Nuffnang

Monday, April 5, 2010

Tarikh tutup Wansteddy Giveaway

Aci ye aku tutup Wansteddy Giveaway pada 25hb (ahad) tepat jam 11.59malam. Jadi aku bolehlah mintak tolong my pingcess cabut undi. Tu pun kalau dia bagi kerjasama. Kalau tidak aku cabut undi sendiri. 26hb (isnin) aku boleh umum nama pemenang dengan gembiranya. Tapi kalau ada perubahan jadual akan aku segerakan bagitahu sekian-sekian.

Dah beli satu daripada hadiah yang dirancang nak bagi. Tengah ura-ura merancang bilangan hadiah keseluruhan. Sangka aku takde sambutan sangat macam Surprise conway (contest+giveaway) dulu. Tapi tengok kali ni memang mengejutkan aku. Jadinya aku tak berani nak janji bagi hadiah kepada semua peserta. Mungkin aku akan bataskan kepada bilangan tertentu saja. Siapalah yang bertuah akan menerima hadiah misteri tu ye. Aku pun teruja ni hohoho....

Memang awalnya aku rancang nak tutup giveaway ni awal. Mungkin cuma buka sampai seminggu je. Tapi aku tak tahu lagi nak tambah hadiah apa lagi selain hadiah utama tu. Jadinya aku lanjutkan sampai hujung bulan. Bolehlah aku fikir baik-baik apa yang sesuai dijadikan hadiah untuk peserta bertuah nanti. Berangan diriku.

Sekali lagi, ucapan kepada semua peserta yang sudi menyertai giveaway anjuranku ini SEMOGA BERTUAH :)

4 comments:

chugie said...

wah.. baiknye hati awak siap tambah2 hadiah lagi.. emm.. bagus gak panjangkn waktu join tu, mesti ramai lg yg akan join nanti..

ibu_Arifa said...

tambah lagi hadiah tu..untung2 ada lah peluang dapat hadiah tu.. hihihi

Sari said...

ksari dah joinkan..semoga bertuah utk diri sndiri..ehemehem

Wansteddy Tales said...

chugie... dlm kepala dh rancang beberapa item. tp xpasti lg jadi beli tak. risau xde stok je huhu

ibu arifa... insya'allah ;)

k.sari... yep. nama akak dah tersenarai :)