Nuffnang

Tuesday, May 18, 2010

Artwork ongoing

Aku upload gambar-gambar ongoing lah dulu. Semua gambar ni dalam proses untuk ingking dan pindah ke dalam komputer. Kendian apa nak jadi, tak tahu lagi. Tapi beberapa gambar sudah dipilih untuk dimuatkan dalam beberapa item. Masih mengah nak teruskan aktiviti ni. Aku asyik rasa tak cukup-cukup masa je.
Kawan-kawan ofis pulak jenis nak makan jauh-jauh kena berjalan. Sudahnya aku lebih rela ikat perut haha... gasaklah. Mood tengah ada, baik aku gigihkan berusaha. Kalau dah berhenti separuh jalan ni karang ada yang terus tercicir tak sentuh-sentuh dah. Aku memang camni. Suka bertangguh. haih...
Projek mega! Apakah? Tunggu.... Tapi idea my otai aka a.erol aka momokz (sila lawati blog beliau) sangat berguna. Mungkin akan aku upgrade sketch ni bikin aku punya kopirait!

Karektor babymaid ni dah lama aku bikin. Punya la lama pikir camne nak ingking bagi kemas sampai bertangguh terus kerja tu. Suatu hari aku tengok Damia sedap-sedap bikin grafiti atas sketch book aku ini. Dan walla! Inilah hasilnya. Maka lepas itu terdengarlah jeritan mak tarzan sekitar kejirananku. wuwuwu... punyalah aku sayang sketch ini.

Sketch suka-suka. Takde perancangan lagi dengan dolly ini. Tapi Damia suka karektor aku mata bulat-bulat gini. Suka dia main cucuk-cucuk mata. Adei!
Aku jenis perempuan yang tak suka gubah bunga. Hatta demi lukisan sekalipun. Kecuali andai aku teringin sangat melukis bunga seperti yang ini (atau ada contest memerlukan aku melukis bunga) kohkohkoh... Terbatuk pulak. Ketika ini aku kepingin amat melukis bunga. Kenapakah?

Kadang-kadang seksi pose sikit tak kisah kan ><
Jangan risau, model aku semua jenis berbaju.

Aku bikin masa tengah meeting! Direct inking takde pensil drawing kali ni aku conteng-conteng je tanpa matlamat. Apa pen aku nak bentuk, aku follow je. Pastu rasa cam best aku gubah-gubah lagi sampai separuh kertas penuh.

Kelos ap!
Berbahasa baku, aku... heh

Aku sukakan fesyen Victorian. Imej perempuan ni adalah sket ciri-ciri tersebut. Tapi bila dah lakar-lakar aku rasa macam nak ubah bajunya jadi kebaya pulak, takde matlamat langsung!

Lakaran kasar.
Perempuan ni belum dirancang nak dibuat apa, heh.
Ada idea?

Sebenarnya banyak lagi nak upload. Tapi entah kenapa lembab betul server harini. Nak upload gambar-gambar ni je dah makan banyak masa penting aku huhu... Macamana pun aku tak nak hentikan semangat berkraf ini. Berusaha! Jerit aku pada diri sendiri hohoho....
Mereng dah aku ni
(sambil geleng-geleng kepala sendiri)

14 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

geramnyaa..rasa nak geget2 lukisan tu..

Wansteddy Tales said...

elissmie ~ termalu saye ^^ trimas :)

seri said...

kreatipnya kawan aku ni.......cantik2 lukisan tu

Momokz said...

Yg ikon-ikon tu best! Pinjam kejap boleh?

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

wah wan ukis sendiri ker...pandai nyer...memamng tangan seni ni...cantik giler2 babas punyer...leh la wat untuk kiter punyer sekali

wan hairunizam @ cob acong said...

emmm..karektor babymaid cute sangat..tgk terus teringat kat azra..abg nak arr gambar tu..

mummy_ayu said...

cantik la lukisan tu...terror gak wan nie...

yg Damia tlg tambah tu pun 'cantik'..geram aje..takpe leh lukis lain kan..
apapun serius cantiks la dear..
i like!!

Wansteddy Tales said...

seri aka oniey ~ trimas ^^

Wansteddy Tales said...

momoz aka a.erol ~ nak watpe? hahak... a.erol lg power sketching! ikon tu klu wat kad okey tak? hahak..

Wansteddy Tales said...

anje ~ baru nk start up enjin melukis balik. saya nk giat usaha neh hehe

Wansteddy Tales said...

abang ~ hahaha... mek azra montel tu tentu2 makin montel skrg. nnt auntie email kartun azra. tp kena repair balik la kartun hasil contengan mek damia tu huhu

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ trimas ^^ saya dah lama xpegang pensil. asyik lupa skill melukis. sebelum ni selalu lukis direct dalam komputer je hehe

kakyong said...

wans,
u memang tgn berseni.. kena lebih giat menggilap... jgn sesiakan bakat yg ade,,,

kalo kakyong takat org lidi boleh la...

Wansteddy Tales said...

k.yong ~ trimas ><

terharu dgn kata2 tersebut ^^

selalunya minat ni cepat sngt suram tgh jalan. tu yg malas2 pn masih usahakan melukis ni hehe