Isnin hingga selasa aku akan ambil cuti. Jaga Damia sebab en.hb outstation. Dekat je tapi sebabkan takde driver nak hantar aku pergi kerja, kenalah ambil cuti jugak. Lagipun sepanjang minggu depan nanny Damia bercuti panjang sempena cuti sekolah ni.
Hurm... Agak tertekan jugak kenangkan pengasuh cuti panjang ni. Aku tak kenal mana-mana pengasuh alternatif untuk 3 hari nanti. Rancangan kami, isnin selasa aku ambil cuti manakala rabu hingga jumaat en.hb pulak ambil giliran jaga Damia penuh masa.
Alternatif lain mungkin nak letak Damia di taska. Jaga harian. Tapi kenangkan kami jenis balik lambat dari ofis, susah jugak. Mahunya kena bayar OT mahal nanti. Tapi yang itu aku tolak ansur lagi. Perkara paling rumit kenangkan bila Damia bercampur dengan budak-budak lain. Bukan kerana aku tak suka dia bergaul. Lagi aku suka dia dapat kawan baru. Damia pun memang jenis suka berkawan.
Masalahnya bila bercampur. Makan minum dorang tentu-tentu luar kawalan. Damia ni banyak sangat alahannya. Dari makan minum habuk dan segala. Risau aku kenangkan Damia mintak nak makan apa kawan dia makan. Baru-baru ni dia dah pandai nak makan jajan ayahnya. Punyalah kami sorok dalam almari makanan. Pandai pulak dia kobek-kobek almarinya dan jumpa! Lepas dah tau ada jajan dalam almari tu apa lagi. Pantang lepak-lepak sikit dia mintak lagi nak makan. Rimas aku. Memang aku tak nak langsung bagi Damia makan jajan-jajan ni. Dah le dia susah nak gosok gigi. Yang dirisaukan tentulah aku takut dia alah dengan jajan tu. Nasip baik takde pape. Tapi tetap aku tak suka dia makan jajan-jajan ni hurm...
Aku masih berhutang kerja dengan rakan blog Iem. Sorry sangat dear, aku terlalu sibuk dengan urusan rumah. Lagipun line internet ni susah nak upload gambar. Nantilah aku setelkan kat ofis. Nak upload satu gambar dalam email pun kemain lama beb, tension giler aku huhu...

8 comments:
tak pe,im tak kesahlah..
take your time..bkn nk urgent punn
2lh masalah bila kita kerja...kak nza pn pernah alami keadaan2 sebegini....skrg dh lepas cz sume ank dh besar2.....
Alahai kesian damia..myb tringin la bila tgk org mkn jajan tu.....
takpe lah..berkorban demi anak..
asalkan dia dpt yang terbaik kan, tu skrg ni, sayang sgt dgn cuti. kalau tak penting, mmg tak amik la cuti. nanti dh ada anak mesti lagi asyik nak cuti je kan
alahai tu yg payah tu...kita nie dah le mkn gaji..pengasuh senang2 je nak coti....dah kena korban kan cuti tahun yg cipot tu..
salam wan ... saya pon kalau ada pengasuh yg sanggup jaga ammar saya tinggalkan kat pengasuh je... mmg le kalau antar kat nursery kita xyah risau part cuti, tp masalah2 lain lak ... cthnyer cam anak2 yg x sihat, ada sesetengah parents yg x peka gi antar gak anak dorang yg x sehat tu ke nursery ... lagi satu pasal makan, btol wan kata, makan mmg x terjaga coz dorang kena jaga ramai budak ... selain dari tu pengaruh kwn2 kat nursery ... walaupon sume tu bdk2 kecik, tp ada gak yg kurang ajar kecik2 dah guna 4 letter words!!! ini berdasarkan pengalaman saya lah ...
bdk2 kn teringin sgt nk mkn ape yg kita mkn..
kawan2ku... aku teringin nk balas komen semua tp mek damia ni nyibuk je nk tekan2 kebot. huhu... nnt la free aku ls komen blk dgn lbh baik
thanx iem... harap2 dpt setel segera. kesian kat iem bnyk x cuba xberjaya lagi huhu... saya bkn expert masalahnya huhu...
k.nza... bergilir bercuti demi anak. ikutkn mmg nk simpan cuti bnyk nk guna sepnjang thn ni hurm...
dayu... samalah kita dayu. simpan cuti sebaiknya. dah jadi cm kes saya thn lepas saya serik nak perabih cuti nak rehat semata-mata. sanggup dtg kerja xsihat2 pn sbb xnak korbankan cuti huhu
k.yantz... tu le. aku nk komen cmne. dia pn manusia jugak. nak jugak berhibur dgn anak2. nk juga jmpa sedara mara di kampung. bersabar dan berkorban je la kitorg ni.
asz...betul tu asz. saya pn pernah ada pengalaman letak anak di taska. setiap hari kerja isnin ke jumaat anak sentiasa bawak balik sakit selsema, batuk dan demam. hari sabtu ahad sembuh. isnin ke jumaat dtg balik sakitnya. berjangkit dgn kawan2 taska. apa nak dikata? pengasuh xambil berat. main campur je budak sakit dan budak sihat. kita ibu bapa xnk panjang cerita, xnk dituduh cerewet tak tentu hala, tahan je hati hurm...
izza... tu la yg akak risaukan izza. menjadi2 pulak tu. xbg dia hentam nangis amuk la. bg kang nk hulur gosok gg pun payah. habis dah kuning giginya makan jajan :P
Post a Comment