Nuffnang

Followers

Sunday, May 23, 2010

komen aku di blog orang selalu hilang, kenapakah?

Baru-baru ni meter kerajinanku sertai contest giveaway dalam blog makin meninggi. Tapi beberapa masalah pulak aku hadapi. Antaranya aku lambat siapkan contest tu. Kerana aku rasa perlu untuk sertakan sedikit penghargaan pada penganjur contest, aku design serba ringkas mini banner khas untuk panganjur. Malangnya kerana aku cerewet, kerja ini melambatkan masa aku untuk publish entry. Selalunya aku simpan saja draft entry tu. Bila penganjur buat reminder contest dah nak tutup barulah aku terhegeh-hegeh nak publish entry. Apa pun aku masih bernasip baik sebab untuk beberapa entry sempat kejar waktu tarikh tutupnya haha... Takdelah terbuang saja design selama ni aku bikin kan.

Masalah kedua. Aku dapati dah terjadi kat beberapa blog. Mujurlah penganjur contest ada buatkan senarai peserta contest. Jadinya aku boleh semak nama aku tersenarai atau tidak. Tapi bila jengah blog Chugie dan blog Eynda, aku dapati namaku tak tersenarai. Blur jugak. Mungkinkah aku terlupa nak letak link dalam blog dorang? confuse-confuse... Aku akui aku cuai, tapi tidaklah begini cuai. Memang perkara wajib kalau dah sertai contest kena taruk link blog penyertaan kita dalam blog penganjur. Perkara asas camtu kalau tak buat, samalah macam tak join contest kan.

Bila aku tinjau-tinjau lagi masalah ini, rupanya bukan aku saja berdepan masalah dengan blogspot ni. Ramai lagi bermasalah. Antaranya tak dapat publish komen. Entry hilang tanpa dikesan. Dan masalah sama sepertiku, komen dalam entry hilang sendiri.

Jadi apa punca masalahnya? Aku masih keliru dan dalam usaha cari isu ni. Kalau beginilah jadinya risau jugak kalau penyertaan contest aku sebelum ni pun sama kes dengan kes yang menimpa baru-baru ini. Patutlah asyik kalah je (padahal mmg jenis tak layak menang! ) hahahha...

Dengan segala daya aku jengah-jengah jugaklah blog-blog yang aku sertai contet sebelum ni. Pun ada masalah yang sama. Ada yang okey ada yang komenku hilang. Wuwuwu... Cara terbaik aku nak maklumkan pada penganjur aku dah join contest mereka, aku maklumkan melalui kotak komen entry dan chat box. Begitu lebih bagus. Dua kali pengumuman. Sekurang-kurangnya ada back up kan.

Setakat ini itu sajalah masalah aku dengan blogspot. Harap-harap masalah ini segera diselesaikan. Rasa tak best pulak komen-komen aku hilang gitu je. Macam kena hidden. Agaknya apalah yang jadi pada komen-komenku dalam entry-entr semua kawan sebelum ni gamaknya? janganlah hilang jugak.

Patutlah jarang-jarang orang nak bagi komen dalam blog ni sekarang... Eleh, macamlah ada yang selalu nak komen dalam blog haku wuwuwu....

Jemputlah tinggalkan komen dalam blogku

4 comments:

Nia said...

isk,..masalah berat ni..penat2 komen lps tu hilang? mungkin kena double check setiap kali hantar komen la Wan, tapi kalau yg moderate komen tu, pyh lak kita nak double check.

Wansteddy Tales said...

Nia ~ bnyk kali gak buat double cek. tp jenguk2 bnyk gak komen wan xde dlm entry kwn. mula2 kusangka dorg belum moderate tp ada gak komen baru masuk. rsnya mesti komen wan pn skali ada kan. pastu mula la sedih, ingtkan mmbr rejek komenku hahaha... bila tgk mslh wan ni jd kat blog kwn2 yg buat contest baru yakin betul ada mslh dgn blogspot ni. ye la, mustahil kita lupa letak link penyertaankan. seingt wan mmg wan taruk n nmpk komen wan masuk kotak komen tp ble wan semak semula dah hilang. tu yg confuse. ^^'

Unknown said...

wans,
kakyong pun jd camtu.. 2 hari x leh tinggalkan komen kat blog kwn2.. tensi tau.. dah tulis pjg meleret2.. tup2 dia tak kuor pun..
sudahnya kakyong tukor browser.. masuk ni guna chrome.. selalu FF.. IE cuma guna utk buka FB...
ni dah 2 hari x buka guna FF..

Wansteddy Tales said...

k.yong ~ wan xboleh bukak FF kat opis. line cm kena hack. komputer rumah boleh la. tp selalunya wan aktif berblog waktu bekerja hhehe