Nuffnang

Followers

Tuesday, May 4, 2010

Adnan sempit dan kenanganku nan lalu

Sedangkan orang lain dah beralih tonton filem demi filem. Aku baru layan filen Adnan Sempit malam tadi. Filem ini dikatakan mahsyur dan bertahap boxoffice. Tahniah kepada seluruh warga produksi yang terlibat dengan filem kelakar ni.

Aku layan citer ni pun selepas berkali-kali niat nak beli DVDnya tapi tak beli-beli. Sudahnya jumaat lepas barulah tertunai hajat beli DVD tersebut. Itu pun baru malam tadi aku tonton gara-gara DVDnya hilang tah kemana dimainkan dek anak aku mek Damia tu. Kerana malam tadi HBO pun tayang filem boring, bersungguh aku cari jugak DVD Adnan Sempit ni. Jumpa-jumpa dok menyorok dalam sarung DVD lain. Apa kes la anak dara aku sorang nih huhu...

Aku bukanlah tak suka tengok filem melayu. Tapi jarang-jarang berpeluang tengok filem melayu di pawagam. Seingat aku filem melayu yang berkesempatan aku tonton dulu Maria Mariana dan Pontianak Harum Sundal Malam II. Tu aje. Bukan kerana aku kerek eh. Sesetengah pendapat bila tahu spesis manusia sepertiku yang tak layan filem melayu mulalah bagi spekulasi bahawasanya aku ini perempuan yang berlagak. BI aku pun meraban ke tasik jugak Melah... Makanya aku tidak berlagak pandai pun bila aku kata lebih suka tengok citer omputeh heheh!

Rahsianya aku suka filem animasi.
Titik.

Tapi filem Adnan sempit ni memang masuk kepala jugaklah. Walaupun ada gak sosek-sosek komplen cerita ni tipikal filem melayu la... boring la... Tapi aku rasa okey apa. Nak-nak bila tengok mula selambaland Shaheizy Sam yang macam tak ada perasaan tu hahaha... Paling best adegan iklan selingan lakonan Angah Raja lawak. Ngam-ngam je lagu karaoke pilihan dia dengan situasi orang keliling dia. Memang spoiler betul! hahaha...

Filem ni buat aku ketawa dan mengimbas kenangan lalu. Nak-nak di awal cerita ketika Adnan nak pergi kerja tertekan lebih minyak. Motor ke depan orangnya tercicir ke belakang! Itulah pengalaman aku dulu. Percaya atau tidak aku pun pernah buat stunt weeley! heheh! Tiada gambar rujukan mahupun paparan bukti menyatakan kebenaran fakta tersebut.

Hakikatnya aku pernah bergelar stuntgirl tanpa disengajakan huhu... Sampai sekarang takde seorang umat pun dalam keluargaku yang tahu aksi rempit aku ketika itu. Kerana ini perkara bertahun yang lalu aku rasa abah dah tak kisah. Motor tu pun dah takde. Hehe... Ketika kejadian, mujurlah motor abah takde masalah. Elok je berjalan. Hati aku berdebar gak kalau-kalau abah perasan motornya ada problem susah nak ajalan ke, kemik ke hehehe... Mintak maaf banyak-banyak abah. Tulus dari hati nurani ini hehe...

Soheh abah tak percaya motornya itu pernah beraksi dalam adegan stunt hebat. Nak-nak yang lakukannya anak dara beliau sendiri! wohohoho....

Adnan Sempit buat kejutan raih RM4.1 juta

Kesimpulannya tak rugi duit aku laburkan beli DVD Adnan Sempit tu. Bikin hiburan di kala tayangan kat TV semua macam hampeh! Boring-boring layan DVD bagus jugak.

Harap-harap lepas ni dapat tengok muka comel Shaheizy Sam berlakon ala-ala selenga lagi hohoho....

4 comments:

sarah shafie said...

suka adnan sempit ni..hehe..sam mmg besh la..terbayek..

nurKN @ Nur said...

sgt suke dgn cite adnan smpit ni tp biase la..cite agk cliche..pepun nk lyn movie ringan2 wt release tnsen ok la..

n.b:still trse tensen tiap kli tgok cite the da vinci code..penin2 lalat Nur jdiknye..

Wansteddy Tales said...

sarah... ehe! suka tgk muka cute sam tu. ayo! tau dek my hb sure dia komplen2 hahaha

Wansteddy Tales said...

nur... kalau layan movie berat kena ikut mood. maunya bertambh tensen jadinya bila xsiapkan mental layan heavy movie hahaha.