Nuffnang

Monday, April 12, 2010

Abah Mak menunaikan Umrah

Gambar-gambar abah dan mak sekitar menunaikan umrah baru-baru ini. Banyak sangat nak share tapi disebabkan aku tak tahu nak letak caption yang sesuai, aku pilih mana yang mampu aku bagi kesimpulan sajalah. Memang tak ingat langsung cerita-cerita mak abah kat mana dorang melawat dan nama-nama tempat yang disebutkan. Seronok tengok muka mak abah. Walaupun jadual perjalanan panjang dan memenatkan tapi nampak happy-happy jugak. Kalau aku upload gambar abah dengan aksi spontannya lagi banyak buat gelak. Asyik buat kelakar je abah ni hohoho...
Acik terpaksa melayan karenah dua beradik Eisya dan Damia (sepupu) ni nak berdukung. Kalau ringan-ringan takpelah jugak. Ni sorang je dah berat sekampit beras. Dua orang? Bayangkanlah kenapa acik seta acu mereka ini tak pernah gemuk hohoho...
Mak abah baru nak berangkat ke tanah suci Mekah. Famili kakak dan kedua-dua adikku turut serta hantar abah mak. Kakak dah mula sayu-sayu. Anaknya si Afiq sibuk bertanya kat atok nak pergi mana. Kenapa pakai baju macam tu. blabla... Kalut dah atoknya nak jawab kenangkan dah agak lewat cheak in tu.

Gambar berikutnya tak ikut susunan ya. Aku tak tahu mana satu yang dulu sebab guna dua kamera. Masa ni kalau tak silap mak abah kat kilang buat kurma. Kat belakang tu bukti yang nyata, pokok kurma.
Gambar ni diambil ketika baru sampai di Mekah. Bertolak petang sampai di sana pun petang jugak. Terus tunaikan umrah. Aku yang tengok gambar Kaabah pun dah terasa syahdunya apa lagi mereka-mereka yang telah selamat jejakkan kaki menghadap Kaabah ni. Sayunya...
Tak pasti dimana. Tapi aku suka latar belakang gambar ni. Wajah abah pun nampak dramatik je dengan panorama luas terbentang ni.
Abah mak cakap kalau sesak, orang yang lalu lalang dah tak kira apa dah. Atas kepala orang tengah sujud pun redah je melangkah. Abah bawa masuk kamera secara sorok-sorok. Kalau polis dorang nampak memang kena rampaslah huhu...
Mak banyak kali cerita jugak tempat ni kat mana tempat tu kat mana. Arah pergi mana ada apa, tapi sebabkan banyak angat cerita dalam satu masa aku dah keliru nak kongsikan dalam entry ni.
Abah suka betul payung ni. Boleh bukak tutup katanya.
Kat kilang kurma. Kat sini kurma nabi pun ada. Macam-macam jenis kurma dijual. Dari segala spesis. Mahal tak mahal je.

Itu saja dapat kukongsikan dalam blog ni. Ikutkan banyak lagi aku nak tayang. Seronoknya dapat tunaikan Umrah. Lagi seronok kalau dapat tunaikan haji. Harap-harap dapatlah seruan dariNYA menjemput aku ke Mekah tunaikan Umrah dan Haji, Insya'allah...

4 comments:

hati - ema said...

pemandangan yg indah... bile la nak sampai sane ek? teringat citer nur kasih plak...

Sari said...

tgok gmbar pun dah tau best..moga ader rezki utk ke sana..mkn hati tau (jeles sebenornya)dgor hasben ksari citer psl umrah ni..

Wansteddy Tales said...

ema... insya'allah ada rezeki kita diseru pulak ke sana. hari2 doalah dgn penuh kusyuk gitu pesan makku. insya'allah Allah makbulkan doa kita mengahdap Kaabah secara semuka

Wansteddy Tales said...

k.sari... bestkan dgr citer org. nak2 tgk org yg kita kenali dlm gmbr. b4 ni tgk org lain je cm xrasa pape. tp ble tgk org yg dikenali pergi sendiri ke Mekah rs syahdu tu lain macam skit. bagai mengamit kita pn ke sana :)