Nuffnang

Followers

Tuesday, April 27, 2010

Menang Contest MPH


Ahad lalu kami sekeluarga ke 1Utama untuk hadiri majlis penyampaian hadiah sempena pertandingan melukis poster MPH. Ikutkan panggilan telifon dan email yang diberi padaku, waktu penyampaian hadiah dilakukan pada pukul 2 petang. Entah macam mana elok saja kami sampai sekitar jam 2 petang tu, aku tengok semua kerusi dah sedia diangkat. Nasip baiklah sempat berjumpa dengan penganjur pertandingan yang sedang sibuk mengemas barang-barang untuk berangkat balik.

En. hb tegur Cik Puan tersebut dan katanya "Finish already" huhu.... Rupa-rupanya majlis tu dilakukan lebih awal dari yang dijadualkan. Bagaimanapun aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya dapat jugak ambil hadiah pada haritu dan sempatlah bergambar dengan wakilnya.
Petikan dari laman web:

"MPH Bookstores recently celebrated World Book Day with a host of events held together with The Embassy of Spain, Instituto Cervantes & Dewan Bahasa dan Pustaka. One of the event was a drawing competition themed The Value of Cultural Diversity. It was tough decision for the judges in selecting the winners and the prize giving ceremony was held last Sunday at MPH 1Utama."

Alhamdulillah dapat 6 keping voucher bernilai RM50. Sungguh gembira! Dan aku sampai tak tergamak nak guna voucher ni. Rasa nak simpan je buat kenangan sebab suka sangat dengan rekabentuknya yang superb!

Antara hadiah yang diterima dari MPH serta Dewan Bahasa Dan Pustaka. Terima kasih banyak-banyak kepada semua penaja. Aku sangat suka dengan semua hadiah-hadiah ini.


Kredit gambar dari laman web: muka aku takde dalam gambar ni sebab aku terlewat nak sertai majlis ni huu.... Ikutkan jadual pukul 2petang. Tapi rupa-rupanya dimulakan lebih awal. Takde rezeki muka masuk laman web orang huhu....

Muka masuk blog sendiri jadilah... Dapat jugak aku bergambar dengan wakil penaja. Cik Puan ni memang sporting. Sibuk-sibuk dia berkemas pun sempat lagi melayan permintaan en.hb mintak kami bergambar. Terharu2...Antara poster-poster yang termasuk dalam kategori pemenang tahun ini. Setiap kategori diwakili oleh dua pemenang. Inilah pertama kali masuk contest ini, dan syukur sangat-sangat lekat hadiah tempat kedua. Jadilah. Siapa nak bagi voucher free kan. hehe....

Poster hasil tanganku.

12 comments:

Bukan Bidadari said...

wah..tahniah..mmg tangan berseni.. hahahaha....

tangan aku ni langsung x de seni.. hehehe

onie said...

kreatip sungguh kawan aku niii...tahniah ted..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

cantik, mantop dan kreatip sungguh la hasil kerja awak ni.. kagum i tau! huhu

@e_da said...

wow tahiniah... kreative idea.. mmg leh menang..

QuEeN Of 2 Heroes said...

tahniah kak!
memang cantik poster tu...
sy ni org lidi pandai la lukis..hehe :p

alinalan said...

wah cantik2... mmg kreatip laaa. layak memang. tahniah

Wansteddy Tales said...

ema... tiap org ada seninya ema. aku ni part lukis insya'allah blh la sket2 tp kalau kraf2 mmg tgnku keras huhu

Wansteddy Tales said...

mrs. K... trimas. masih bnyk nk kena tingkatkan skill :)

Wansteddy Tales said...

oniey... trimas oniey. segan sayer hohoho

Wansteddy Tales said...

@e_da.. trimas e_da. alhamdulillah rezeki bulan ni :)

Wansteddy Tales said...

nadia... trimas nadia, akk dulu pun belajar lukis guna orang lidi jugak hehe

Wansteddy Tales said...

momma Mia... trimas. itu pun rasa kurang yakin menang sebab rasanya banyak nak kena perbetulkan lagi :)