Nuffnang

Tuesday, April 6, 2010

Sambut mak abah dari KLIA

Harini pergi ke KLIA. Jemput mak abah yang baru tiba dari menunaikan Umrah. Alhamdulillah... perjalanan mak abah lancar dan segala urusan mereka disana dipermudahkan. Senang hati dapat tatap semula wajah mak abah.
Perubahan ketara kat mak. Nampak sangat dah susut badannya. Mungkin penat mengerjakan ibadat. Katanya cuaca di sana memang panas. Mungkin antara punca kenapa berat badannya turun. Tapi seronok pulak tengok perubahan mak yang terkini. Camni kena selalu-selalu ke Mekah la ye mak. Cepat-cepat boleh kurus. hohoho...
Yang turut sambut mak abah tentunya my pingcess Damia. Sepanjang perjalanan nak ke KLIA puas pujuk. Asyik merajuk je tak senang hatinya. Mungkin tak cukup tidur. Tapi dah jumpa atok dan opahnya kemain lagi lupa kat aku ni. Siap melawat keliling ruang KLIA macamlah itu rumah mak bapaknya hohoho...
Aku baru tiba di ofis semula ni. Semua warga ofis dah balik, aku pulak baru sampai. Hapa la... Yang penting dapat selesaikan beberapa kerja dulu. Sambung kerja jap.

5 comments:

chugie said...

alhamdulillah, dh selamat sampai malaysia ye..

kakpah said...

salam wan, pergi mekah sekali mesti nak pergi berkali-kali. Ia bagai satu magnet gergasi dunia.
Seronok mak dan abah tu....

Wansteddy Tales said...

chugie... lega hati dpt tgk dorang lagi.

k.pah... betul tu. mak xhenti2 cerita kisah-kisah kat mekah. smpi nak tido pn terngiang-ngiang suara dia bercerita haha...

nza said...

Alhamdulillah, semuanya selamat....legakn bila mak n ayah slamat tiba...

Wansteddy Tales said...

k.nza... alhamdulillah... senang hati. nak best ble tgk dorg happy2 je.