Nuffnang

Followers

Thursday, March 4, 2010

Sakitnya kepala.... tapi hepi jugak dapat hadiah

Harini aku tak dapat nak bukak entry blog baru. Pagi-paginya bolehlah jugak loading blog dan melepak2 dimana je sesuka hati. Tapi mood nak menulis harini menipis. Pagi bawak ke petang aku malas nak usik blog. Kuis-kuis gitu je. Tangguh punya tangguh akhirnya hajat nak menulis kesampaian jugak di awal pagi ni.

Aku sebenarnya masih dalam mode kurang sihat. Kalau dulu batuk teruk ditambah selsema tahap leleh sekarang dah kurang. Tapi rasa sakit kepala menjadi-jadi. Peninglah. Makin menghadap komputer makin menjadi-jadi. Aku tahu dah gejala berikutnya tentu-tentu pandangan aku kembali kabur macam haritu. Aku yakin gara-gara menghadap komputer sepanjang hari.

Langsung aku tak berani nak komplen kat en.hb. Nanti dia bagi banyak pesanan berulang-ulang kali. Jangan hadap komputer. Bawak berjalan. Minum air masak banyak-banyak dan pelbagai nasihat berguna lain yang aku tak suka sungguh nak ikut. Dasar degil! huhu...

Berita baiknya harini aku terima kiriman hadiah. Aku sangkakan dari teman blog sebab aku adalah menang beberapa giveaway blog. Rupa-rupanya kiriman dari ArtSquareGroup lagi! Kiriman kali ni agak besar dan isi kandungannya mengujakan aku. Esoklah aku cerita panjang lebar. Bagi saspen sikit huhu...

Kepala kian berat. Aku mengantuk. Kesan panadol dah makin menular. Tapi kesian nak tinggalkan en.hb jaga Damia sorang-sorang. Mek kecik ni tentu-tentu nak puas berjaga lagi semalaman. Haiiiii.......

4 comments:

NzA said...

betul wan...kena byk minum air masak skrg...panazzznya smpai ke tulang...cewah, sorg kakak dtg membebel lak...take care ok.

Wansteddy Tales said...

huhu cuaca skrg berubah2 kan k.nza. rumors kata cuaca waktu siang kita singkat per saat sebab gempa bumi haritu risaunya...

Unknown said...

amboi dapat hadiah ek, sure terubat sakit tu bila tengok hadiahkn? :D

i z z a said...

tu la kn..cuaca panas air kena minum byk..x thn jgk sakit kepala nih