Nuffnang

Followers

Tuesday, March 2, 2010

Daddy Long Legs

Aku minat betul anime bertajuk Daddy Long Legs. Anime ni ditayangkan di TV1 atau TV2 sekitar hujung 90-an. Ketika tu aku rasa aku baru darjah 5 atau darjah 6.

Anime ni sangat menyentuh hati berkisarkan seorang gadis anak yatim piatu bernama Judy Abbott. Bercita-cita tinggi menjadi penulis berjaya. Banyak liku-liku yang ditempuhnya. Bagaimanapun dia sangat bernasip baik apabila kos belajarnya di tanggung sepenuhnya oleh seorang lelaki misteri yang berkaki panjang. Kerana tak pernah berkesempatan melihat wajah 'bapa angkat'nya itu. Judy hanya mampu menggelarkan 'bapa angkatnya sebagai "ayah kaki panjang".

Sedutan dari anime



http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/f/fb/JudieAnime.jpg


Anime ini berasal dari novel karya Jean Webster. Ditulis pada tahun 1912. Aku tak pernah baca cerita ini dalam bentuk novel. Kerana nak buat entry ini barulah aku tahu anime kegemaran aku tu sebenarnya diadabtasi dari novel english.


Populariti novel ini turut diadabtasi ke bentuk drama Korea. Aku sedang mencari link-link drama yang berkaitan dengan tajuk Daddy Long Legs. Memang dari sedikit sedutan saja dah tambat hati aku. Aku memang suka jugak drama Korea ni. Kalau buat adegan sedih ikut meleleh air mata hohoho.... Lagi pun aku suka dengar slang bahasa Korea ToT



Kalau korang nak baca kisah selanjutnya Daddy Long Legs versi manga boleh ushar kat 7-Eleven atau mana-mana kedai buku. Boleh surf gak kat laman web Gempakstarz. Terjual dalam 2unit. Prolog dan Epilog. Kisahnya menyayat hati. Harini sambil-sambil tunggu artwork save sempat aku melayan komik ni. huhu...

Tak puas baca versi manga sebab jalan ceritanya ringkas sangat. Kalau dilanjutkan kepada banyak jilid tentu aku sanggup kumpul semua. ngahahhaaa... Eh, kalau aku buat sendiri manga Daddy Long Legs stroke aku pe salahnya kan. hohoho.... berangan! Nak buat komik strip pun terhegeh-hegeh nak buat full komik konon. huhu....





Ketika aktif download manga dan anime dulu aku dah tahu manga dan anime ni dah ada linknya. Tapi sebabkan masa tu aku tak nak rosakkan mood aku tentang versi anime sebelum ni aku tak sudi pun nak download manganya. Sayanglah pulak. Anime aku tak dapat download dan kalau jumpa pun di kedai-kedai jual DVD anime ni aku tak dapat nak beli sebab sarikatanya berbahasa cina sahaja. Mungkin ada yang bersarikata english cuma aku je belum jumpa.

Tengok kat TV dulu senanglah nak faham sebab dah dialih bahasa ke bahasa melayu. Tapi cerita ini memang best sebab sampai sekarang pun aku masih boleh mengenang jalan ceritanya yang menyeronokkan!

____________________________

Korang nak tahu jugak ke spoiler? Nak tahu baca seterusnya. Kalau tak nak jangan baca yep T_T"



Hakikatnya watak utama (si gadis) sebenarnya salah sangka tentang 'ayah kaki panjang'nya. Hakikat sebenar kawan baik si gadis tu lah yang tanggung segala perbelanjaan belajar watak utama. Aku terpaksa katakan watak utama sebab mengikut novel dan anime nama watak utama tak sama dengan versi manga dan drama Korea.

Versi anime: Happy ending. Si gadis berkahwin dengan 'ayah kaki panjangnya'
Versi manga: Hero aka 'ayah kaki panjangnya' mati kerana sakit barah otak.
Versi Drama dan novel: aku tak tahu lagi ^_^"

9 comments:

i z z a said...

best yer cite tuh..peminat setia la nih yep

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

saya pon giler kat cite ni! series..
ponteng skolah agama petang2 sebab nak tgk cite ni..huuhu

Wansteddy Tales said...

izza...citer ni best! zmn akak kecik2 dlu fofular sngt. bnyk filem n manga diadaptasi dr cerita ni :)

mrs.K...sama la kita hohoho...sayangnya terlepas episod akhir. sy tahu ending pn dr internet je. klu2 la TV pasang citer ni mmg jd geng pacak TV la pasni hohoho

Bukan Bidadari said...

Kenape aku tak tau citer ne.. hahahaha....

Wansteddy Tales said...

ema... xsilap citer ni tayang waktu petang dlm kol 4-5petang. klu ko skolah petang mmg xjmpa la anime ni. sekitar awal ke th tahun 90-an. tp anime ni mmg besh. satu lg aku suka anime TomatoMan. ngahahaaa... tang lagu intro dia yang best tu!

Tomato tomato, tomato sama 2x
tom mato mato mato man!
tomatoman!

giler kelakar!

NzA said...

mmg best crite tu...

Wansteddy Tales said...

hehe... k.nza pn layan mmg fofular kan kak ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

wah...boleh carik ni....i mmg pencinta cerita korea dan jepun...best2

Anonymous said...

Sy pon minat. Masa tu skolah rendah. X puas tgok citer dia..berangan jd judy jap haha..