Nuffnang

Friday, February 5, 2010

VOTE for me pls..... DELL skin Lappy Contest

Akhirnya aku bergembira harini sebab hasil lukisan aku dah dipaparkan di dalam laman web Dell Design Studio. Tapi para peserta semua menunjukkan hasil yang sungguh gempak. Aku tak taruh harapan langsung untuk menang. Tapi aku taruh harapan kepada korang tolonglah Vote untuk aku ngahahahhaaa...

Vote pls... Untuk design-design yang berikut. Semuanya hasil kerja aku sepanjang harini. Sudi-sudikanlah korang jenguk website ini dan vote untuk aku selalu. Tapi perlukan sedikit je kerja dari korang:

1) Register simple syarat
2) activate acc tersebut melalui email korang
3) barulah boleh Vote Wan Hairulshifah Wan Zahari.

Antara hasil kerja tangan aku adalah seperti berikut. Aku tak pasti valid tak cara ni. Cuba klik gambar untuk direct ke link design tersebut. Kalau tak boleh korang terpaksa cari cara manual atau type nama designer Wan Hairulshifah Wan Zahari.

Macam kenal? Dolly Damia: aku jadikan sumber inspirasi :)

Family bunny ni aku design untuk rekabentuk poskad contest. Tapi tah kenapa poskad tu tak dipublishkan. Mungkin tak terpilih atau tak diterima oleh pihak penganjur? Jadi aku ambil template design poskad dan jadikan design DELL LAPPY SKIN. Macam menarik jugak ;P (kohkohkoh... angkat bakul!)

Inspirasi dari konsep Tahun Baru Cina
kerja opis: design header baru-baru ni.

Macam kenal lagi tak? Myself papercraft dalam bentuk lappy skin pulak. Tapi kali ni aku dah ubah template wajah. Kalau ikut muka aku soheh tak comey. Aku perhaluskan sikit riak wajah model aku tu. Baju je tak berbasuh (tak tukar design).

Yang ini hasil contengan ketika dalam meeting. Aku jadikan sketh design. Pemalas punya gaya. Ngahahaha....

Design batik. Sebenarnya bunya tu aku design suka-suka masa takde pape nak buat kat opis. Dah lama terperam dalam komputer. Bila aku geledah-geledah file lama nak buat isi kandungan design, jumpa pulak. Terfikir nak jadikannya rekabentuk ala-ala batik. Lukisan bunga ni inspirasi dari bunya raya. Tapi diabstrakkan XP

Juz simple design

Satu lagi hasil contengan ketika dalam bilik mesyuarat. Memang aku suka melukis dalam bilik meeting. dari aku tido, baik aku menyonteng. dan tak sangka ada gunanya untuk waktu-waktu kecemasan macam harini ngahahaha....

....................................XOXO....................................

Jasa baik kalian yang sudi klik Vote untuk aku, amat2lah aku hargai. Aku tak sure macam mana nak tahu siapa voter's. Nak kaji dulu kot leh tengok siapa yang pernah dan sudi Vote untuk aku. Kalau korang ada votekan untuk aku boleh tinggalkan jejak di sini? Nak tahu jugak siapa2 yang sudi, terima kasih.... Yippie!

11 comments:

kakyong said...

wans,
u buat design ni guna apa?

wansteddy said...

guna adobe illustrator k.yong. kecuali sketches design tu drag dlm adobe photosop je. kerja cepat+malas=kui3...

kakyong said...

wans,
asyik tak leh jer nak register kat Dell tu.. camno nak vote nih..

btw, design tu simple, tp warna tu.. really oriental....

wansteddy said...

myb stuck kat bhgn upload profile photo kot k.yong? klu yg tu abaikan je. trus klik reg then dia akan trus ke acc email mntk activate barulah boleh vote ngehehe... cam leceh pulak eks.

golden design tu ke? ye... theme chinese new year katakan kui3... idea tu dtg masa design header utk job ofis sempena CNY.

hati - ema said...

dah vote dah..bole vote sekali jer ek? aku vote semua design..kalau bole vote 100 kali... 100 kali aku vote.. hahaha

wansteddy said...

baiknya kawan aku sorang ni :) terima kasih banyak2 tau ema.

aku rasa satu acc satu vote je la ema. lebih malang aku xboleh vote diri sndri (kuang3) kalau tak sah2 aku la pemenang vote terbanyak! ngahahahhaa...

i z z a said...

sngguh comel la akak design..sy pulak yg jeles xleh design mcm akak..ekeke

wansteddy said...

akk sndri xpuas hati sbb buat dlm masa tergesa2. slalunya akk amik masa lama nk buat satu2 design smpi puas hati barulah publish. probnya kat rumah berukbeng ni mmg tahap nk kena baling ke dinding. tu psl melambatkan smngt akak nk siapkan full design. sbb tu curi2 design kt opis kui3...

Ain said...

kretipnya....

nanti ain tengok camne cara nak vote wan ok....

gud luck...

Ain said...

dah berjaya vote....

tapi leh vote satu jer...huhuhu...

wansteddy said...

thanx ain. jasamu kukenang XD