Nuffnang

Followers

Monday, May 17, 2010

Ada jugak sikap pemandu yang pelik

Aku sekarang jenis berperang waktu nak ke tempat kerja. Segalanya mesti cepat sebab nak kejar waktu punch kad. Aku tak nak warna kad berubah-ubah. Bukan cantik pun walaupun kad kita berseni dengan warna-warni pelangi, heh.

Justeru, masalah yang teruk untuk dihadapi ialah kesesakan lalu lintas. Bila dah jem, segala jenis kata-kata 'manis' keluar. Terpaksa mengejar lampu hijau sebab laluan ke tempat kerja kena lalu banyak lampu trafik. Yang menyampahnya laluan yang tak penting pun terpacak jugak lampu trafik. Kalau kukata tak penting, maknanya bukan laluan utama ke tempat kerja. Tak pun laluan yang jarang-jarang diperlukan oleh kenderaan.

Kalau dah merah tu bukan sekejap-sekejap. Maunya makan masa banyak minit masa melongo tunggu lampu hijau. Benci aku!
__________________

Hari ini seperti hari-hari sebelumnya, terpaksa meredah belasan lampu trafik yang hampeh itu. Tapi yang buat aku marah bukan lagi lampu-lampu trafik terlampau ini, sebaliknya sikap pemandu di Malaysia. Gasaklah lelaki ke perempuan. Kalau dah takde etika memandu memang buruk laku la.

Yang lelaki sibuk bercakap dengan telifon di tangan. Sebelah nak pegang stereng sebelah lagi terhegeh-hegeh kepit telifon. Sudahnya memandu pun lembab, siap terkehel kiri kanan bagi orang pening dengan gaya pemanduannya. Tolak tepilah yang jenis malas gile bagi signal tu. Malas dah nak komplen pasal ni. Kalau dah sikap tu takde adab bagi la sejuta komplen pun, tak masuk kepala jugak.

Yang perempuan pun sama haru. Jangan kerana awak seorang, para lelaki pakat dok kutuk pemandu wanita di malaysia ini memang pemandu yang lembab! Bayangkan bila kita nak cepat perempuan di depan sengaja terhegeh-hegeh memandu.
Paling tak wajar aku tengok dia bukan serius memandu tau. Siap pintal-pintal rambut ala-ala nak mengorat lelaki. Ah, tolonglah.... bukan dalam kereta kamu perlu buat perangai macam ni. Tolak ansurlah pada pemandu lain. Kalau kamu nak meronda-ronda makan angin sambil pandu kereta silalah ke taman Tasik Titiwangasa, tempat yang aku syorkan itu sungguh nyaman udara dan boleh lah ko kibar-kibarkan rambut keluar tingkap. Pastu ko nak pintal-pintal rambut sampai putus urat rambut pun takde orang kisah nak marah-marah.
Tengah orang berperang dengan jem inilah kamu nak buat aksi gedik. Haih... geli geleman aku tengok! Rasa nak sondol je belakang kereta tu. kalau dia tanya kenapa sengaja sondol aku nak jawap "sebab kau menyampah tengok aksi kamu!" hahahaa..... gelak geram.
Perempuan suka komplen, lelaki suka komplen kita, walhal lelaki pun sama teruk jugak. Masalahnya sikap tahu? sikap! Kerana kamu sorang je para lelaki tuduh semua perempuan. Tak nak sedar diri lagi? Gasaklah kamu... Harap-harap lepas ni kamu kena sondol dengan kereta barulah kamu sedar kot tabiat pintal-pintal rambut mengedik itu tidak wajar dilakukan di dalam kereta, apatah lagi di kala jem teruk!
Mujurlah naik ke ofis tadi sempat ketik kad ikut waktu kedatangan aku. Kalau lambat seminit pun, aku dah rancang sekurang-kurangnya lima entry karangan aku taip, khas tengang kisah perempuan pintal rambut ni gamaknya, heh.

No comments: