Wu wu wuuu.. aku tahu selepas entry ini diwujudkan ada je kes hamun kat belakang, huhu... Aku tak dapat maklumkan nama-nama pemenang harini. Bila disebut nama-nama, maknanya ada lebih dari seorang pemenang. Bilangan tetapnya masih dalam perhitungan, sebab aku belum beli hadiah!!!
Itulah puncanya kenapa aku terpaksa tangguhkan umum nama pemenang Wansteddy Giveaway. Aku boleh je maklumkan harini. Tapi tentu tak best bila tak paparkan sekali hadiahnya kan. Kepada semua peserta Giveaway ini... anda boleh sabar menunggu? Aku akan cuba umumkan sesegera mungkin. Kalau dapat esok! Insya'allah.... Rancangnya petang ini akan aku tuju ke tempat pembelian hadiah tersebut. Rancangan ini harap-harap berjalan lancar.
Aku dapat kerja urgent pulak tu. Esok nak kena publish artwork. Sudahnya gegel-gegel badan aku kenangkan janji-janji aku pada korang ni. Tak baik sungguh mungkir janji... Uh uh uh... Aku harap korang semua, peserta giveaway ini khususnya dapat memahami dilema yang sedang kulalui. Serius aku tak duga masalah camni.
Jenis aku kalau dah sampai tarikh tutup. Terus maklumkan nama pemenang. Sesegera mungkin poskan semua hadiah-hadiah. Masalahnya giveaway kali ni aku jenis meleka sangat. Tak sempat nak beli hadiah lebih awal. Sudahnya inilah yang terjadi. Maaf, maaf, maaf... Janganlah korang ambil hati semuanya ya, ya?
Dari hatiku yang tulus ikhlas... mintak maaf sangat-sangat. Bagi masa aku kumpul hadiah dulu. Dah setel masalah tersebut barulah aku publish hadiah dan nama pemenang dalam blog! Insya'allah...
4 comments:
xper wan, jgn ribut2..anyway tahniah menang giveaway lagi...
takpe..takpe...take ur time...jangan duk kalut aiihhh... =)
k.sari... trimas kak. ai sungguh penat rini. berjalan sakan cari gift wakakkaa
yanaNuar... huhu.... trimas kerna memahani yana.
Post a Comment