Mood nak join giveaway agak terbatas. Aku malas. Aku nak setelkan kerja-kerja dalam senarai tugas dulu, barulah fikirkan pasal giveaway dalam blog-blog semuanya. Kan aku dah kata dulu. Mood bercontest aku ni ada musim. Datang musim menggila, semua jenis contest giveaway aku pulun. Datang mood suram macam sekarang, sepi segalanya.
Semacam abaikan pulak Wansteddy Giveaway tu. Tak termasuk Wansteddy Studio. Aku malas betul nak uruskan banyak benda dalam satu masa. Nak-nak dalam kerja selambak dalam kepala nak diuruskan ni. Alasan mengapa blog-blog ini kian diabaikan hahaha....
Kepada yang masih belum menyertai giveaway anjuranku, jemput-jemputlah sertainya. Masih belum terlambat. 25hb nanti barulah tamat giveaway tersebut. Aku tengok je komen-komen yang diberikan dibawah entry giveaway tu tanpa kesempatan membalas satu persatu.
Disebabkan ada komen yang hampir-hampir sama, rasa tak best pulak membalas komen dengan ayat yang sama. Nak jaga hati peserta la jugak kan. Sudahnya aku pukul sama rata. Okey kan je lah semuanya. Kali ni aku rasa sungguh tenang hati. Maafkan tatabahasaku yang sungguh tak skema ini. Aku tak payah masuk satu persatu ke blog peserta giveaway. Macam giveaway dan contest yang aku buat dulu-dulu. Kadang-kadang sampai tersasar beberapa nama blogger untuk dikunjungi. Al-maklum kadang-kadang ada-ada je blogger yang tertukar link entry. Sudahnya tergagau-gagau aku mencari blog peserta berkenaan. Mujurlah setiap penyertaan takde masalah.
Kali ni aku rasa lebih senang hati. Confirm aku boleh detect pemenang hanya dengan alamat email je. Habis cerita. Lagipun aku cuba letakkan diri di tempat peserta contest/giveaway, nak masuk giveaway yang senang-senang je. Yang tak payah limpahkan keringat. Sudahnya rancangan ini agak berjaya. Alhamdulillah... kali ni ramai peserta yang sudi join giveaway cara ini.
Aku sendiri tak terduga dengan sambutan para peserta tak kiralah rakan blogger mahupun yang bukan blogger. Pada kalian, terima kasih banyak-banyak atas sambutan giveaway yang korang sudi sertai. Hakak amat-amat terharuuuu.... uhuhu....
Hadiahnya masih dalam perancangan. Aku sedang listkan beberapa jenis item yang aku rasakan sesuai diberikan kepada pemenang bertuah. Tengokkan senarai semuanya macam best. Macam nak bagi semuanya kepada pemenang. Lain pemenang lain barang. Tapi kenangkan kena jaga kos jugak, terpaksalah beberapa item kegemaran aku digugurkan dari senarai hadiah yang ingin diberi. Bagaimanapun kepada semua peserta jangan risau. Gambar hadiahnya akan segera aku tempek dalam blog ini sesudah semuanya sedia terkumpul. Dan seperti yang kujanjikan dulu, Nama pemenang akan diumumkan pada hari Isnin depan, insya'allah.
Aku sangat teruja untuk umumkan nama pemenang bertuah heheh...
8 comments:
saya setuju..kalau dah menggila contest tu, satu malam saya wat entry contest je 2 3 kali..kalau dah malas tu senyap je..hehe
dbalkis... betul3... kita sngt serupa. kdg2 niat nk join tu berkobar2 tp kenangkan mood takde yg bataskan niat tu huhu
betul3...saya pun mcm tu jugak.. skrg ni mood untuk kontes-mengkontest tgh mood suram2..hehe..
bunga... bestnya nama awak :) mood suram ini agak berlanjutan. sayang pulak tercicir bnyk giveaway contest dgn hadiah lumayan huhu
siapalah yg bertuah tu yer..saya ker? hihihi
ibu arifa... insya'allah. klu boleh nk bg semua hadiah tp bil peserta menyeramkan nk janji camtu huhu
Wan, pakai Mr.Random ke? wah,..harap penyertaan diterima ni.
nia... saya sndiri xtau lagi nk cuba cara apa pilih pemenang ni huhu
Post a Comment