Nuffnang

Followers

Monday, May 24, 2010

Kisahnya ~ Apa yang bikin aku kelam kelibut sangat siang tadi

Email urgent tadi aku terima dari Ena aka mama aqif. Dah lama email tu tersimpan dan aku dah bukak pun tapi aku tak sedar isi kandungan email tu. Mungkinkah aku terklik saja tapi tak baca? Firasat cuaiku mengatakan demikian, hahahaa...

Ena tempah buat kad kraf sempena hari ulang tahun perkahwinannya. Masalahnya hari itu akan tiba tak lama lagi. Dan aku yang baru tengok email tu harini macam kena kejutan letrik! Samapi terlompat kat kerusi! Itu kisah benar, haih... Rasa bersalah membuak-buak apatah lagi minggu lepas aku agak berlenggang kangkung di pejabat kerana kurang kerja. Kerana itu minggu lepas aku bebas sertai banyakkkk giveaway, ahahaaa... kantoi!

Mujurlah hari ini aku bercadang bukak email dari blogger lain dan terjumpa email dari Ena. Kerana email dari Ena aku terima dulu dan duedatenya dah semakin hampir, aku utamakan rekabentuk untuk Ena dulu. Maaf Lin. Bagi saya masa yep. Tapi usaha ke arah kerjasama kita dah makin banyak. Saya dalam proses sketch design. Insya'allah dalam masa terdekat saya akan paparkan design itu pada Lin. Saya sendiri teruja dengan kerja tu hehe...

Untuk kad Ena, aku ciptakan dolly Ena suami isteri. Mula-mula aku design pasangan ini berpakaian kasual. Maklumlah menyambut hari ulang tahun perkahwinan. Tapi dek kerana aku terpegun tengok Ena berpakaian pengantin, aku jadi seronok design pasangan ini dalam busana pengantin! Er... baju dolly aku tak serupa dengan baju pengantin Ena, maaf ye Ena. Sebab aku agak kesuntukkan masa dolly sesimple inilah sempat kubikin. Aku boleh design lebih detail tapi mungkin ambil masa. Dengan sikap cerewet aku ini, mustahil boleh selesai segera hehe.. Yang penting pelanggan berpuas hati dengan hasil tanganku.

Satu masalah utama yang aku hadapi, kad ini bila dicetak kurang cun walaupun menggunakan kertas glossy terbaik. Ini kerana mesin cetakku ah, printer lah senang sebut, kehabisan ink. Aku suka printer Epson. Warnanya lebih berkualiti. Bukan aku kata yang lain tak bagus, tapi kerana sejak zaman belajar lagi dah terbiasa dengan printer Epson, aku jadi suka hanya dengan jenama ini. Dan kelemahan besar ini buatkan aku kurang berpuas hati dengan final touch.

Sebagai balasan, akan aku hadiahkan sesuatu untuk Ena. Nantikan kunjungan kad kraf itu ye Ena. Insya'allah esok saya cuba kirim guna pos laju. Harap-haraplah kad ini sampai sebelum tarikh perkahwinan Ena. Supaya aku kurang rasa bersalah. Supaya Ena gembira dan dapat capai hajatnya berikan kad istimewa ini kepada suaminya yang tercinta.

Aku tak mahu tunjukkan kad itu di sini demi menghormati pelanggan. Biarlah pelanggan terima kiriman barang mereka dahulu atau aku telah diberi keizinan paparkan baru aku akan paparkan. Prinsip aku, pelanggan mesti diutamakan. Walau pun itu design aku, keselesaan mereka perkara wajib.

Terlebih pulak penjelasan dariku kali ni. Dan aku akui, tak best mengarang entry pendek-pendek. Bukan aku orangnya yang yang suka tulis sikit-sikit. Aku kan suka membebel haha...

Dan aku terima kerja urgent dengan file yang super besar. Wuhai... nak save makan masa suku jam nak print pun makan masa setengah jam. Tak ke besar lagi namanya tu? fening mokcik... fening....

13 comments:

thaqif amsyar said...

fuhhh, semput membaca entry kali ni..panjang bebenor..selalunya pjng la jugak tp kali ni cam tak cukup nafas je gaya membaca :p

apapun sowie bebanyak menyusahkan..n thnx sesangat...

thaqif amsyar said...

jgn dok kelam kelibut..nnt jd ribut la ibu damia..coool :p

alinalan said...

its ok dear..utamakan yg maner penting dulu

ibundo said...

kakpah pun numpang fening haha..

Unknown said...

OO pasal ni ke.. heheh..

tak pe, wan.. buat pelan2 k.. hasil kerje wan mmg cantik n meletup lah.. tengok kat blog ni pun dh tau.. semua nye cantik2!! heheh

Wansteddy Tales said...

Ena ~ menaip tadi bagai ada tukang ketuk kepala, cepat! cepat! cepat! sbb kat rumah yg perlu diutamakan mek kecik tu haha...

xde la. saya suka lg klu cust bg idea, leh improve skill design hehe

Wansteddy Tales said...

k.pah ~ ahaha... sorilah k.pah. entry ni perlu gak dibuat bg menjawap entry yg penuh teka teki tadi. skali menaip xsedar menjela da hhaha

Wansteddy Tales said...

chugie ~ sorilah chugie tadi xciter detail. kejar 3job dlm 1 masa. kelam kelibut hariku haha...

trimas >< terharu baca komen ini ^^

Unknown said...

kau nak ikut gath tak ted!!!sure ko malukan...jangan la malu akukan ada..hahaha

NzA said...

hi.hi.hi...pjgnya n3 kali nie...smpt tenung sekils jerr...tgh curi2 masa wat automasi PSS nie...

Wansteddy Tales said...

momma Mia ~ trimas Lin >< sama2 penting tp kena kejar deadline jugak ^^'

Wansteddy Tales said...

hada... susah sket la beb. hehe ko pn fhm kan >< sayer malu ^^'

Wansteddy Tales said...

k.nza... trimas kak. terharu dilawati akak dalam akak sibuk2 gini ><