Nuffnang

Thursday, May 13, 2010

Bila berlaku salah faham

Mulalah berfikir yang bukan-bukan. Negatif je jadinya akal fikiran. Mula rasa tak seronok bekerja, rasa tak gembira nak bergaul. Sudahnya layan je kepala yang sarat dengan pemikiran-pemikiran negatif ini.
Aku tak dapat nak rungkaikan salah faham ini. Tak dapat kenal pasti punca, jadinya aku tak tahu ini suatu salah faham atau memang disengajakan? Kalau benar salah faham, wajar ke bertanya pada empunya diri atau ambil jalan mudah, diamkan diri sepanjang masa? Aku sebenarnya tak nak keruhkan lagi keadaan. Tapi kerisauan jugak andai ada anasir-anasir tak diingini yang menambah kekeruhan ini.
Aku rasa jalan terbaik biarlah aku sendiri dulu. Ambil ketenangan hati je. Kalau aku melulu aku takut kabut itu menderu. Tapi dalam masa yang sama, kalau aku biarkan ada-ada je kabut lain yang merangkak tambah mendungkan hari... hurm....
Keliru... keliru...

5 comments:

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

ape kata saling bermaafan...so leh sattle masalah...salah faham dengan kawan kat opis ker???

A N A K - A N A K K U said...

erm..kalau sypun sy akan diamkan diri jer, angin² y dtg menambah keributan tue mmg akan ada...biasalah amik kesempatan...tp bila perasaan dah cool, dah leh handle masalah tue, baru pergi face dgn empunya diri..senang skit, kaalu dia melenting atleast kita sendiri dah tenang & sabar, tp kalau dlm keadaan diri x menetu tkt angin sepoi² jadi ribut puting beliung....hlg penyelesaian tmbh lak permasalahaan

Wansteddy Tales said...

yg musykil tu xtau apa punca pn. nk mntk maaf pn xtau siapa yg wat slh kat siapa. hurm... mcm xde pape dijadikan apa2 gitu le

ieda said...

lebih baik bersemuka dgn yg berkenaan..sembang & tanya elok2.insyaAllah selesai masalah.tak elok simpan rasa was2 dlm hati.

kakpah said...

kalau berlaku macamni mulalah apa dibuat semua tak kena. kepala ligat asek mikirkan mana silapnya. Eloknya, bertanya secara baik mana salah kita. Bercakap adakalanya lebih baik daripada terus mendiamkan diri...