Nuffnang

Followers

Wednesday, February 17, 2010

Kisah seorang makcik yang kurang asham

Sebelum entry ini dihasilkan. Aku teringat-ingat perdebatan antara aku dengan my adik semalam. Kerana aku seorang yang jujur terlebih dan sedia berkongsi kisah ini. Dan kerana adikku pulak membangkang versi kesian pada si pelaku. Dan kerana aku jenis kakak yang degil. Makanya kami berdebat sekejap sama ada entry ini perlu atau tidak wujud.

Tetapi memandangkan adik aku pun ikut teremosi dengan sikap si pelaku. Aku andaikan adikku itu antara setuju dan tidak setujulah entry ini dihasilkan. Makanya ada sikap berbelah bahagi yang menyokong kakaknya ini sedikitkan. Aku pun hapa lagi... Balunnn....

Begini ceritanya. (HaH! Aku siap singsing lengan baju nak menaip ni tahu!) Semalam ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah cuti CNY, kami singgah ke Hentian RNR Tapah. Sememangnya Tapah ni antara tempat wajib singgah la untuk makan, solat dan rehat. Mengikut papan tanda yang menghalau kami secara halus dengan menulis "Hentian penuh, sila teruskan perjalanan anda" Begitulah sedikit lebih kurang ayat yang tertulis. Kami masuk jugak redah kawasan RNR tu. Alah... Taklah penuh sangat macam masa cuti Hari Raya. Masih dapat tempat parking tu kira tak sesaklah kan... ngahhahaa...

Berikutnya sesudah solat dan menukar lampin Damia. Kami carilah tempat lepak dan makan. Aku terus pilih Shalala restoren sebab dah biasa lepak makan di situ. Bagaimanapun jalan cerita tak bestnya bermula di sini. Sedang aku berkira-kira nak beratur aku ternampaklah seorang makcik dengan anaknya. Dari gaya ini makcik, beliau kelihatan sedang bengangkan sesuatu. Dan antara ayat-ayat yang terpacul dari mulutnya. "Lambatlah... slowlah.." Aku pun tak tahulah butir cerita sebab aku tak sudi pulak nak mengenal diri kepadanya dan sibuk2 bertanya apakah masalah makcik tersebut.

Sedang elok aku beratur dengan sopan santunnya di belakang sorang apek disamping anak @ cucu lelakinya. Tiba-tiba makcik tersebut datang dan menjengah-jengah kepala di sebelah apek tu. Mula-mula aku sangkakan makcik tu cuma nak masuk laluan ke tepi sebab kat belah kiri kaunter ada kedai Petronas. Tidak pulak makcik itu membelok ke kiri. Sebaliknya dia terus menerus meninjau-ninjau. Gayanya macam nak tengok senarai makanan di depan kaunter. Ketika ini aku terus diasaknya ke tepi. Sudahnya dia berdiri elok-elok depan aku!

Hello2... Tak reti beraturkah makcik? Adakah makcik tidak nampak diriku yang berbaju dan bertudung merah menyala ini? Adakah makcik mengandaikan aku seorang patung bernyawa yang boleh ditolak-tolak ke belakang? Dimanakah adab kesopanan seorang makcik? Mengapakah bertindak demikian? Tidak tahukah erti perkataan BERATUR?

Inilah soalan-soalan yang ingin diluah dek mulutku kepada beliau. Tapi dalam hati saja. Aku masih punya adab budi tak nak malukan orang tua. Padaku makcik ini bersikap kurang ajar.

Iye ku akui... memang ada adab berbudi bahasa, berilah laluan dan tempat duduk kepada orang yang lebih tua. Kalau makcik tu tak berat mulut mintak izin aku pun tak bengang hati memberi laluan secara paksa begitu. Kalaulah makcik itu hadiahkan sekelumit senyum paksa sekalipun tadkdelah aku sedekahkan makian dalam hati ni. Ini masam moncong je sepanjang masa. Gaya-gaya macam mak datin. Berlagak giler. Bengang betul hatiku.

Sudahlah tak reti beratur. Sebenarnya buat-buat tak reti beratur okey. Boleh lak asak-asak laluan aku pastu pup! dok depan aku. Seterusnya. Makcik ini tak habis2 kereknya. Ambil makanan dan duduk semeja dengan meja yang aku dan adikku pilih. Aku memang terpinga-pinga dengan situasi ini. Adakah makcik ini seorang yang kering hatinya?

Aku memang berasa bengang. Line aku kena cantas pastu meja aku pun nak kena kebas. Haiya... Banyak-banyak meja pilih meja kami pulak. Iyelah, memanglah ketika kejadian banyak meja orang dah duduk. Tapi ada je meja-meja kosong kat hujung-hujung restoren. Sungguh blur diriku.

Sudahnya kami makan di luar restoren. Mujurlah memang meja-meja disediakan di luar restoren. Dan mujur jugalah tidak hujan.

Jadinya korang rasa patut tak patut entry ini diwujudkan? Tak patut kerana si pelaku orang tua? Tapi patut kerana si pelaku seorang yang bersikap kurang adab?

Ayat-ayat skema ini diwujudkan kerana aku bengang, huh!

8 comments:

Unknown said...

uishh..sabo2, makcik tu memang nak kene!

Wansteddy Tales said...

sisa sabar inilah yg menjeruk rasa dr melontarkan kata-kata kurang sopan kepada itu makcik ieda. kalaukan diriku bermulut laser maunya kuberikan barang sedas dua kata2 makian sbg penghargaan atas sikap buruknya itu.

owh, skema lagi. kui3...

A N A K - A N A K K U said...

erm..mmg patut N3 nie wujud, wlpn makcik tue blum tentu baca, tp bgs sbb mengingatkan kita semua supaya bersikap berbudi bahasa....kalau y tua x hormat y muda, mcm mane org muda nk hormat org tua....

Wansteddy Tales said...

betul... walaupun motif memaparkan entry ini lebih kepada nk luahkan perasaan (yg bengang) tp pendek cerita mmg perlu kita paparkn kisah2 begini. xsemestinya pngkat dia lebih tua, lebih berpangkat tgi, berjawatan tgi langit boleh suka2 bersikap angkuh n kurang budi bahasa begini. kenangkn dia org tua je saya tak perli2. klu budak2 atau sebaya mmg kena tahan maki le hasil perlianku on d spot. kuang asam sngt sapa suh kan2...

onniey84 said...

hoh apo jenis mokcik niii

i z z a said...

kalu sy tkena mcm ni pn rse bengang jgk..tp nk tegur2 tkt lain jadinya pulak..sabo je la

Wansteddy Tales said...

oniey & izza... pd diriku la kalau iye pn nk potong laluan sedekahlah sedikit senyuman. lembut sikit hati ni dr rs nk marah2. dah sah2 salah dia pun dia nk potong2 Q.
hati baikku kata... Sabo....org tua..... kena hormat..... tapi hati bengkek ku kata, main sukati2 je. mmg xjga adab budi bahasa betul. aih...

Emmy said...

alah...tuliskan jer...