok2 la..." alasan sekerap mungkin. sudahnya bila dh muncit gini bru tengadah. klu le ada cara hilangkan gemuk tanpa ongkos dan tanpa tolak makan minum dan tanpa perlu senaman.... wahahahaa.... usaha setitik tak nak tp kemaruk nk turunkn berat bdn ngahhahaha....

Bukan Bidadari said...

meh aku tgk gemuk ke tak?

aku pun tensen gak tang perut ne... dgn strechmark lagi....ermmm...tp wat tu do? wat x tau jer..hehehe

Wansteddy Tales said...

aih... kdg2 berhangan nk pinggang cm saloma. 24inci je gamaknya. tp tgk kat perut dia.... boncit jugak ngahahahaa...

dah kawen...beranak pulak... lomak2 pn bermaharajalela la huhu...